Wednesday, August 28, 2019

TEMPAHAN SAHABAT

Three Stooges Teras Kenaun tempahan sahabat. Semua sudah dihantar untuk diikatkan cincin. Tiada halangan. Esok petang Tok Bah kasi poskan. Insyaallah

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Tuesday, August 27, 2019

PERKONGSIAN

Asalan alam tiada gubahan,
Memberi erti sebuah kehidupan,
Menjadi resah terhadap kerinduan,
Terhadap mereka yang diberi kefahaman

Asalan ia tiada terusik,
Berhalus lembut tidak bersisik,
Berlengas ia tiadalah dititik,
Umpama alunan selalu berbisik

Siulan halus bertujuh senja,
Merekah hati mencari si baja,
Tidak berteman dengan sengaja,
Alami ia bermuka sahaja

Sekadar kiasan ia dikata,
Tidak terucap dengan sekata,
Resah rasa aliran nyata,
Hilang sentuhan tidak terkata

*Berlengas-Melekit








Sunday, August 25, 2019

CINCIN TERAS KENAUN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS KENAUN

Adalah halnya teras Kenaun ini, yang disebut orang akan kesukaran untuk mendapatkannya kini. Dek dikeranakan hampir pupusnya ia. Malahan ramailah jua yang tidak mengetahui akan kewujudan teras ini.

Mengikut perihalnya turun temurun, bahawa ia teras membawa akannya ia khasiat pada ummat manusia. Akannya khasiat sebagai kelimunan / pelimun. Akannya khasiat sebagai pembabas marabahaya. Baik senjata atau kecelakaan lainnya.

Diambil pedoman bagi yang telah melaluinya. Bahawa ia menjadi asbab terkuncinya gerak dan niat musuh. Tika masih sepenggalah jarak persemukaan. Makanya tiadalah perseteruan apabila sampai saat dan ketikanya. Melainkan aman dan damailah penyelesaiannya.

Sentiasalah untuk Tok Bah ulangi. Bahawa setiap sesuatu kejadian itu. Wajiblah dikembalikan padaNya. Adapun kita sebagai hamba. Usaha dan ikhtiar hendaklah sentiasa seiringan. Pedoman diambil sebagai pengajaran. Petua diambil sebagai pengetahuan.

Tok Bah berbesar hati membuka ruang peminangan bagi sahabat yang berminat untuk memilikinya. Insyaallah

*Ingin bergayut sepuas hati dengan orang tersayang yang terpisah jauh? Terlalu rindu? Hah..itu bukan urusan Tok Bah. Lantak kaulah. Cuma nak cakap. OneXox ada pelan Unlimited Call berserta internet berkelajuan tinggi tanpa sekatan. Nak boleh contact Tok Bah.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








TASBIH GEMUNGGAL KAMPUNG

TERAS GEMUNGGAL KAMPUNG
(TERAS TUA)

Barang dah tak banyak. Hendak boleh tempah segera. Sebelum teras nan satu ini terus ditutup. Teras Gemunggal Kampung ni dia punya tahap tua tu dah macam Teras Gemunggal Hitam.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com












Saturday, August 24, 2019

ROUGH COLOMBIA

Macam mana nak tahu ori Colombia?
Ada rough dia tak?
Kalau setakat benda dah canai rasa was-was lah.

Ini dia kita kasi ikat rough terus. Tukang pun pitam nak buat. Tak buat nanti kena maki. Hah..benda dah jelas nyata. Sembang makrifat apa lagi? Belilah. Tanya soalan tu macam dia tu pakar sangat. Tahee..

Err..dealer OneXox sesuai la pakai ni. Batu hijau. Simkad pun hijau. Ahahaha..

*Tempoh sah terpanjang hanya di OneXox. Jom sertai kami untuk rasai lebih penjimatan.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com















Friday, August 23, 2019

TASBIH SULUR BERTAM

TASBIH SULUR BERTAM

Sesekali keluarkan. Bukan selalu ada barang. Sepenuhnya dari Sulur Bertam. Kalu nak yang 99 pun boleh tempah. Rasanya seutas lagi sempat dengan barang. Lebih tak cukup barang.

Antara pembisa berbintik kesukaan Tok Bah. Salah satunya adalah Sulur Bertam. Tak usah sembang tikam batu ke tidak. Nak cari Sulur ni pun dah payah. Setakat nak sembang akar bertam tukar nama jadi sulur tu tak payahlah. Buat letih je Tok Bah nak maki kalian.

*Anda sembang anda pejuang Islam dan bangsa? Simkad tu dah tukar ke belum sembang? Kalau belum, ini haaa Tok Bah ada jual simkad bumiputera siap patuh syariah. Nak kekal nombor asal? Boleh sahaja. Sembang makrifat di whatsapp..

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com











TASBIH 100 TERAS

Assalualaikum dan selamat sejahtera.

TASBIH 100 TERAS

Sesekali keluar. Nak keluarkan selalu penat. Senarai nama teras hanya untuk pemahar. Tok Bah malas nak tulis panjang-panjang.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com