Sunday, December 30, 2018

TASBIH TERAS LAKA

TASBIH TERAS LAKA

Teras Laka atau juga dikenali sebagai Teras Menang. Tidak asing lagi pada mereka yang bergelanggang. Sebagai suatu medium ketahanan tubuh.

Adapun pada kaedah gunanya itu tertakluk pada halnya cabang-cabang turunan. Antaranya diguna akannya rendaman teras bagi tujuan mandian. Bahkan setengahnya diamalkan minum. Bahkan adanya sapuan bawahan kulit. Demikian itu ambillah akan jalan semudahnya dari sekalian cabang. Agar tidaklah memberati.

Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Wednesday, December 26, 2018

SATU PERKONGSIAN

Andai Hamka mampu beralih dari seorang Wahabi kepada seorang Sufi. Apatah lagi kita yang masih tercari-cari.

Belajar agama tidaklah sukar. Yang sukar itu mengaplikasikan dalam kehidupan yang dipenuhi belukar. Terlalu banyak cabang yang berakar. Hingga diri menjadi terbakar. Fana dalam mencium haruman yang mekar.

Andai aku masih kafir. Mahukah kalian yang bertuntun keturunan wali kononnya membimbing diriku selayak takdir? Atau hanya kalian berbicara seolah tidak berfikir. Kononnya berilmu walhasilnya sekadar fakir.

Tergelumang mulia didalam sebatian kehinaan. Merasa diri seperti diawangan. Menggapai diri menukilkan ketuhanan. Sedang dirimu penuh kezaliman.

Telah dizahirkan diriku. Agar terlihat tidak terkaku. Bukan kerana nama menarinya penaku. Sahaya ini turunan nan satu. Buat tatapan anak dan cucu.

Begitu hebatkah resam keturunan? Hingga terlupa hak dan batasan? Itukah tuntutan ajaran? Sembahlah berhala sebagai tuhan. Terlebih baik sebagai pedoman.




Saturday, December 22, 2018

TERAS PISANG BENGGALA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS PISANG GGALA / BENGGALA / GALA / GALO

Umum mengetahui sifat pohon pisang yang mana batangnya yang gebuk lembut dan berair. Yang tidaklah tersauk di akal bahawa ianya akan berteras. Namun, inilah satu anugerah khazanah alam ciptaan Ilahi untuk umat yang mahu berfikir.

Adalah halnya khasiat Teras Pisang Ggala ini. Mujarablah ia sebagai penyejuk amalan dalaman. Serta ia sebagai ketahanan kulit. Serta padanya penawar kesutuhan. Serta ia penawar sihir. Serta pembabas dari sebarang ia marabahaya dan kecelakaan. Molek benar ia rendaman teras, atas padanya perempuan yang sukar untuk bersalin.

Dan adalah perihalnya mengikut kecapan ilmu pengajian dan perjalanan masing-masing. Usah disempitkan perihal ilmu alam ini. Raikanlah ia sebaiknya. Insyaallah

Segalanya dengan izin dariNya. Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat untuk memilikinya. Insyaallah

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Wednesday, December 19, 2018

BAHA HITAM

BAHA HITAM

Baha dan Ular Cinta Mani seringkali menjadi perdebatan akan kedua salasilah pohonnya. Pada pendapat dan pandangan serta pengalaman Tok Bah. Kedua-dua pohon ini sama sahaja. Hanya berbeza jasad zahirnya.

Baha merupakan spesis yang mempunyai cabang ranting yang banyak. Dari umbi nan besar sehinggalah ke ranting-ranting halus. Amat jarang kiranya sepohon Baha boleh digunapakai keseluruhan jasadnya.

Berbeza dengan Ular Cinta Mani yang tidak mempunyai ranting. Bahkan pohonnya berpusar dan bersisik. Tunggal duduknya. Hingga lekatlah namanya sebagai Ular Cinta Mani. Tiada kaitan dengan ular-ular bernyawa. Itu mitos untuk menjadi penyedap cerita.

Orang-orang zaman dahulu yang memakai Baha laut dipandang tinggi kedudukannya. Dek kerana untuk mendapatkan pohon ini tidaklah semudah disangka. Zaman dahulu tiada tank oksigen untuk diving. Tahan nafas sahaja. Maka, layaklah duduk ia disimpulan jemari hulubalang yang gagah perkasa.

Bagi mereka yang membawa amal. Baha menjadi impian dalam dijadikan sebagai ‘tampalan’ pada diri. Disimpulkan kiasan dari guru-guru yang alim. Akan bahawa mudah akan masinnya amal padahawa orang yang mengenggam Baha ini. Baiklah sebagai permata, tasbih, ikat pingang mahupun sekadar simpanan bawaan. Tawasul kiranya adat kata pada ia tumbuhan yang terperap kukuh di air nan masin. Wallahualam

Stok lama. Tak cukup barang untuk disempurnakan sepenuhnya dari Baha. Keluar kasi cuci. Tukar kepala lain boleh. Hendak dijadikan gelang pun boleh. Tasbih mini pun boleh. Tasbih 33 pun sempat seutas.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com














Friday, December 14, 2018

TEMPAHAN SAHABAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tempahan sahabat. Gabungan tiga teras hitam. All black. Teras Raja Kayu Hitam, Teras Gemunggal Hitam dan Teras Kemuning Hitam.

Terima kasih Tok Bah ucapkan atas kesabaran menunggu. Tok Bah sekarang mempunyai masalah kesihatan. Maka, sedikit banyak kerja yang tergendala. Maaf diatas kesulitan ini.

Setiap kesabaran sahabat-sahabat. Tok Bah titipkan saguhati sebagai tanda penghargaan. Terima kasih sekali lagi diatas kesabaran kalian.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Sunday, December 9, 2018

TASBIH TERAS KENAUN

Adab penuntut baru nak ‘up’. Zikir biasa-biasa tak mahu. Nak zikir yang power. Bilangan zikir sikit-sikit tak mahu. Nak bilangan beribu.

Akhir kalam apa dapat? Zikir yang biasa pun tidak terbawa. Bilangan yang sedikit pun tidak terbuat. Jadilah amal itu sebagai amalan sampah. Merugikan masa. Kena pula jenis amal ada pantang putus sanad. Lima belas kali ulang sanad pun lagutu jugalah duduknya. 

Jenis yang baru pandai salin kitab dah nak jadi tok guru ni membiak makin ramai sekarang. Hairan jugalah. Tu belum masuk bab hasad dengki. Nampak orang lain lebih sikit. Mulalah kaki bergedik macam orang kena parkinson.


Gambar : Tasbih Teras Kenaun






Tuesday, December 4, 2018

TASBIH FOSIL NIBONG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TASBIH FOSIL TERAS NIBONG TUNGGAL
(99 biji)

Dibuka semula untuk permaharan. Pemahar sebelumnya telah membayar deposit dan menghilangkan diri. Tempoh melebihi enam bulan. Sebarang tuntutan di masa akan datang Tok Bah tak akan layan.

Kepala tasbih dari Teras Kemuning Hitam. Empat gambar terakhir adalah perbezaan Nibong dan Fosil Nibong. Sama sahaja dari segi uratnya.

Sahabat yang berminat untuk memaharkan item ini. Boleh terus whatsapp Tok Bah.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com











Tuesday, November 27, 2018

SUATU PERIHAL

Semalam sedikit sibuk memandangkan teratak usang Tok Bah dikunjungi seorang sahabat yang amat disegani. Antara permata ilmu yang ditinggalkan

"Amanah adalah sesuatu yang amat mudah untuk diucapkan. Tetapi sukar untuk dijaga. Malahan teramat payah untuk dijalankan. Sedikit terpesong dari genggaman, akan terburai semua ikatan. Disitu berlakunya pecah amanah. Maka, berhati-hatilah dalam mengucapkan, menjaga dan menjalankan amanah.

Sekuat mana sekalipun simpulan dan lindungan. Akan ada bahana-bahana yang seolah memaksa amanah ini diretakkan. Bisikan halus ini andai tidak dikawal. Akan memakan diri sendiri. Tika kita telah terlihat dan merasakan kekuatan dalaman telah terbit dari hati. Riak dan ujub serta taksub pada diri akan merajai hati. Saat itu, berdiamlah. Usah diikutkan nafsu yang sedang mengambil alih tugas tuhan. Kerana 'tuhan baharu' ini akan melemahkan akal, pemikiran dan tindakan."

Alhamdulillah. Pertolongan sentiasa hadir saat fikiran menjadi terlalu buntu. Saat dan ketika segala percaturan seolah terhijab. Hadirnya sahabat memberi nasihat.

Untuk makluman sahabat-sahabat. Urusan pembahagian asnaf telah Tok Bah menyerahkan keseluruhan keatas sahabat yang lain. Namun, masih di peringkat pemantauan. Saluran sama masih digunakan untuk sumbangan. Sehingga telah terputus segala ketetapan. Akan dimaklumkan apabila mencapai tempoh kematangan.

Keputusan diambil dek kerana kesihatan yang semakin merosot sejak dua bulan kebelakangan ini. Gelak ketawa masih boleh. Perkongsian masih boleh. Nikmat akal untuk berfikir masih belum ditarik olehNya. Hanya sedikit kekuatan masih belum Dia pulangkan. Masih tergantung dalam penghapusan dosa-dosa.

Penarikan asnaf yang melanggar aturan. Sepertimana yang diumumkan beberapa ketika lalu telah mencapai kata sepakat yang sempurna. Selesai semuanya sebaik-baik penyelesaian.

Segalanya telah tertulis. Hanyasahaya lerah perjalanan itu kita yang menukilkan. Dengan anugerah akal. Agar penuh kebijaksanaan. Mewujudkan keamanan, bukan kemusnahan.

Adapun akta-akta rahsia itu. Tetaplah dirahsiakan. Demi kebaikan bersama.

Adapun Tok Bah, andai tidak lagi berkekuatan. Sentiasa didoakan agar adanya pengganti yang lebih baik dalam mengurustadbir legasi ini. Legasi yang tidak pernah dan tidak akan tertulis dimana-mana lembaran sejarah. Namun, terukir dilangit dengan penuh megah.

Tok Bah memohon istirehat buat seketika waktu. Perjalanan masih jauh.

Tok Bah
27/11/2018



Thursday, November 22, 2018

SUATU PERKONGSIAN

Dari dulu lagi dah pesan. Nak pakai cincin, rantai, gelang atau loket. Jangan terlalu taksub. Kena ingat tapak tauhid kita. Pedoman kita ambil. Sempadan kita ukur. Agar tidak melampaui perbatasan.

Dari awal Tok Bah menolak fahaman ini. Dan dari awal penerangan demi penerangan diketengahkan. Adapun jika dianggap ilmu yang diketengah itu tidak semengah. Maka, itu kadar ilmu dari diri ini. Apakala berlebihan itu tidaklah termaktub. Berlebihan dalam khayalan.

Alamiah turunan Ilahi ini tidaklah sia-sia diciptakan. Sepaling tidak ia untuk renungan manusia. Hikmah atas setiap kejadian makhluk. Ada haknya masing-masing. Yang membezakan manusia, haiwan dan tumbuhan. Adalah akal.

Kesilapan utama akal pada manusia adalah akal ini dikawal melebihi ketuhanan Tuhan. Disinilah ramainya yang tidak mengerti. Hingga aturan asal terpelanting dari landasan. Jin perga mambang juga hendak dilebihkan.

Berpada-pada dalam membawa pakaian diri. Ingat bahawa pakaian diri ini hanyalah sekadar suatu tampalan. Tidak ada tak apa. Ada lebih baik. Situ duduk. Biar reti.

Gambar : Tiga serangkai satu jasad





Monday, November 19, 2018

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Dari Tok Bah sekeluarga. Perbanyakkan selawat mulai malam ini. Hingga pada hari-hari seterusnya. Sampailah tiba nyawa di halkum. Mudahan asbab selawat pada junjungan kasih Baginda saw ini. Menjadi tampalan pada kecacatan amal-amal kita yang lainnya. Insyaallah

Jika sebelum ini kita tidak mencintai Rasulullah saw. Malam ini kita cuba terbitkan rasa kasih pada Baginda saw. Jika kita telah sedia mencintai Baginda saw. Malam ini kita lipatgandakan kasih pada Baginda saw.

Firman Allah swt :-

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad saw). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Al Ahzab : 56)

Tidaklah tertakluk kecintaan ini hanya pada maulidnya sahaja. Hanyasahaya ia sebagai satu tanda ingat-ingatan. Bahawa pada tarikh ini dilahirkan manusia yang agung. Penutup sekalian nabi-nabi. Bahkan kelahiran ini amat dinanti dari Nabi Adam a.s hinggalah Nabi Isa a.s. Bahkan para nabi sebelumnya amat berharap menjadi umat Baginda saw. Tidakkah kita bersyukur?

Tok Bah menyeru sahabat-sahabat sekalian. Luangkan sedikit waktu. Berselawatlah sebaiknya. Dengan tutur tertib sebaiknya. Setidak-tidaknya 100 kali ucapan. Moga dengan ini, menjadi asbab diperpanjangkan penglihatan Rasulullah saw untuk menaburkan syafaatnya kepada kita di akhirat kelak. Insyaallah

Tok Bah
12 Rabiul Awwal 1440


Sunday, November 18, 2018

NIBONG TUNGGAL

Nibong Tunggal menjadi idaman,
Pembisa alir tubuh badan,
Alamiah sejati anugerah Tuhan,
Buat sahabat sebagai renungan

Ringan jasad si Nibong Lintar,
Kerasnya sekeras sang pelakar,
Bunyi ketuk disangka gelegar,
Rupanya batin sedang menggeletar

Kain sutera dililit serban,
Hukum ketepi kerana kebanggaan,
Hilang kebal sutera seripan,
Ditusuk syahdu Nibong hantaran

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Saturday, November 17, 2018

TEMPAHAN SAHABAT

Tempahan sahabat. Gabungan 41 jenis teras. Lusa Tok Bah poskan. Esok ada temujanji hospital. Tak sempat nak singgah pos.

Boleh rujuk post lalu untuk senarai teras. Sebarang urusan dan rujukan

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com