BADIK PANCAR ALAM
Tersebutlah suatu tinggalan warisan Melayu lama, akan sebuah senjata kecil yang dinamakan Badik Pancar Alam atau digelar jua sebagai Badik Pencak Alam. Biar saiznya kecil, namun daya wibawanya sebagai pakaian sulit itu teramatlah besar.
Tempaan didalam rahsia besi. Gabungan dua rahsia alami. Ia terbentuk daripada gabungan dua unsur yang menjadi lambang dua alam kekuatan yakni besi Pa dan besi Kaf. Maka jadilah ia sekalian yang dinamakan Pancar Alam, membawa makna sinar dari dua alam yakni zahir dan batin.
Eber badik ini tidak lurus seperti kebanyakan, tetapi sedikit menyerong. Ketandaan halus bagi mereka yang mengerti, bahawa dalam serongan itu adanya pati rahsia.
Adapun asal empunya tidak diketahui, penceritaan yang telah hilang ditelan zaman. Namun para penjaga warisan menuturkan bahawa badik ini dahulu menjadi pakaian diri bagi seorang ahli hikmat. Maka pada tangan yang arif, badik ini menjadi kunci kepada rahsia diri yang tersembunyi.
Besi Pa asalnya dari besi yang patah secara alami yakni tidak disengajakan. Apa-apa yang bermula dengan Pa, seperti parang, paku, pahat atau pacak, adalah tanda dari kekuatan pematah. Maka dari hikmah besi Pa itu, terbitlah ilmu pematah sihir, pematah niat jahat, malah pengasih bagi hati yang keras.
Manakala besi Kaf dari akar kata segala alat yang bermula dengan huruf kaf seperti kore nyor, kikir, keris atau kapak. Maka pada hikmahnya, besi Kaf menjadi racun bagi makhluk yang jahat, namun menjadi penawar bagi insan yang teraniaya oleh gangguan. Dikatakan jin dan halusan tiadalah akan mereka menyukai akan besi Kaf.
Gabungan Pa dan Kaf menjadikan badik Pancar Alam ini sebagai suatu pendenak besar bagi mereka yang ingin menyimpan rahsia jalan diri melalui kaedah persenjataan Melayu ini.
Whatsapp : 01137440313






No comments:
Post a Comment