Friday, April 12, 2024

PANDAI SARAS TUAN KECIL

 

PANDAI SARAS TUAN KECIL

Pandai Saras Tuan Kecil ada ceritanya tersendiri. Diturunkan dari mulut ke mulut yang bertukar milik pada tiap pemilikan. Di zaman tiga Pandai menempa besi keramat lagi berhikmah sebagai senjata. Adalah tiap ceritanya itu pada tiap penempaan.

Arakian terdapatlah seorang alim yang digelar sebagai Tuan Besar ingin menempa Keris sebagai bekalan perjalanan kepada anaknya yang dikata anggar berumur belasan. Maka dibawa iringlah besi-besi terpilih kepada tukang Pandai Saras dengan diiringi para muridnya Tuan Besar berambal-ambalan menuju kepada Pandai Saras. Melalui akannya alun-alun sekati sebudi semampat tanah nenek moyang pusaka.

Mahsyurlah anta permana dengan lantunan zikir agar mendapat akannya kelak isi-isian yang dipenuhi afwah.

Demikian setelah ditanya akan ia Pandai Saras kepada Tuan Besar akan sekehendak jadinya Keris berjalan. Maka diserah tugas sepenuh-penuh atas keikhlasan dan kepandaian Pandai Saras. Semenjadi agar berkatlah jalan dan haluan. Hanya satu diingin tambahan. Hujung bilahnya dari batu langit yang hitam. Iaitu besinya dari tahi bintang.

Maka sesudah penempaan yang berjumlah dua tahun waktu. Baharilah akan kejadian Kerisnya. Terpukullah keindahan yang tidak terperi dan semangat yang bagaikan mengalir menyebati tatkala digenggam akan dia Keris.

Syukurlah Tuan Besar diatas keindahan nan kian seperti senja yang melabuh alam. Seketika Pandai Saras mengambil kembali tatkala Tuan Besar ingin berangkat pergi. Seakan tidaklah mengizinkan lepasnya ia Keris. Walhal pada isian itu telah mencangkupi keinginan. Seakan-akan tidaklah dibuat berbeka-beka pula hajatnya yang lain.

Maka dalam kehairanan Tuan Besar. Tujulah akannya Pandai Saras agar datanglah Tuan Kecil sendiri yang menyambut pulang Kerisnya. Pada makrifatnya Pandai Saras, Tuan Kecil itu ada keberkatan yang lebih besar dari bapanya itu sendiri.

Segandi guni beriras papat, besi ditempa menjadi berkat. Hadirlah Tuan Kecil memenuhi permintaan Pandai Saras. Yang terkemudian menghulurkan Keris tersebut dalam berbogel rupa tanpa sarung dan hulu.

Menyambutlah akan ia Tuan Kecil tanpa menyentuh matanya senjata. Digenggam puting setelam nafas. Rasuk akannya semangat yang terbatas. Menimbulkan hairan si Tuan Besar. Namun dibiar kerana tiadalah akannya ahli didalam keramatnya ilmu persenjataan.

Dalam rasuk yang terbatas, dalam makrifat yang telah jelas. Maka ditekanlah ibu jari dan jari telunjuk Tuan Kecil akan bilah Keris yang telah sempurna kejadiannya itu. Saat tika itulah berbekas kesannya jari Tuan Kecil pada bilah Keris. Sebagaimana kemudiannya menjadi ketandaan buat generasi-generasi terkemudian.

Picit keramat genggaman jalan. Melangkah selamat pulang keharuman.

Demikian kisahnya Keris Pandai Saras Tuan Kecil mendapat nama.

#whatsapp #01167643990