Friday, March 31, 2023

TASBIH BIJI GABUNG

 Tasbih 33. Biji gabungan 


Nibong Dipanah Petir

Teras Gemunggal

Teras Kuping Besi


Imam Teras Kenaun


Bilal & Siak Tanduk Rusa Luruh


Whatsapp : 0189010623










Saturday, March 25, 2023

TEMPAHAN SAHABAT

 Tempahan sahabat. Tulang Harimau dan Teras Pisang. 


Tempahan panas dan sejuk. Penyeimbang dalam pemakaian. 


Whatsapp : 0189010623











Thursday, March 23, 2023

TASBIH TERAS GAHARU

 "Bang..wangi tasbihnya. Nak tengok boleh ke? Tasbih apa ni bang?"


Tasbih Teras Gaharu. Wangi apanya ni teras. 


"Wangi bang. Kuat baunya. Kenapa tasbih abang ni tak ada penanda? Dan kenapa 41 bukan 33?"


Panjang ceritanya 41 ni bos. Sebenarnya..


"Tak apalah bang kalau panjang. Berapa ni? Jual kat sayalah."


Demikianlah manusia. Sifatnya terburu-buru. Tak sempat nak kongsi ilmu. 


Tasbih Teras Gaharu ni tak ada bau sebenarnya. Kalau ada pun kurang baunya sebab ianya teras kayu bukan kayu. Ataupun mungkin tak berbau tu sebab hari-hari ambo ni duk cium debu sampai tak reti nak beza bau atau tidak. 


Teras Gaharu ni banyak khasiat dia. Baik dari segi kesihatan luaran mahupun batin. Tak kiralah teras, kayu atau minyak dia. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. 


Bab makhluk halus pun dia loncong. Bab kesihatan harian pun dia loncong. Boleh kata agak umum dari semua segi. 


Tasbih 41 ambo telah terjual. Tak sempat ambil gambar. Baru sekali guna. Jadi laluan rezeki orang sahaja. Ambo pun dapat rezeki. Alhamdulillah


Malam ni ikatkan dua utas. 33 biji seutas. Saiz anggaran 12mm. Biji sedap pakai. Pandai guna dia bunyi tap..tap..tap..tapi toksahlah buat bunyi tap..tap..tap..tu dekat orang ramai. Bukan takat wahabi marah. Ambo pun terganggu kalau bunyi kuat sangat. Tapi ambo bukan wahabi. YB. Huhu..


Mana yang kenan terus wasaplah. Lambat balas tu sabarlah. Esok ambo balaslah tu. 


Whatsapp : 0189010623








Tuesday, March 21, 2023

POCOK OMOR / SINDAT SANGAR

 POCOK OMOR / SINDAT SANGAR


Menerima hadiah dari sahabat tukang Cemeti Ali dari Kalimantan. Seutas tali yang diberi nama sebagai Sindat Sangar.


Sebenarnya agak pelik jualah kerana tiba-tiba ada tali ukuran lilitan pingang. Dan talinya hanya sekadar tali. Setelah ditanya rupanya ia adalah Sindat Sangar yang diuntai dan diwajah oleh tetua berkat dan keramat dari Desa Dalam Pagar.


Tok Bah tak tahu perihal Sindat Sangar ni. Tak sampai ilmu. Bilamana diterangkan oleh sahabat ini. Maka agak terkejut jualah. Kerana dalam kaedah ilmu tua tanah Jawi Kelantan juga adanya kaedah yang sama. Nama dan kaedah sedikit berbeza. Di Tanah Jawi Kelantan, Sindat Sangar ini dipanggil sebagai Pocok Omor. 


Sindat Sulaiman dan Pocok Omor ini merupakan pintalan tali yang mana setiap pintalannya diiringi doa, zikir dan hajat orang yang menginginkannya. 


Sindat Sangar dan Pocok Omor juga merupakan suatu azimat perang. Yang mana pendekar atau hulubalang terdahulu memakainya dengan tujuan keselamatan dan pencegahan mata senjata yang beracun.


Adapula umumnya itu tetaplah jua. Sepertinya untuk keselamatan, pendinding diri, pengikat kasih, wibawa diri dan lainnya. 


Yang membezakan sedikit dari pegangan. Pocok Omor dipintal dengan kaedah lidah di lelangit untuk tiap pintalan. Dan didoakan khusus agar hati terkunci dan terpintal dalam rahmat dan kasih sayang seorang hamba kepada Sang Pencipta. Suatu kaedah pasak batin bagi mengunci hati dari memandang selain dari memandangNya. Sedangkan bagi Sindat Sangar, setiap satu simpulan itu ditahan satu nafas atas dengan diiringi wirid dan zikir. 


Pocok Omor semakin dilupakan. Kaedahnya, ilmunya dan segala iringannya makin ditelan arus. 10 tahun sebagai sosok Tok Bah. Hanya tiga pintalan Pocok Omor dibuat. Itupun kerana ada pemahar yang bertanya. Inikali baru dibuat post umum. 


Sindat Sangar atau Pocok Omor mempunyai persamaan khusus. Iaitu dari segi kaedah pakainya.


Pertama. Simpulan Arasy. Dalam bahasa mudahnya simpulan mati. Kaedah ini hanya diikat sekali sahaja dan dipakai tanpa dibuka selama mana hayat. 


Kedua. Simpulan Fana. Simpulan ini adalah simpulan yang boleh dibuka. Nak mandi buka. Nak tidur buka. Fleksibel nak pakai atau tidak. 


Mana-mana kaedah tu atas pilihan sendiri. 


Sahabat disana juga agak terpana dengan persamaan ini. Tok Bah berbesar hati untuk membalas hadiahnya dengan seutas Pocok Omor . Dan diampilkan olehnya dengan tempahan 7 utas Pocok Omor untuk ahli keluarganya. Alhamdulillah


Sebagai menzahirkan rasa kegembiraan dua Tanah Adat yang bersatu melalui kaedah ilmu dan alami. Tok Bah membuka ruang bagi sahabat untuk permaharan Pocok Omor buat kali pertamanya secara umum. Insyaallah


Untuk permaharan Sindat Sangar pula. Sahabat tukang disana bersetuju untuk berkerjasama. Melalui perantaraan Tok Bah untuk memudahkan urusan dua hala. Insyaallah


Pintalan tali menyimpulkan hati,

Menyisik dua tanah adat,

Itu kalungan Rahmat Ilahi,

Disaat pupus dibukakan nikmat


Gambar : Sindat Sangar (Pintal Hitam). Pocok Omor (Pintal Cindai)


Whatsapp : 0189010623










BADAR KURSANI

 Dapat dua biji sahaja.


Whatsapp : 0189010623




















Saturday, March 18, 2023

CAPAL TIMAH

 Setelah berbincang dengan tukang perak Tok Bah. Beliau mengambil keputusan untuk tidak meneruskan Capal Silver terdahulu. Pertama kerana harganya. Kedua kerana kesulitan untuk mengepingkan Perak. Ketiga kecaman yang dia dapat. Agak sedihlah dengan keputusan beliau. Tapi kita hormati. 


Untuk meneruskan legasi Capal berunsurkan logam. Tok Bah dengan kerjasama Zai Permata mengeluarkan Capal Timah. Edisi mampu milik. Insyaallah


Baik kita berbalik kepada terasnya. Dalam ilmu Melayu Tua. Logam memainkan peranan penting dalam pengaliran tenaga alami mahupun tenaga amal. Penyerapan tenaga melalui logam ini dikembangluaskan dengan ilmu moden tentang aliran.


Empat logam yang memainkan peranan yang amat penting dalam aliran alami dan amal adalah Perak, Tembaga, Besi dan Timah. Adapun pada bawaan itu pula adalah pelbagai. Baiknya ia dari segi senjata seperti keris, badik dan lainnya. Mahupun perbekalan diri terdahulu seperti cekati, gobek, semar atau lainnya. Mahupun sebagai pasuk susuk yang mana amat dilarang nan satu ini. 


Maka Timah itu termasuk didalam logam yang lembut diantara logam lainnya. Demikian zatnya itu tidaklah menjadi beban kepada bawaan pada kaum Hawa yang mana terselitnya pantang larang terhadap yang lainnya. Tiadalah bagi Timah akan halangan tersebut. 


Timah jua dianggap keramat ibu dek kerana jasadinya yang mampu diolahkan sebagai 'dakwat'. Satu kelebihan yang tidaklah dimiliki oleh logam lainnya. Yang mana ianya menjadi salah satu kaedah dalam menulis wafaq atau ayat penyembuh pada sesuatu lakar. Yang kemudiannya dialir air atau dikekalkan lakarannya sehingga hilanglah demi masa. 


Mengambil tabarruk terhadap Capal Rasulullah saw. Dan kecintaan Tok Bah sendiri terhadap lakaran ini. Maka rasminya Capal Timah ini menggantikan sepenuhnya Capal Silver sebelumnya. Insyaallah


Whatsapp : 0189010623