Ilmu Melayu tua tidak terpisah dari sisipan azimat hikmah alam dan hikmat mistik. Didalam sebuah penceritaan lama. Berkenaan seorang bidan bernama Bidan Tuminah Md Nor. Diawalan tahun 1960an, Bidan Tuminah merupakan salah seorang bidan keturunan. Yakni bidan yang tidak mempelajari ilmu berbidan. Akan tetapi ilmunya dari keturunan dan ilmunya adalah dari jalan menurun.
Mudah untuk difahami bagi ilmu keturunan ini seumpama sesuatu ilmu itu diperolehi dari mimpi atau juga dari khadam keturunan atau juga penjaga keturunan.
Bidan Tuminah dikenali sebagai bidan yang mampu juga berubat sakit-sakit mistik yang berupa gangguan atau sampingan.
Bagi penduduk kampung di zamannya. Bidan Tuminah dikenali kerana perubatannya menggunakan perantaraan barang. Tidak sepertimana kebiasaan penggunaan keris atau badik. Bidan Tuminah terkenal kerana menggunakan CEKATI BUTA.
Cekati Buta sentiasa disampingannya dan menjadi cucuk sanggul baginya yang tidak pernah lekang dari dibawa kemana-mana.
Suatu ketika Bidan Tuminah dipanggil oleh seorang lelaki. Untuk menyambut kelahiran anak sulungnya. Namun ketika hendak dibidankan. Ibu tersebut mengalami kerasukan dari saka keturunannya. Meracau-racau sehingga sukar untuk menguruskan kelahiran tersebut.
Berbekal ilmu perbidanan dan perubatannya. Bidan Tuminah mengambil secekak daun sireh. Dijampi serapahkan didalam air bunga mawar. Lalu dikacipkan cekakan daun sireh tersebut dengan Cekati Butanya sehingga putus kesemuanya. Diperkirakan bahawa itulah antara kaedahnya memutuskan saka keturunan. Air mawar dari rendaman sireh tersebut pula dijadikan sebagai air selusuh dan memudahkan ibu tersebut melahirkan bayi.
Bidan Tuminah meninggal dunia pada awal tahun 90an dan dimaqamkan di tanah perkuburan Islam Gayong.
Mengikut cerita dari anak cucunya, Cekati Buta ini ditempa dari besi tujuh daerah dan diselitkan besi yang digelar sebagai Besi Bulan Mengambang di kedua bahagian pemegangnya.
Whatsapp : 01137440313








No comments:
Post a Comment