Thursday, October 25, 2018

AKAL, IMAN & NAFSU

Kata seorang sahabat :

Akal ini diibaratkan seperti bidadari yang paling lawa. Sentiasa menjadi rebutan oleh jejaka yang bernama Iman dan Nafsu. Kedua-duanya saling bertelagah dalam memberikan erti 'logik' pada Akal. Agar Akal akan menerima salah satu dari jejaka ini dengan sebaik-baiknya.

Jejaka bernama Iman mengorat Akal dengan segala kerendahan diri dan ketinggian dalam mengesakan erti keTuhanan. Meletakkan hukum ghalib adat dan langkau adat dalam pegangan diri.

Adapun jejaka bernama Nafsu itu menghulurkan segala fahaman logik pada si Akal. Demi kepuasan dan kefahaman mengikut kehendak diri. Tanpa batasan. Sama ada melanggar ia ghalib adat mahupun tidak.

Gambar : Loket Teras 41. Ikatan secara 'clip'. Sesuai bagi yang tak suka pakai cincin dan rantai. Clip sahaja pada baju. Dan tersembunyilah 'pakaian sulit' kalian. Ikatan dan penyangkut dari perak. Clip stainless steel.







Friday, October 19, 2018

SATU KUNJUNGAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pertama kali ingin dizahirkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada sahabat Rahmat Abdullah Zawawi, Azwan Khairuddin dan lain-lain diatas jemputan untuk menghadiri Ijtimak Tabligh yang akan berlangsung esok di Yala, Thailand selama tiga hari. Ijtimak yang menyasarkan 500 ribu kehadiran. Tercapai hendaknya. Insyaallah

Kunjungan hormat sahabat dari Pattani dan Yala secara mengejut hari ini adalah sesuatu yang menggembirakan hati Tok Bah. Alhamdulillah

Tok Bah menolak jemputan kalian secara sebaik-baiknya. Bukanlah kerana Tok Bah membenci gerakan ini. Namun, adanya persimpangan peribadi sehingga Tok Bah menolak gerakan ini sebagai suatu harakah yang dibergantungkan.

Diakui, kali akhir Tok Bah bertahaluf bersama kalian sekitar tahun 2008-2009. Tok Bah (dibawah ISMA masa tu) melibatkan seluruh keanggotaan termasuk kerjasama dari sahabat Universiti Prince Of Yala. Mencapai matlamat yang dikehendaki atas izinNya.

Walaubagaimanapun, tidaklah bermaksud Tok Bah tidak menyokong gerakan tabligh ini sebagai satu gerakan dakwah yang berkesan. Hanyasahaya pendirian kalian yang menolak 'siasah' menyebabkan Tok Bah mengundurkan diri dari medan dakwah kalian.

Kerana bagi pendirian Tok Bah secara peribadi. Segala sunnah yang diperjuangkan, akan menemui sekatan seandainya tidaklah kuasa politik itu dikuasai sepenuhnya oleh umat Islam.

Tidaklah persimpangan amal dan pegangan ini memecahkan hubungan kekeluargaan diantara kita semua. Apapun, doa dari Tok Bah sentiasa mengiringi kalian sebagai suatu doa yang tidak pernah didengari. Semoga perjalanan kita yang bercabang simpang ini akan mempertemukan kita kembali di akhir hayat kehidupan. Insyaallah



Sunday, October 14, 2018

TEMPAHAN SAHABAT

'Open floor' boleh muat 12 orang sahaja. Rumah Tok Bah ni kecil. Muat ramai-ramai kang runtuh tak memasal.

Kopi ada dua tiga cangkir lagi. Yang lambat sampai tu air kosong sahajalah. Ahahahaha...

Gambar : Tempahan sahabat. Cincin 41 jenis teras. Ikatan perak 925 saiz 12.







AKIK HABSYI

AKIK HABSYI

Dari Anas bin Malik r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W memakai cincin perak bertatahkan ia batu dari Habsyi di tangan kanannya. Beliau meletakkan mata cincinnya di sebelah dalam telapak tangannya. - (Riwayat Muslim)

Nampak macam Qabdi. Hakikatnya ianya Habsyi. Tempahan sahabat. Original Yaman tanpa sebarang sentuhan pengubahan.

Jarang untuk melihat akik Yaman mempunyai isi daging berurat. Sesekali beroleh seperti ini, kiranya rezeki besar buat sahabat yang menempah. Alhamdulillah

Yaman punya rated jangan disamakan dengan local punya. Jangan jadi macam 'seorang' tu. Cincin perak handmade dan akik Yaman asli RM70 katanya. Tak ganja, syabu😂😂😂😂








Saturday, October 13, 2018

COLOMBIA

ZAMRUD COLOMBIA
(ORIGINAL)

Ikatan suasa penuh. Batu dan ikatan tua. Batu butir jantan. Karat Tok Bah kurang pasti. Anggaran lima karat lebih.

RM35,000 sahaja. Deposit RM 21,000 untuk booking.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com










Saturday, October 6, 2018

TASBIH AMBER GAHARU

Tasbih Amber Pokok Gaharu. Bau kurang wangi kerana ianya hanya sejenis amber. Nak wangi kena bakarlah. Dah bakar, jangan minta gantirugi pula. Sebenarnya kalau hari-hari guna, baunya tetap naik. Tetapi tidaklah membuak-buak baunya.

Item ini diklasifikasikan sebagai 'pupus sementara' dalam simpanan Tok Bah. Kehabisan stok. Tasbih ini adalah yang terakhir buat kali ini.

Getah atau amber pokok biasanya dijadikan sebagai terapi minda bagi leluhur zaman. Bahkan, turunan menyebut secara berulangan akan khasiatnya yang tidak asing lagi dalam beberapa perihal. Post lama Tok Bah ada menyebutkan tentang perkara ini. Boleh rujuk blog untuk memudahkan pencarian.

Mahal atau murah sesuatu amber pada kebiasaannya dititikberatkan pada dari pokok apakah datangnya ia. Adapun milikan ini dari pokok gaharu. Suatu pokok yang telah diketahui umum akan khasiat alamiahnya.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Link Video : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2183410291938345&id=100008081855076






Friday, October 5, 2018

TASBIH ULAR CINTA MANI EMAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TASBIH ULAR CINTA MANI EMAS
(LIMITED)

Warna kuning keemasan. Kesan gambar kurang pula kelihatan kuningnya tu. Tidak seperti cinta mani cindai sebelumnya. Cinta Mani Emas lebih sukar untuk didapati.

Imam tasbih, penanda pemisah dan makmum diperbuat dari Cinta Mani Emas sepenuhnya. Adapun penanda di sepuluh diperbuat dari Cinta Mani Cindai. Dan kpenanda kepala dari Cinta Mani yang biasa.

Ketiga-tiga spesis Cinta Mani ini disatukan. Istimewa buat sahabat-sahabat yang berkenan untuk meminang. Insyaallah

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Link video : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2182951041984270&id=100008081855076






SATU PERKONGSIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah satu sesi ringkas dari pertemuan lewat malam semalam. Berkenaan isu penarikan kembali dana beberapa orang asnaf. Ada pihak dari sahabat yang tidak berpuas hati dengan keputusan Tok Bah kebelakangan ini. Maka, pencerahan dari pertemuan semalam diharap dapat menjadi tanda arah dalam pemahaman.

Pertama. Sumbangan dana asnaf merupakan sumbangan dari sahabat-sahabat alam maya terutamanya. Baik yang pernah berurusan atau tidak pernah berurusan dengan Tok Bah.

Kedua. Setiap permaharan. Akan dicabut sebanyak 10% untuk bantuan asnaf. Kedua kaedah inilah menjadi tunjang utama dalam perolehan dana asnaf. Adapun lainnya, sumbangan berupa barangan itu bab yang lain.

Penarikan sumbangan berlaku apabila telah mencapai tahap keseimbangan pada orang-orang yang menerima sumbangan. Sebagai satu contoh. Apabila telah menerima ia penerima akan sesuatu pekerjaan atau pendapatan yang boleh diimbangi. Maka, penarikan akan berlaku. Tidaklah bermaksud dihentikan serta merta atasnya. Melainkan di ambil bicara jualah pada batas-batas masa pemerhatian.

Kekecohan kebelakangan ini di blok Tok Bah timbul kerana Tok Bah menarik kembali secara mengejut beberapa orang asnaf. Ada asbabnya. Jika telefon pintar seharga tiga ribu lebih boleh dibeli. Dimana nilai takhta 'asnaf' yang dicanang? Bahkan ada yang menggunakannya untuk berjudi. Dengan alasan ingin mencuba nasib melipat gandakan sumbangan yang diterima. Tidak malukah?

Pihak kami bukanlah satu organisasi yang menjaga keperluan umum secara menyeluruh. Tanpa sahabat-sahabat disini, pihak kami tidaklah mampu menggalas amanah ini. Dek kerana amanah inilah, segala percaturan sentiasa dititiberatkan.

Alhamdulillah. Sahabat-sahabat yang terlibat dalam pengurusan pembahagian nampaknya berpuas hati dengan pencerahan lewat semalam. Tok Bah amat menghargai semua teguran dan pendapat. Tidaklah diletakkan diri ini betul sepenuhnya. Andai berkesilapan itu, maka itu adalah resam sebagai nadi yang bergelar makhluk. Wallahualam

Gambar : Tasbih Teras Bidara



Monday, October 1, 2018

OKTOBER DATANG LAGI

Ada ketika kita cuba melupakan kisah silam yang dialami. Bukan kerana tidak menyukai. Namun, kerana tidak ingin rindu terlalu menguasai. Hingga kerinduan tersebut menjadi batas dalam perjuangan hakiki.

Kehidupan tetap diterusi. Didalam lingkungan syariat yang membatasi. Tarikat pada aturan Ilahi. Hakikat dalam mencapai maknawi. Fana dalam makrifat yang melangkaui.

Kasih sayang tetap dijalani. Kerinduan tetap ditangisi. Peristiwa silam tetap dikenangi. Sebagai pegangan dalam perjalanan yang menanti.

1 Oktober berulang lagi. Sebelas tahun tanpamu disisi. Moga Tuhan mengerti. Batasan keperitan yang ditanggung diri. Menanti hari yang dijanji. Pertemuan semula disisi Ilahi. Terlihat lambaianmu dari syurgawi. Disaat dosa masih mengelaburi. Syafaat Rasulullah saw tetap dinanti. Moga Tuhan mengerti. Sekali lagi, semoga Tuhan mengerti.

*Al Fatihah buat Bonda tercinta. Menghembuskan nafas terakhir pada 01/10/2007 jam 1700. Semoga perpisahan di dunia ini menjadi titik mulanya penyatuan kita semua di akhirat kelak. Insyaallah