Thursday, February 20, 2020

ZAMRUD COLOMBIA

Anggaran tiga karat setiap permata. Urusan lanjut terus whatsapp.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.bligspot.com

Thursday, February 13, 2020

TASBIH TERAS GEMUNGGAL

Penangan Ustaz Muhaizad. Tasbih Teras Gemunggal tiba-tiba menjadi buruan..

Sebenarnya dari segi alamiah. Bukan sekadar Teras Gemunggal baik untuk merawat dan menghindarkan sihir. Banyak lagi alamiah lainnya. Cumanya adat ber'Gemunggal' ini telah sekian lama bersebati dengan alam Melayu. Menjadi darah daging.

Gemunggal atau Kelor ni ada tiga bahasa. Gemunggal Kampung, Gemunggal Pulau dan Gemunggal Bukit (Hutan). Dari segi kesukaran mendapatkannya. Teras Gemunggal Pulau lebih sukar untuk didapati. Apapun, masing-masing mempunyai khasiatnya dan tugasnya yang tersendiri. Tugas kita jangan terlalu taksub. Jangan kerana teras kayu, Tuhan kita lupakan. Asbab ikhtiar itu perlu. Namun, izinNya atas kejadian jangan kita lalaikan.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com


Friday, February 7, 2020

AKIK HABSYI

AKIK HABSYI

Dari Anas bin Malik r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W memakai cincin perak bertatahkan ia batu dari Habsyi di tangan kanannya. Beliau meletakkan mata cincinnya di sebelah dalam telapak tangannya. - (Riwayat Muslim) 

Akik Habsyi ini dikekalkan patern asalnya. Tanpa sebarang perubahan fizikal. Sempena meraikan ukhuwwah dan meraikan berkat. Beberapa biji sahaja baru sampai. Dan sudah ditebus semuanya oleh sahabat pemahar. 

Yang berminat untuk tempahan awal atau dalam bahasa inggerisnya pre-order. Boleh terus whatsapp Tok Bah. Kalam menunggu dalam sebulan. Insyaallah

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Saturday, February 1, 2020

KERIS SEMAR

KERIS SEMAR

Keris mempunyai pelbagai jenis. Antaranya Keris Pandai Saras, Keris Selit, Keris Beko, Keris Bugis, Keris Anak Alang dan pelbagai jenis lagi. Diantara kepelbagaian jenis ini. Ada pula di tiap jenisnya itu pecahan. Ada jenis Selit. Ada jenis Tikam. Bahkan ada pula jenis loknya. Lok berapa. Lok genap. Lok ganjil. Bahkan yang lurus. Ada pula pecahan disitu. Banyak. Ilmu perihal keris ini banyak. Kebah tangan jika hendak dituliskan semua sekali.

Adapun Keris Semar ini bukanlah tergolong dalam kalangan Keris Bertikam. Akan tetapi sebagai Keris pakaian diri. Atau dalam mudah fahaman. Keris Azimat.

Tempaan tukang dahulukala mempunyai pelbagai ragam. Mengikut kehendak si pemakai. Ada acuannya. Ada wajahannya. Bahkan ada kaedah-kaedah rahsianya. Besinya besi pilihan. Ukirnya ukir bertitih ilmu. Tiap tempaannya berisi bacaan-bacaan. Adatnya dari ayat-ayat suci.

Keris Semar pada ghalib kejadiannya diwajahkan dengan kemuliaan, kerezekian, pembisa serta pengasihan terhadap si pemakai. Bahkan adanya bangkitan-bangkita tertentu mengikut ilmu-ilmu tua. Mengikut kesesuaian bawaan.

Tempaan lama walaupun berwajah Semar. Tetap menjaga lekukan dan fizikal asli 'Keris'. Bukan seperti semar kuningan. Yang jika dilihat. Telah hilang fizikal kerisnya. Tempaan lama menjaga kehalusan seni. 

Ada dua bilah dengan Tok Bah. Item antik. Dari besi sepuhan. Sememangnya Tok Bah berhasrat memaharkan keduanya sekaligus. Jika berminat boleh terus whatsapp. Komen PM Tok Bah tak layan tu. Beritahu awal terus.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com