Wednesday, October 15, 2025

KUKU HARIMAU

 KUKU HARIMAU

SENJATA MELAYU YANG TERLUPAKAN


Di alam persenjataan warisan yang penuh rahsia dan tanda, tersimpan sebilah pusaka yang hampir tenggelam namanya dari sebutan. Yakni KUKU HARIMAU. 


KUKU HARIMAU merupakan keluarga dari Kerambit, Lawi Ayam dan Kuku Susuh.


Tergolong dalam keluarga bilah yang mungil lagi berbisa. Bagaikan anak ketiga dari empat beradik, rupanya serupa namun setiap satunya menaruh akal dan hikmah yang tersendiri. Dikatakan Kuku Harimau ditempa daripada serpihan-serpihan senjata lama yang telah rosak didalam pertempuran. 


Besi keramat itu diselami lagi dengan jiwa tukang tempa yang termasyhur yakni Saras. Maka lahirlah bilah bertatah naluri perang dan pertahanan.


Hulu Kuku Harimau dijulang dari tanduk Lembu Mati Beranak yang didapatkan dalam khazanah orang lama, dimuliakan kerana menyimpan berkah dan hikmah. Sarungnya dibalut daripada kulit Lembu Mati Dipanah Petir. Menurut turunan, Kulit Lembu Dipanah Petir membawa tuah dan raja kedigjayaan, laksana muara yang menadah kilat dan menyimpan getar langit. Maka tidak hairanlah jika KUKU HARIMAU ini terdiri dari lapisan-lapisan hikmat yang tersendiri.


Dalam adat permainan dan ilmu bertarung, KUKU HARIMAU memerlukan ketangkasan yang halus lagi penuh rahsia gerak. 


Gerakan halus bagai bayu yang menyelinap. Kaedahnya tersekat di bibir guru-guru lama dan harus dipelajari dengan sabar serta tawaduk. Andainya salah langkah, maka senjata yang digenggam akan menjerat tuannya sendiri. Itulah lafaz orang tua. “senjata makan tuan.” Oleh itu, penguasaan perlulah bukan sekadar latihan jasad, tetapi kesabaran dan ketelitian kerohanian.


Kuku Harimau senjata yang mengundang mujahadah. Saiznya yang kecil menjadikannya antara senjata jelok yang merbahaya. Senyap, tidak ketara, sukar disedari. Begitulah kearifan Melayu lama, memuliakan seni yang samar namun berkesan. Dari segi kelakuan, ia cocok bagi mereka yang mendalami silat halus dan seni pertahanan dalam lorong-lorong sempit. Lazimnya ia disimpan rapi, disembunyikan dalam lipatan pakaian atau dijadikan barang perhiasan yang tampak remeh, sekali imbas tidak disangka mampu mengubah arah sesuatu pertarungan.


Malangnya, kini nama KUKU HARIMAU semakin pudar dari pengetahuan generasi muda. Ramai yang telah mengalihnamakannya menjadi “kerambit” sahaja, tanpa memperhalusi perbezaan subtansi antara warisan-warisan tersebut. Kaedah, usul, nama dan tatacara pembuatan turut terabai. Seolah ilmu yang diwariskan melalui bisik guru kepada murid kini tergantikan oleh amalan ringkas dan sebutan sendu yang kehilangan keramat. 


Walhal tiap senjata itu mengandung cerita, latar, bahan, doa dan adat yang merangkai dirinya menjadi lebih dari sekadar logam.


KUKU HARIMAU bukan semata sebagai objek mengisah dan menikam, tetapi sebagai benteng budaya, sebentuk khazanah halus yang menautkan kita kepada leluhur, kepada bahasa, dan kepada seni nenek moyang.


Untuk dimaharkan.


Whatsapp : 01137440313







No comments:

Post a Comment