Friday, March 30, 2018

TAHFIZ DARUL ULUM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tok Bah dan isteri merupakan salah seorang ibubapa angkat bagi Tahfiz Darul Ulum, Negeri Sembilan.

Tok Bah sukacitanya menjemput sahabat-sahabat untuk bersama-sama menyumbang pada pembangunan institusi kehormat ini. Dalam rangka meringankan beban para anak-anak dan guru-guru.

Sepengetahuan Tok Bah, Tahfiz ini dalam rangka pembinaan fasa kedua kompleks Tahfiz Darul Ulum. Ini adalah peluang bagi setiap dari kita untuk membina sebuah jambatan amal yang berkekalan. Jangan sia-siakan peluang ini.

Sahabat-sahabat boleh terus menghubungi Tahfiz ini untuk sumbangan melalui pemotongan akaun secara bulanan. Potongan untuk sumbangan mempunyai beberapa pakej. Mengikut kemampuan.

Sebarang urusan boleh terus menghubungi talian 06-6716060 / 01110622324.






BULUH PELETING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

BULUH PELETING

Buluh Peleting atau mudah dikenali sebagai buluh batang penyapu. Buluh ini kebiasaannya berongga dan tidak padat atau tumpat.

Dalam tinggalan warisan Melayu tua. Buluh Peleting tumpat dijadikan sebagai suatu asbab ikhtiar dalam pagar diri dan pendinding diri. Diturunkan bahawa, Buluh Peleting tumpat juga merupakan suatu pakaian diri yang berbisa.

Adapun pula tanggungan atas perjalanan itu beberapa asbab. Yakni selisih marabahaya, ringan atas penanggungnya akan musibah. Serta padanya itu sebagai asbab ikhtiar dalam keharmonian rumah tangga.

Dalam pegangan ilmu tua Kelantan pula, Buluh Peleting tumpat dipercayai dan diyakini akan kejadian akamiahnya sebagai pelerah jalan kehidupan.

Adalah pula milikan Tok Bah hanya seruas yang tumpat. Lainnya itu 'lotong'. Dan dikekalkan keadaan panjang ruas asalan dari yang diperolehi.

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Tuesday, March 27, 2018

KEYCHAIN / IBU LOKET

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

KEYCHAIN / IBU LOKET
(TIGA PEMBISA BERBINTIK)

Ibor Lintar, Sulur Bertam dan Nibong Lintar dikacukkan dan dikamilkan menjadi satu. Melalui kaedah 'lesek amba'. Iaitu suatu kaedah melekatkan kamilan ini dengam menggunakan getah pohon.

Ketiga-tiga pembisa berbintik ini telah diketahui umum akan khasiatnya. Yakni sebagai pembisa, pemberat, cah ligah, penunduk dan lainnya.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Monday, March 26, 2018

UPIH

Alhamdulillah. Rezeki hari ini. Upih atau kelapa mata satu. Berbeza dengan milikan sebelum ini. Satu mata satu kening.

Upih terbaharu ini mempunyai satu mata dan dua kening. Satu mata yang tidak sempurna atas kejadian asalan.






Tuesday, March 20, 2018

TEMPAHAN SAHABAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TEMPAHAN SAHABAT
GELANG TERAS

Gabungan beberapa teras pilihan. Dipilih sendiri oleh pemahar. Sebagai suatu sarana pemakaian diri. Asbab alami sebagai pendinding, penahar, pengasih, pelaris, penunduk dan lainnya.

Kecapan rasa atas perjalanan diri. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com









Friday, March 16, 2018

Kenapa sesetengah tasbih Tok Bah menggunakan tali getah? Baik. Ini sebabnya.

Sebagai memudahkan sahabat pemahar untuk membawanya ke mana-mana. Dua tali penyambung di imam tasbih tidak dimatikan. Agar memudahkan sahabat-sahabat untuk 'adjust' saiz tasbih dengan mudah. Dari tasbih ke gelang teras.

Dua dalam satu. Atau dalam bahasa mudahnya. 'Tasbih Gelang'.

Gambar tasbih 33 dari teras :-
- Teras Mempelas Kuning
- Teras Laka
- Teras Damar Minyak
- Teras Celagi
- Teras Hitam Arang
- Teras Tebu
- Teras Pinang Hutan
- Teras Gemunggal Kampung
- Teras Kemuning Emas
- Teras Deredak
- Teras Penawar Hitam

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com









TASBIH BAHA PUTIH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TASBIH BAHA PUTIH
(LIMITED)

Adalah ia Baha Putih itu merupakan diantara sekian kaedah pemakaian diri pendekar terdahulu. Menjadi ia satu kehormatan pada si pemakai baha putih. Dek dikeranakan kesukaran untuk memilikinya.

Diantara hikmah dan hikmat akannya sebagai asbab ikhtiar. Padanya ia keampuhan diri si penanggung. Tidak tertolak dek musuh. Tidak terkalah dek hujah. Sepertinya ia baha putih ini dilambung alunan laut dalam. Tetap kukuh pada duduknya.

Demikian perihalnya selisih akan si penanggung dari marabahaya. Selamat akannya ia dari mati lemas. Serta ia dikuatkan tubuh badan. Mujarab ia pada permasalahan urat saraf dan ubatlah ia pada tenaga batin yang lemah.

Dari temurun diambil, bahawa padanya orang yang beramal. Diambil akannya fadilat si baha putih. Akannya ia tumbuhan laut. Pedoman ia memasinkan amalan. Wallahualam

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Wednesday, March 14, 2018

IBU LOKET TERAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

IBU LOKET
TEMPAHAN SAHABAT

Antara intipati gabungan. Tidak mengikut urutan yang tertulis.

- Teras Damar Minyak
- Teras Cendana
- Teras Kayu Tahi
- Teras Kemuning Hitam
- Teras Delima
- Teras Mempelas Kuning
- Teras Deredak
- Teras Penawar Hitam
- Teras Kemuning Emas
- Kayu Ular Cinta Mani

Kombinasi yang diserahkan pada kehendak Tok Bah. Sahabat-sahabat juga boleh request teras-teras yang dikehendaki. Ada stok, kita kasi jalan. Insyaallah

*Simpulan sambungan dari Kayu Ular Cinta Mani.

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com











TEMPAHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jarang memunculkan diri sejak kebelakangan ini. Sedikit sibuk. Penangan tasbih yang nampaknya tidak berpenghujung setakat ini. Alhamdulillah

Pada sahabat yang memaharkan loket teras. Item sahabat sekalian akan disiapkan hari ini. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com