Wednesday, June 28, 2017

TERAS TAHI / TERAS SEKENTUT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS TAHI / TERAS SEKENTUT

Teras Tahi atau Teras Sekentut mungkin ada yang telah mengenalinya. Bahkan mungkin juga tidak pernah dikenali. Teras Tahi merupakan dari sejenis pohon yang baunya seakan-akan bau tahi. Apakala mengena akannya peluh, baunya akan lebih semerbak. Alamiahnya sedemikian. Maka ini perihal.

Bahawa leluhur zaman telah menurunkan. Khasiat alami akannya Teras Tahi ini. Yakni sebagai ia penawar kerasukan dan pemutus sihir atau guna-guna. Mencegah akannya rosak harta benda kerana kecurian atau khianat. Dan sebesar penawar bagi penyakit batin.

Tiadalah diperlekeh akannya Teras Tahi ini. Yakni akannya amatlah besar khasiatnya sebagai pengasih dan pelaris. Bahkan ia diguna olah sebagai salah satu ramuan minyak pengasih.

Tok Bah menjemput sahabat-sahabat yang berminat untuk memilikinya. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com









Sunday, June 25, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1438

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin Tok Bah ucapkan. Buat seluruh sahabat-sahabat Tok Bah yang dikasihi.

Telah sampai kita pada hari kemenangan yang dinantikan. Alhamdulillah. Semoga Ramadhan yang baru sahaja berlalu pergi. Meninggalkan kesan keimanan buat kita semua. Sebagai satu perbekalan menempuh sebelas bulan lagi. Untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh kemuliaan ini. Insyaallah

Tok Bah dengan ini menyusun sepuluh jari. Memohon keampunan dari hujung rambut ke hujung kaki. Andainya perilaku Tok Bah menjadi ketidaksenangan dihati sahabat sekalian. Selama mana perkenalan ini.

Dan sejuta kemaafan bagi yang whatsapp Tok Bah mengucapkan salam Aidilfitri. Tok Bah tidak sempat membalas semuanya. Terima kasih tidak terhingga. Semoga sahabat-sahabat sekalian mendapat berkah dan rahmat didalam hidup seharian. Insyaallah

Wallahualam


Thursday, June 22, 2017

SEKADAR PERKONGSIAN

Manusia berbangga murid beribu,
Sedangkan aku hanyalah aku,
Tiada pengikut seperti kelkatu,
Datangnya bersayap pulangnya kaku

Diundang datang dipijak santai,
Menari gerak digigi pantai,
Gerak melangkah penuh permai,
Aman diri selamatlah ramai

Dijenguk kilat sabung menyabung,
Dihenti kata dalam menyambung,
Disiat nista dilambung-lambung,
Menuntut ilmu untuk menabung

Hikayat hidup sebuah coretan,
Disembunyi senyap lukisan perjuangan,
Kerana diri bukanlah murahan,
Maruah ditatang hingga penghabisan

Tok Bah
Hikayat Satu Malam


Wednesday, June 21, 2017

DI JALANNYA (8)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasulullah saw diberikan kemuliaan teragung sepanjang zaman. Yang tiadalah diperolehi oleh siapapun. Muhammad saw, manusia yang menyebabkan 'Tuhan' berselawat keatasnya. Allah swt serta para malaikat, memuji mengalunkan selawat. Demi kebesaran kekasih ummat ini. Maka kita sebagai hambaNya dan umatnya, hendaklah senantiasa membasahi lidah dengan keagungan ini.

Adalah hikayat manusia dizaman ini, sudah tiadalah banyaknya orang yang memuji memuja, berselawat serta menzahirkan kesyukuran atas kurniaan Ilahi untuk ummat manusia. Yakni berselawat ia atas Rasulullah saw.

Tinggal lagi hanya mereka yang mengerti, yang tahu dan yang memahami membasahi lidah dan hatinya dengan berselawat. Tenggelamnya manusia kebanyakannya dalam meraih 'zikir hakikat', 'zikir tarikat', 'zikir makrifat' serta keberadaan zikir lainnya. Yang kononnya mempunyai maqam teristimewa. Walhasil hanyalah selawat itu tiadalah halangan penerimaan amalnya disisi Tuhan.

Merugilah manusia yang beramal untuk meraih kelebihan demi tatapan makhluk. Merugilah manusia yang menuntut kerana hendak memperdebatkan bicara ilmu. Teramat rugi.

Setiap hari bahkan setiap masa, kita ingin meraih suatu hal yang baharu dalam penerapan zaman. Namun demikian, dalam hal iman. Berpijaklah kita betul benar diatas landasan ilmu. Jangan hanya terawangan dengan dongengan. Zuq ketuhanan yang kelaut. Mengarut dan taksub membabi buta. Khawatir kelak membinasakan diri. Semoga dijauhi kita semua dari kecelakaan ilmiah. Wallahualam

Tok Bah
27 Ramadhan 1438


Saturday, June 17, 2017

DI JALANNYA (7)

Assalamualaikum..

Firman Allah swt:-

"Hari manusia menjadi seumpama kelkatu yang berkeliaran." - (Al Qariah : 4)

Satu petikan dari Al Quran yang mulia. Bahawa manusia disaat tibanya kiamat. Hilanglah arah tujuan mereka. Hilanglah segala kecerdasan akal. Hilanglah segala kesihatan tubuh badan. Bergelumanglah ia seperti kelkatu merebut cahaya.

Dalam konteks kehidupan mereka yang mencari ilmu dan amal. Akan tiba saat dan ketika mereka menemui titik titik cahaya. Titik cahaya yang dirasakan ia adalah kebenaran hakiki yang dicari. Bagi mereka yang sentiasa mencari kelebihan diri. Tanpa ada ikhlas sejati. Tika inilah ghalibnya mereka akan terjerumus ke lembah yang hina. Kerana titik cahaya itu bukanlah cahaya yang hakiki. Melainkan hanya satu kepalsuan yang menyesatkan. Merugikan dan menyakitkan.

Makanya, dalam menuntut ilmu. Jangan terlalu gelojoh untuk menjadi guru. Dalam beramal, jangan gelojoh untuk ke puncak. Tenang dan rasailah kenikmatan ilmu dan amal. Wallahualam

Tok Bah
23 Ramadhan 1438

DI JALANNYA (6)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bismillah..

Ramadhan hanya tinggal beberapa detik sahaja lagi. Sebelum ia meninggalkan kita. Semoga Ramadhan akan datang mampu kita mengecapinya lagi. Insyaallah

Semoga perbekalan amal yang kita lakukan di Ramadhan ini mencukupi untuk perjalanan kita di bulan-bulan yang lain. Hingga bertemu kembali Ramadhan. Atau menyambut seruan Ilahi dalam kedamaian.

Diantara amal yang tidaklah dihadang dan dihalang penerimaanNya oleh Ilahi. Yakni selawat. Sesungguhnya selawat itu jalan pintas dalam meraih syafaat Rasulullah saw di akhirat kelak.

Dan tiadalah merayu orang di kuburan. Hanya untuk bangkit kembali dan melakukan amal sedekah. Betapa besarnya fadhilat sedekah ini.

Tok Bah menyeru diri Tok Bah dan sahabat yang dikasihi. Titik beratkan dua perkara ini dipenghujung Ramadhan. Moga pecutan terakhir ini menjadi asbab keberadaan kemuliaan maqam kita disisiNya. Insyaallah

Tok Bah
22 Ramadhan 1438


Friday, June 16, 2017

DI JALANNYA (5)

Hidup sekadar hidup,
Tidak beerti jika tidak bertiup,
Terumbang ambing kabus melitup,
Berakhir diri langkah tertutup

Ramainya manusia mencari ketuhanan,
Ramainya tersesat dalam kejahilan,
Disangka gagah berdirinya Tuhan,
Rupanya jembalang jelmaan syaitan

Seribu kitab alim dituntut,
Mati ia iman tercabut,
Kehendak syariat menyongsang kelaut,
Taksubnya diri kononnya bertaut,
Fana ia sekadar melalut


Thursday, June 15, 2017

PERMOHONAN MAAF. HAHAHA...

Tok Bah bergurau dengan batu jongkong pun ada orang PM marahkan Tok Bah. Entah apa-apa.

Itu dikira baik dah tu. Dari Tok Bah buat video penarikan, pengisian dan permohonan. Kang tak pasal ada pula yang makin meroyan melatah.😂😂😂

Maafkan Tok Bah andai ada yang tidak menyenangi diri ini.😢😂

Yang Ikhlas,
Tok Bah


ITEM RARE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

ITEM RARE

Item rare untuk dimaharkan. Paling laris setakat ini. Jarang orang beli satu biji. Telah dibaca dan dijampi untuk menambahkan lagi keberkesanannya.

*Sekadar gurauan menunggu terawikh

😂😂😂😂😂😂😂

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com


TERAS KEKABU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

TERAS KABU / KEKABU

Maka telah diperturunkan petua serta pengajaran dari orang2 terdahulu mengenai Teras Kekabu. Mengikut halnya pengalaman mereka yang telah melaluinya.

Mujarablah akannya ia sebagai penawar bagi sakit sendi saraf.  Membawa ia resam ketahanan kulit. Pedoman mengatakan, tidaklah lemas barangsiapa yang menuntut ia akan teras ini.

Bahkan ia, dari sebut-sebut orang tua. Bahawa inilah ia pakaian sampingan bagi orang-orang yang menuntut halnya ilmu raksa. Kerana ilmunya raksa itu kelemahannya ia terselam air. Tiadalah timbulnya. Maka, Teras Kekabu ini penawar taranya.

Adapun yang utama dari yang lainnya. Yakni sebagai asbab ikhtiar menimbulkan mayat yang mati lemas. Menimbulkan mayat yang hilang. Melalui kaedah orang-orang yang bijaksana. Wallahualam

Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com




Tuesday, June 13, 2017

PESAN GURU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pesan guru yang mulia :-

"Apabila berhadapan dengan musuhmu. Atau orang yang belum engkau kenali. Janganlah sesekali meninggikan mereka. Dan janganlah pula terlalu merendahkan dirimu. Berlaku adillah dalam menggapai sesuatu kesepakatan. Atau diam lebih diutamakan."

Gambar : Dua cincin pemberian ayahanda Tok Bah. Disemat pakaikan sentiasa. Walaupun hanya permata biasa.


Monday, June 12, 2017

SEKADAR RENUNGAN

Suatu lakaran yang amat menarik untuk direnungi. Hari ini Nuzul Quran. Merangkap ulang tahun peristiwa Perang Badar. Perang Pertama dalam Islam.

Kemuliaan atas ahli Badar. Amin..


PAKAIAN DIRI TOK BAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

PAKAIAN DIRI TOK BAH

Bersempena kemuliaan Nuzul Quran. Tok Bah ingin membuka sedikit satu pakaian perjalanan atau pakaian diri Tok Bah sendiri. Untuk tatapan sahabat yang dikasihi.

Diantara salah satu pakaian diri yang mendampingi Tok Bah selama ini. Tasbih yang terdiri dari 11 jenis teras pilihan. Tasbih ini satu-satunya tasbih yang diasingkan di kediaman Tok Bah. Bagi mengelakkan digunapakai oleh orang lain. Hanya khusus untuk kegunaan Tok Bah.

Berbentuk sederhana. Ala gaya antik klasik. Tidaklah dikisahkan rupa bentuknya. Yang penting jalan bawaannya. Dan dari jenis apa ia diperbuat.

Andainya sahabat-sahabat berminat untuk menempah tasbih sebegini. Sebagai satu tasbih dan merangkap pakaian diri peribadi yang khusus. Tok Bah membuka ruang tempahan. Namun, akan dibuat selepas hari raya kelak. Sekarang tiadalah sempat waktunya.

Demikian itu teras pilihan. Jika berkehendak hati untuk memilih sendiri teras. Dipersilakan. Jika ingin diserahkan kepercayaan atas pilihan Tok Bah. Itu sebaiknya. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







MAKLUMAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

MAKLUMAN

Tempahan individu yang melibatkan kuantiti melebihi 15 biji dan keatas. Semuanya akan dibuat selepas hari raya. Ini sebagai memberi laluan untuk sahabat-sahabat yang menempah dalam kuantiti kecil sederhana.

Semoga sahabat-sahabat yang terlibat memahami.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Sunday, June 11, 2017

TEMPAHAN TERAKHIR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TEMPAHAN AKHIR

Tempahan terakhir yang akan dibuat untuk Ramadhan tahun ini adalah pada 16/06/2017. Setelahnya tempahan akan disambung selepas Aildilfitri yang ketujuh. Apapun, tempahan dan pembayaran selepas dari tarikh tersebut masih diterima. Hanya akan dilakukan selepas hari raya.

Tok Bah mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat pemahar yang meletakkan kepercayaan penuh pada Tok Bah dalam menjalankan amanah kemahuan sahabat-sahabat sekalian.

Juga khas kepada beberapa orang sahabat rapat Tok Bah. Terima kasih. Kalian telah membuatkan Tok Bah pening dengan tempahan kalian yang meluru masuk tanpa henti. Payment tu dah boleh dah slow2 bank in pada Tok Bah. Lebih pun tidak mengapa. Tok Bah tak marah.😂😂😂

Tok Bah sentiasa berdoa agar hubungan dan urusan kita sentiasa berpanjangan. Sentiasa ada kebaikan di kedua belah pihak. Amin. Insyaallah

*gambar sekadar hiasan

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com



BATU SARANG ULAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

BATU SARANG ULAR

Maka ini ketiga kalinya sejak tiga tahun yang lalu. Batu Sarang Ular dikeluarkan. Iaitu pada 02/02/2015 (fb lama), 02/02/2016 dan tahun ini jatuh pada hari ini.

Leluhur zaman menurunkan pengisahan berkenaan khasiat demi khasiat. Antaranya yang mahsyur dalam lingkungan turunan.

Iaitu barangsiapa yang menanggungkan akannya Batu Sarang Ular ini pada perteduhan. Yakni tempat tinggal atau rumah. Dijauhi akannya haiwan melata yang berbisa. Tiadalah binasanya harta benda penanggung dari kecurian dan niat jahat makhluk. Serta tawarlah akannya perbuatan tuju halus. Dan terlindunglah padanya anak pinak dan seluruh isi kerabat.

Adapun suka diingatkan, bahawa ini pedoman leluhur terdahulu. Yang diambil akannya sebagai pengajaran dan rujukan. Pun segala sesuatu itu hendaklah dikembalikan padaNya. Wallahualam

*Tidaklah batu ular itu bersifat 'glow in the dark'. Sepertimana yang dijaja hebat. Itu hanyalah batu fosforus. Dan tiadalah Tok Bah akan perihal remeh sedemikian.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Saturday, June 10, 2017

TAMMAT CUTI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru dua hari Tok Bah cuti. Rasa sakit-sakit pula badan ni. Ada cerita barukah?😂

Fosil Teras Ibo, Fosil Buluh Kuning dan Fosil Buluh Hitam. Tempahan sahabat.

Malam ni Tok Bah COD sambil makan-makan colek kerang. Kalau Tok Bah balas lewat whatsapp dan messenger tu. Janganlah marahkan Tok Bah pula.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com


Wednesday, June 7, 2017

MAKLUMAN BERKENAAN FACEBOOK 'TOK BAH (ORIGINAL)'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Adakalanya kebijaksanaan dalam mengatur itu melebihi kepentingan kekuatan. Tanpa kebijaksanaan, kekuatan itu tidak bermakna. Kebijaksanaan itu hadir dalam bertoleransi. Bukanlah dari syak wasangka. Yang akhirnya menjerumuskan kita dalam lengkungan kehinaan.

Kesempatan ini Tok Bah ingin memohon maaf pada seluruh sahabat2. Tok Bah ingin mengundurkan diri seketika waktu. Esok tengahari akaun fb ini akan diterminatedkan sementara. Namun, masih lagi aktif di instagram dan blog. Sebarang updated akan diteruskan di insta dan blog.

Jika kalian rindu pada Tok Bah. Lawatilah blog Tok Bah. Disana Tok Bah akan sentiasa aktif. Adapun pengunduran dari akaun ini hanyalah sementara cuma. Akan kembali semula kelak. Mungkin dalam dua atau tiga minggu. Insyaallah

Simpanlah sebaiknya link blog Tok Bah ini. Andainya Tok Bah tidak lagi mampu melakukan perkongsian. Hanya blog menjadi tinggalan kenangan.

Sebarang urusan masih boleh diteruskan melalui applikasi Whatsapp. Sebarang urusan dan rujukan blog :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Wallahualam..


DI JALANNYA (4)

Mujarabnya sesuatu ilmu itu bukan kerana banyaknya ilmu yg dipelajari. Akan tetapi pada berkatnya ilmu yg diperolehi.


Tuesday, June 6, 2017

TEMPAHAN SAHABAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TEMPAHAN SAHABAT

Tempahan sahabat dari Temasek. Tasbih Ibo dipanah lintar dan Tasbih Sulur Bertam.

Imam, bilal dan siak diperbuat dari taring harimau asli. Semoga beliau berpuas hati hendaknya.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Monday, June 5, 2017

SUATU PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Inilah manusia yang sentiasa dipenuhi kesabaran dan kasih sayang. Sanggup menyiapkan sebuah meja kerja untuk Tok Bah setelah mengetahui Tok Bah hanya melakukan kerja diatas lantai.

Terima kasih buat ayahanda tersayang, Ariffin Bin Ibrahim. Personalitimu sentiasa dijejaki oleh mereka yang memahami.

Semoga Allah swt membalas segala kasih dan sayangmu. Amin


Sunday, June 4, 2017

SEKADAR SUATU PERKONGSIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sekadar suatu perkongsian. Tiada beerti apa-apa. Tidak bermaksud menguji apa-apa. Sekadar suatu hiburan.

Video sembelih dan memamah bara api akan diupload jika berkesempatan kelak. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com


Saturday, June 3, 2017

RIADHAH SANTAI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Persiapan perang ala-ala santai. Bersama rod Abu Garcia original baharu.

Santai seketika dari memikirkan tempahan sahabat-sahabat. Tempahan masih berbaki 120 biji permata sahaja lagi.

Sahabat-sahabat yang berkaitan. Tok Bah memohon cuti sehari dua. Terima kasih kerana memahami. Hadiah istimewa menanti sahabat pemahar sekalian. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com




Thursday, June 1, 2017

RENUNGAN

Andai ini rebutan manusia,
Maka amalmu hanyalah sia-sia,
Konon dipateri penuh rahsia,
Bualan hanyalah penyedap rasa