GELANG TULANG BERANI
Merupakan di antara salah satu alamiah dari anasir wujud haiwan yang menjadi warisan petua Melayu tua. Dalam kepercayaan dan adat lama, Gelang Tulang Berani yang diambil daripada tulang harimau dianggap sebagai salah satu asbab pakaian diri bagi mereka yang berjiwa pahlawan, hulubalang, mahupun pendekar.
Dikatakan bahawa gelang ini memiliki aura keteguhan, menjadi benteng batin yang memperkuat semangat dan keberanian pemakainya. Tulang harimau itu sendiri melambangkan kekuasaan, pengaruh, serta keteguhan hati dalam menghadapi cabaran zahir dan ghaib.
Bagi mereka yang lemah semangat atau mudah gementar, apabila ditanggungkan Tulang Berani ini pada tubuhnya maka berubahlah getaran dirinya menjadi yakin dan teguh. Semangatnya menjadi kukuh, jiwanya tidak mudah goyah, dan pandangan batinnya menjadi lebih tajam.
Nenek moyang kita dahulu amat arif dalam hal ini. Mereka tidak memandang tulang semata-mata sebagai sisa makhluk, tetapi sebagai warisan tenaga alam yang boleh dijadikan wasilah kekuatan. Maka Tulang Berani sering disepilkan di dalam kilas kain, disimpul pada pinggang, atau dijadikan kalung bagi pengembara, pencari rezeki hutan dan penjaga rimba.
Meskipun hanya tulang, namun pada batinnya terkandung getaran aura yang tidak disukai oleh mana-mana binatang buas lain. Mereka dapat menghidu ancaman dari tulang itu satu aura keberanian yang membuatkan makhluk rimba lainnya menjauh.
Begitu jugalah bagi pendekar di gelanggang. Dengan memakai Tulang Berani, pancaindera mereka menjadi lebih tajam, gerak mereka lebih peka, dan cahaya firasatnya kian menyala. Tulang Berani menjadi pelindung zahir, juga penyambung semangat keberanian yang diwarisi dari darah pendekar.
Untuk Dimaharkan
Whatsapp : 01137440313
#BerpayungAdatWarisanKeramat
No comments:
Post a Comment