Sunday, October 12, 2025

BAHA PUTIH

 BAHA PUTIH: SARANA PAKAIAN DIRI PARA PENDEKAR


Maka ketahuilah olehmu, bahawasanya Baha pada adat orang Melayu jua bukanlah sebarang perhiasan bagi tubuh zahir semata-mata, bahkan ia suatu sarana kebatinan, lambang kebesaran, kekuatan dan kemuliaan diri bagi mereka yang menuntut akannya ilmu.


Pada zaman dahulu kala, tatkala para hulubalang dan pendekar berkelana di bumi dan rimba, Baha menjadi teman setia, tersisip di pinggang, tersarung di dada, atau terikat di pergelangan tangan, sebagai tanda kekuatan diri dan pendinding daripada mara bahaya zahir dan ghaib.


Dalam hikayat lama-lama Melayu disebutkan bahawa Baha itu sebagai “Pohon Lautan” yakni sejenis kejadian alam yang jarang-jarang timbul ke darat. Maka barang siapa yang memiliknya dianggap telah sampai pada maqam yang tertentu. Dek kerana kesukaran dizaman itu untuk mendapatkannya.


Baha Putih pula adalah lambang kejernihan kalbu, serta penyucian jiwa daripada segala karat dosa dan lintasan nafsu. Ia digunakan dalam amalan penyembuhan, menenteramkan hati, menyelaraskan nafas dan tenaga dalaman. Maka sesiapa yang memakai Baha Putih dengan adab dan niat yang benar, InsyaAllah dianugerahi ketenangan dan kelapangan hati yang tiada taranya.


Ddidalam amalan kebatinan dan persilatan. Baha dijadikan pemasin amalan, yakni pelengkap yang menyalurkan daya kepada tubuh jasmani dan rohani.


Kata guru tua :-


“Barang siapa memakai Baha dengan adab, maka tubuhnya umpama baja, hatinya umpama cermin, dan langkahnya seumpama bayang yang tak dapat dihentak.”


Para pendekar zaman silam membawa Baha sewaktu menyeberang hutan rimba, menempuh medan perang, atau menghadapi lawan yang berhati hitam. Ada juga yang menjadikannya bahan asas untuk minyak pengasih, minyak pelindung dan minyak penunduk, digabungkan dengan doa khususi, ayat suci, dan wafak yang tertentu.


Maka tersebutlah akannya yang padanya diukir Wafak Pelindung, suatu wafak yang mengalirkan kekuatan ghaib bagi menangkis sihir dan niat khianat.

Adapun Baha Putih ini diukir padanya Wafak Lam Jalalah dan Simpulan Muhammad Berjuang, tanda pengikat diri dan penjaga semangat, agar si pemakai tetap di bawah lindungan Nur Ilahi dan jauh dari segala bencana sihir serta pukau.


Selain kelebihannya dalam hal batin, Baha juga memberi kesan pada jasmani.

Ia dipercayai dapat menenangkan saraf yang resah, menguatkan tenaga tubuh, menghalau letih dan lesu, serta menstabilkan tenaga dalaman bagi mereka yang bekerja berat atau banyak bersilat dalam kehidupan.


Sesungguhnya bagi ahli silat, tenaga dalaman yang tenang lagi mantap adalah nadi kekuatan sebenar. Maka sebab itulah Baha dijadikan azimat hidup, pelengkap bagi segala gerak dan langkah.


Maka jelaslah, bahawa Baha bukanlah sebarang batu atau perhiasan. Ia adalah warisan leluhur, falsafah jiwa, dan lambang kekuatan batin bangsa Melayu.

Barang siapa yang memahami erti sebenar Baha, nescaya tahu bahawa ia bukan benda semata, tetapi tanda perjalanan rohani, daripada gelap menuju terang, daripada syariat menuju makrifat.


Dan kini, biarpun zaman telah jauh berubah, namun bagi mereka yang masih berpayung di bawah teduh adat dan warisan, Baha tetap menjadi lambang ketinggian ilmu dan kemuliaan diri.


Warisan tidak mati, hanya tertimbus oleh lupanya diri. Hidupkanlah semangat kembali.


Maka bagi yang berhajat, beradab dan berizin, bolehlah menghubungi dengan rendah hati.


PM terus: 01137440313

#BerpayungAdatWarisanKeramat

#AkarBaha






No comments:

Post a Comment