Thursday, August 10, 2023

BESI KUMBANG

 Besi Kumbang. Berbeza dengan pemilikan sebelum ini iaitu Batu Sayap Kumbang. Besi Kumbang pendagingannya bersifat besi dan melekat pada magnet. Dan warnanya hanyalah pada dua kitaran. Semua hitam atau hitam bercula kuning.


Pemilikan ambo adalah dari hitam bercula kuning. Yang amat jarang ditemui. Alhamdulillah


Mengikut pedoman. Besi Kumbang merupakan antara besi malu di alam mistik Melayu.  Besi malu yang membawa maksud tidaklah senjata bersifat besi, tembaga, perak atau emas dapat menembusi bagi orang yang memiliki besi malu. Demikian kadar pedoman. Apapun bab kebal ni ambo selalu ulas. Kita pegang pedoman dan kita jangan taksub. 


Adapun leluhur menyatakan pula akan khasiatnya Besi Kumbang adalah ia membawa resam pemansuh ilmu kebal lawan. Terutama pada seteru yang membawa atau memakai susuk raksa. 


Dan padanya itu digelar Besi Kumbang akan sangkakala angin. Yang padanya dibaca akan seranahan dalam genggaman terkemudian pula dihembus pada orang diniat atau digenyeh pada permukaan telapak tangan dengan niat orang dituju. Maka dengan izinNya tertimpa akan seteru akan musibah. 


Dapat 4 biji sahaja. Rough tak besar mana. Kenan boleh terus whatsapp.


Whatsapp : 0189010623











Tuesday, August 8, 2023

CEMETI ALI TERAS REMIA

 CEMETI ALI TERAS REMIA


Teras Remia diketahui antara salah satu teras terbaik dalam merawat kerasukan makhluk halus. 


Antara pedoman dari pemahar sebelumnya. Cukuplah pada kadar Teras Remia ini diletakkan bersentuhan dengan kulit orang kerasukan. Sembuh dengan izinNya pada tika itu. Insyaallah


Teras Remia juga menjadi asbab besar sebagai pendinding diri alami. Pelumpuh saka dan pelepuh seteru.


Maka diatas perkara demikian. Telah dijadikan Teras Remia ini sebagai Cemeti Ali yang juga pada dasar ilmunya itu sebagai bawaan yang bukan sekadar bawaan. 


Diwajahkan oleh orang-orang berkat. Dirajahkan mengikut acuan ilmu leluhur. Diisikan rempahan terpilih agar menjadi lebih baik, lebih berkat dan lebih ampuh. Insyaallah


Whatsapp : 0189010623