Sunday, October 5, 2025

GOBEK

 GOBEK


Apakala disebut Gobek, maka dua perihal akan segera terlintas di dalam denak fikiran. Pertama Gobek Sireh dan keduanya Gobek Api. 


Maka pada bicara kali ini, akan disentuh hal yang pertama yakni Gobek Sireh. Pusaka warisan yang digunakan bagi menumbuk sireh pinang hingga lumat sebelum dikunyah sebagai hidangan adat warisan.


Pada kebiasaannya di Tanah Melayu, khususnya di bumi Pantai Timur, Gobek Sireh diperbuat daripada tembaga. Pada tempaannya itu, akan terdapat lubang di bahagian bawah bagi menempatkan pancangan kayu yang menjadi penahan sewaktu sireh pinang digobek dan dilumatkan. Setelah lumat, maka digunalah batang pasungan bagi menolak dan mengeluarkan sisa sireh melalui bawah gobek, menzahirkan kebijaksanaan tukang Melayu dalam menyusun guna alat bagi memudahkan kerja.


GOBEK BUTA


Maka inilah tajuk yang hendak diketengahkan. Gobek Buta, suatu peninggalan ilmu leluhur yang tinggi nilai hikmahnya, mengaitkan tiap sesuatu dalam kehidupan dengan lambang dan petanda batiniah.


Gobek Buta adalah Gobek Sireh yang tidak berlubang. Tiada ruang pada bawahnya. Maka apabila sireh dimasukkan, tiadalah ia dapat dikeluarkan dengan cara kebiasaan. Namun di situlah letak makna yang dalam. Gobek ini bukanlah alat untuk kegunaan zahir, tetapi kiasan kepada penyempurnaan diri dan kesempurnaan faham akan rahsia kehidupan.


Tempaan Gobek Buta itu melambangkan penutupan segala pintu kebocoran batin. Perlambangan kepada pengawalan diri, agar segala lantunan nafsu dan keinginan duniawi terpadam dalam genggaman makrifat. Tiadalah ruang untuk keluar melainkan kepada jalan Allah semata. Maka di situlah tersirat ilmu bahawa pada zahirnya alat, namun pada batinnya ia pakaian makna dan pegangan diri.


Terbutalah mata kejahatan dalam musafir perjalanan.

Terbutalah mata hasad terhadap apa yang ditinggalkan.

Terbutalah hati daripada kegelapan.

Terbutalah hati daripada bisikan kemaksiatan.

Maka selamatlah diri, amal, dan zuriat hingga ke pengakhiran.


اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ

لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ

لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ

اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ


Untuk dimaharkan.


Whatsapp : 01137440313










No comments:

Post a Comment