Monday, October 13, 2025

TANDUK

 GELANG & TASBIH TANDUK


Maka inilah tiga pusaka hikmah yang datangnya daripada alam haiwan, menjadi sarana ikhtiar bagi sekalian penempuh jalan alami, peneguh diri lagi penguat semangat insani.


Adapun hendaklah diketahui, bahawasanya Tanduk Kerbau Laga dan Tanduk Lembu Laga itu asalnya daripada haiwan yang disembelih dengan cara yang ma’ruf lagi sah pada syarak.


Bukan daripada binatang yang mati kerana berlaga atau bertempur hingga rebah di gelanggang, maka tiadalah ia termasuk dalam hukum bangkai yang haram diambil manfaatnya.


Maka tersebutlah pada adat resam orang Melayu yang dahulu kala, bahawa kedua tanduk itu disimpan dan diikhtiarkan sebagai fadhilat besar lagi bernilai tinggi. Maka diperbuatlah akan ia sampingan diri serasa jelasnya hati.


Pendinding diri daripada segala angkara halus, niat jahat dan gangguan makhluk yang tidak kelihatan.


Penawar bisa, iaitu menolak racun dan bisa yang bersemayam dalam tubuh.


Pemerah semangat, membangkitkan juang dan kesungguhan hati bagi orang yang lemah semangat.


Pembangkit dalaman diri, menyalakan kekuatan batin yang tersembunyi.


Penambah tenaga batin, mengukuhkan kudrat zahir dan batin tatkala diperlukan.


Adapun Tanduk Kambing Gurun, datangnya daripada binatang yang tabiatnya mendaki lurah dan cerun, keras lagi degil, maka terkandung padanya hikmah yang berbeza daripada dua tanduk yang lain. Fadhilatnya antaranya seberkata hikmah.


Meningkatkan seri diri dan menyerlahkan sinar kewibawaan.


Pemberat pukulan dan tahan urat, menjadi khasiat bagi orang yang menuntut kekuatan jasmani.


Menurut turunan ilmu tua, tanduk ini membawa kelebihan kekebalan darurat bagi yang memakainya dengan adab dan syarat.


Penawar urat dan saraf, menghilangkan kebas, sengal dan simpul urat.

Untuk maksud ini, hendaklah tanduk tersebut direndam atau disentuhkan pada minyak zaitun atau minyak kelapa, lalu diurutkan perlahan-lahan pada tubuh pesakit.

Sama ada terkena pada kulit atau tidak, dengan izin Allah Ta‘ala, sembuhlah lenguh dan simpul uratnya. InsyaAllah.


Telah tersebut pada kisah pemahar yang lalu, bahawa ada seorang hamba Allah menggunakan ketiga-tiga kapuhan ini bagi mengurut dirinya sendiri yang menderita kebas kaki kerana penyakitnha. Maka dengan izin Allah yang Maha Menyembuh, hilanglah kebasnya dan ringanlah deritanya.


Hikmah ketiga tanduk ini daripada kapuhannya akan hikmat dan hikmahnya.


Melancarkan aliran darah, menyegerakan perjalanan darah pada segenap liang dan nadi.


Penawar seliuhan dan urat tersimpul, merawat terkehel, terpulas dan segala lenguh yang payah.


Maka jadilah Tanduk Kerbau Laga, Tanduk Lembu Laga, dan Tanduk Kambing Gurun ini sebagai kapuhan mujarab bagi orang yang mengerti akan adabnya.


Kerana itu disebutkan oleh orang tua-tua:


Adat menyimpan biarlah disulami adab,

Adat memakai hendaklah bersulam syariat,

Azimat diri hanya sampingan,

Memakai jangan tercabut Tuhan


Whatsapp : 01137440313






No comments:

Post a Comment