Saturday, October 4, 2025

BEKAS PERAK

Bangsawan Melayu pada zaman dahulukala bukan sahaja mementingkan nilai seni dalam apa jua penerapan harian, bahkan turut menitikberatkan nilai kemewahan dan keindahan yang melambangkan martabat serta darjat diri. Demikianlah bangsa ini, yang tidak sepertimana digambarkan oleh para penjajah yang sering menjaja kisah-kisah yang memiskinkan etika keMelayuan dari pelbagai segi. Sama ada dalam adat, warisan seni, mahupun nilai keilmuan.

Bagi golongan bangsawan Melayu, ghalibnya tiap-tiap tata perhiasan itu akan diperbuat atau diukir daripada bahan berharga seperti tembaga, perak, emas, atau apa jua relipan daripada besi-besi mulia lainnya. Unsur kemewahan ini bukanlah semata-mata lambang kekayaan, tetapi juga tanda penghormatan, kemuliaan, dan adab yang terjaga rapi dalam kehidupan seharian.

Bekas perak berkalimah Allah ini misalnya, pada asalnya dilengkapi dengan helaian rajahan wafak daripada kain yang diletakkan di dalamnya. Wafak tersebut dipercayai menjadi pelengkap kerezekian dan membawa makna keberkatan dalam perjalanan diri.  Menjadi cerminan keilmuan dan warisan spiritual masyarakat Melayu yang menyeimbangkan antara seni, agama dan kehidupan. Namun, mamahan zaman akhirnya memakan usianya. Wafak kain asalan itu tidak lagi dapat diselamatkan.

Meskipun begitu, nilai dan seri bekas ini tetap tidak luput. Ia telah dicuci dan dinaikkan kembali kilau peraknya, sehingga memancarkan semula keindahan aslinya. Kini ia berdiri sebagai artifak yang bukan sahaja seratus peratus terbuat daripada perak, tetapi juga seratus peratus membawa roh warisan Melayu yang tinggi, indah, dan penuh makna.

Untuk dimaharkan.

Whatsapp : 01137440313








No comments:

Post a Comment