Thursday, April 29, 2021

TASBIH 33 TERAS

 Edisi Khas Nuzul Quran. Tasbih 33 jenis teras. 


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Saturday, April 24, 2021

AL QURAN AZIMAT (KULIT KIJANG EMAS)

 Al Quran azimat 30 juzuk. Bersadurkan Kulit Kijang Emas. Lebih kecil berbanding yang telah dimaharkan sebelum ini. Satu-satunya dalam simpanan Tok Bah. 


Sahabat yang berhasrat boleh terus whatsapp Tok Bah. 


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Wednesday, April 21, 2021

TASBIH OUD SOLIB

 Percubaan pertama Oud Solib. 33 biji seutas, biji saiz 10mm. 


Tok Bah tiada sandaran pedoman untuk Oud Solib. Paparan gambar akhir ada sedikit perkongsian dari komen salah seorang sahabat di post sebelum ini. Telah mujarab atasnya.


Tok Bah tidak terlalu fokus untuk Oud Solib. Kerana modal untuk buahnya sebiji sederhana seperti gambar sahaja pun mencecah RM20 sebiji. Penghasilan seutas tasbih 33 pun sudah menggunakan hampir 7-8 biji buah Oud Solib. 


Bukan apa. Nak jual nanti kalian kata mahal. Dahlah benda bidaah. Ahahahaha..


Sahabat yang berminat untuk air tangan pertama Oud Solib dari Tok Bah. Boleh terus whatsapp dan seperti biasa. Komen PM kalian Tok Bah baca sahaja dan tidak dilayan. Maka tak payahlah komen PM senang.


Whatsapp : 0189010623







Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Monday, April 19, 2021

AKIK MOTIF

 Dalam kalangan batu Akik. Yang biasa Tok Bah maharkan hanya dua. Akik Yaman Qibdah dan Akik Yaman Habsyi. 


Kali ini dipaparkan buat sahabat berminat. Akik jenis motif. Ada yang menggelarnya sebagai Akik Jamal. Tak tahulah kenapa Jamal dapat nama. Jangan tanya Tok Bah. 


Satu keunikan terhadap Akik Motif ini. Adanya unsur teras kayu didalam batunya yang bersilang sambung terus dengan urat batunya. Teras apa yang terpacak juga tidak dapat dipastikan. Yang sahihnya ia adalah alami dan bukannya dipasak.


Apapun keadaannya, tatkala disentuh akan perihal Akik. Maka tidaklah lari dari keberkatan. Kerana Akik merupakan diantara salah satu batuan yang dianggap berkat. Terutama dari Tanah Yaman.


Asalan atasnya Tok Bah aslikan sebegitu tanpa melicinkannya. Bergerutu sebagai nilai seni seakan antik. Ada kilauan di bahagian tersebut. Menambahkan keunikan nilai seninya.


Sahabat yang berminat boleh terus whatsapp. Macam biasa. Komen PM Tok Bah tak layan.


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com











Sunday, April 18, 2021

BESI MERIAM PECAH

Seperti dijanjikan. Sedikit sibuk hari ini. Maafkan Tok Bah. Item yang akhir dimaharkan tiga tahun lalu. Dibuka secara tunggal untuk ini. Sebagai meraikan keberkatan Ramadhan.


BESI MERIAM PECAH


Secara umumnya. Besi Meriam Pecah disandarkan pedomannya sebagai pemberat pukulan dan pembisa. Dan dijadikan sebesar-besar penawar diantara sekalian penawar.


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com









Sunday, April 11, 2021

TANDUK RUSA PUTIH (PASAK)

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


TANDUK RUSA PUTIH


Tanduk Rusa Putih ini tepah dipasak beberapa jenis debu besi. Antaranya


- Besi Puting Parang Patah

- Besi Pacak Patah

- Besi Pahar Patah

- Besi Pahat Patah

- Besi Pedang Patah

- Besi Paku Patah

- Besi Pelating Patah

- Besi Meteorite Emas (jual akhir pada 2014)

- Besi Meteorite Perak (jual akhir 2016)

- Besi Iron Meteorite (jual akhir 2016)

- Besi Luruh Badik Lama

- Besi Luruh Keris Pandai Saras Lok Genap

- Besi Kelewer Pecah Tembus


Adalah ini kamilan bersyarat. Yakni kamilan atau gabungan yang menuntut akan kaedah-kaedah tua. Makanya tidaklah sentiasa diadakan wujudnya. Melainkan terpilihlah akan hari-hari dan saat ketikanya untuk diwujudzahirkan akan ia.


Apakala itu, terhadlah akan wujudnya. Hingga tiba kelak hadir saat dan ketika bacaan bintang-bintang yakni akan rujukan falakiah untuk pengzahiran kembali. Iaitu dalam bahasa mudahnya. Untuk kembali mencanai tanduk sebegini dengan kaedah. Belum tentu lagi bila tiba waktunya. Haruslah bersandar pada lintasan bintang-bintang.


Mudahan asbab atas bawaan pakaian diri ini menjadi salah satu dari sebaik-baik genggaman dalam perjalanan. 


Asalannya ada sepuluh biji. Satunya telah diambil oleh seorang sahabat pemahar. Terburu-buru ia ingin menjadi orang pertama atas nilai keutamaan. Alhamdulillah


Tok Bah menjemput sahabat-sahabat yang berminat untuk meminang. Boleh terus whatsapp. Macam biasa. Tak perlu komen kerana Tok Bah takkan balas komen atau PM kalian. Yelah. Minta PM. Kita bagi salam pun tak jawab. Buat apa nak PM. Buat rugi lapisan jari jemari Tok Bah je menekan keyboard telefon ni layan kalian. Ahahahahaha..


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com













Friday, April 9, 2021

TASBIH TERAS CELAGI

 TASBIH TERAS CELAGI

(TERAS TUA)


Antara salah satu alamiah penyejuk. Bahkan menjadi satu medium perubatan dan pendinding diri bagi sesetengah perawat. 


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Thursday, April 8, 2021

TASBIH TERAS BIDARA

 TASBIH TERAS BIDARA


فِي سِدْرٍ مَخْضُودٍ


"Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri." -(Al Waqiah : 28)


Jelas disebutkan didalam Al Quran. Pohon Bidara merupakan diantara salah satu dari pohon-pohon di syurga. Maka, sandaran pedoman ini sudah terang bagi yang menidakkan ilmu leluhur.


Alamiah dicipta untuk diambil manfaatnya. Tidaklah sia-sia sama sekali. Alangkah merugi bagi yang tidak mahu berfikir.


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Tuesday, April 6, 2021

TASBIH AKIK YAMAN

 Ramadhan makin hampir. Peluang menambah amalan dan pahala berlipat ganda datang lagi. Dalam kekalutan kita mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan pada kali ini. Jangan sesekali kita lupakan persiapan alamiah tampalan diri. Yakni alamiah yang diberkati. 


Yang jika ada ia lebih baik. Tiada ia tidaklah mengapa. Yakni untaian tasbih. Sebagai peneman di larut malam. Lebih lagi menjadi peneman serenggang waktu sebelum bersahur.


Tasbih Akik Yaman 99 biji bersaiz 10mm. Akik Yaman merupakan antara batuan akik dari tanah yang diberkati. Adapun tasbih ini bukanlah dari jenis Habsyi atau Qibdah. Jika dari jenis keduanya. Jaranglah sekali dapat dimiliki orang. Seangkatan kurang lebih sehampir sepuluh atau sebelas ribu ringgit untuk seutas.


Milikan ini hanya digelar Akik Merah Yaman. Yang merahnya sehampir Qibdah. Seutas sahaja ada. Sahabat yang berminat boleh terus whatsapp Tok Bah. Setuju harga. Esok terus berangkat diposkan. Insyaallah


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com