Mata kukur dibuat azimat,
Dari keris patah ia terlibat,
Kecil ia padu teramat,
Rahsian pada yang melekat
Inilah peninggalan dari tangan seorang empu terdahulu. Yang menempa bukan dengan api semata,
tetapi dengan zikir yang tidak pernah putus
dan hembusan nafas yang sudah larut dalam kalimah suci.
Setiap hentakan, setiap tempaan, setiap paduan tersulam kalimah “Lā ilāha illā Allāh”,
hingga logamnya menjadi saksi dan nurnya terbit dari dalam diri.
Hulu dan sarungnya dari tanduk lembu mati beranak,
tanda sakral lahir dan batin. Antara nyata dan ghaibnya ilmu. Antara jasad yang fana dan roh yang kekal. Maka di situlah letak hikmat yang menjadi jambatan bagi mereka yang dianugerahkan rezeki faham.
Pasrah dan makrifat dalam zahirnya amalan.
Pelidah Mata Kukur menjadi lambang perjalanan diri. Dari besi yang patah menuju halusnya jiwa menggapai hikmat. Dari kerasnya besi kepada lembutnya nur Ilahi. Bagi yang arif, ianya pendinding diri. Bagi yang faqir, ianya menjadi pembuka rezeki. Bagi yang salik, ianya pasak musuh nafsu dan syaitan.
Namun segala hikmatnya tiada hidup
tanpa zikrullah yang menghidupkan. Kerana besi hanyalah besi,
jika tidak disiram dengan Nur kalam Ilahi. Dan azimat hanyalah membatu,
jika hati pemakainya tidak berhubung dengan Yang Maha Satu.
Maka, siapa yang membawa pelidah ini,
bawalah dengan adab dan faham akan rahsianya. Rahsia dari kecap rasa diri. Bukan dari cerita semata-mata yang dinanti.
Bahawa setiap zahir yang berkilau,
hanyalah cerminan batin yang berserah. Dan di situlah letak kemuliaannya, kerana azimat sebenar bukan di tangan akan tetapi di hati yang kenal Tuhan.
Whatsapp : 01137440313




No comments:
Post a Comment