Friday, October 10, 2025

KERIS LIDAH KEPALA PELIR

Adapun disebut Keris Lidah Kepala Pel*r itu, merujuklah akan ia akan hulunya seumpama 'alat sulit lelaki'. Sejenis Keris Pelidah yang amat sukar untuk ditemui dan amat jarang diketahui akan maknanya. 


Kendatipun begitu, makanya tiadalah ia ditempa sembarangan. 


Hakikatnya ia adalah paduan zat besi dengan rahsia kalam. Adapun Pelidahnya itu dek kerana bilahnya seakan lidahan. Suatu simbolisme kepetahan dalam mengaturcara dan hikmah akan kata-kata. Diberkat rahmat, ditulah laknat.


Menurut sandaran warisan leluhur Melayu tua, penempaan Keris Lidah Kepala Pel*r tidaklah ditempa sewenangnya. Falakiah menjadi rujukan paduan. Yakni masa peredaran bulan dan bintang. Kerana tiap-tiap waktu memiliki rahsianya. Tatkala bulan sakit, maka besi dilembutkan dengan doa penawar; tatkala bulan merah, ditiupkan api semangat dan bangkitan keberanian. Tatkala bulan senyum, maka dimasukkan rahsia pengasihan, tatkala bulan purnama maka disatukan cahaya nurani sebagai pelengkap zahir dan batin. Tatkala bulan cincin, maka diikatkan wajahan janji kesetiaan besi terhadap tuannya. Tatkala bulan cerca (bulan berdarah), maka dihaluskan ia dengan zikir pemutus daripada segala gangguan halus dan keras.


Maka ini tidaklah ditempa sama sehari. Melainkan dikorbankanlah akannya ia masa dan ketika.


Sebelum paduan tempaan, empu besi akan melakukan 'mandi Yu', puasa putih dan zikir serta bangkitan keMelayuan asli lama.


Antara amalan tertinggi yang diwarisi turun-temurun ialah Amalan Besi Khatam. Yakni suatu meterai perjanjian ruhani antara tukang dengan asal kejadian besi itu sendiri. Daripada rahsia tanah, air, api dan angin yang disatukan oleh kalimah “Kun Fayakun”. Maka jadilah besi itu hidup dan tunduk kepada orang yang arif akan adabnya.


Amalan Besi Khatam ini disebut sebagai penutup segala amalan besi. Dan tidak semua empu menjalani adab sedemikian.


Hulu Keris Lidah pula ditempa khas sebagai lambang pengikat nafsu. Hulunya seakan zakar lelaki sememangnya ditempa khusus dengan rahsia ilmu ladunni.


Suatu sarana kekuatan yang dijinakkan. Ianya simbol bahawa kekuatan zahir mestilah dipagari dengan akal dan adab, dan nafsu yang menggila mesti dijerat dengan cinta kepada Ilahi.


Maka jadilah Keris Lidah Kepala Pel*r sebagai suatu azimat hidup bagi mereka yang menuntut ilmu hakikat dan makrifat. Di tangan orang jahil, ia hanya keris sampingan. Tetapi di tangan yang arif, ia merupakan suatu azimat yang mengikat kesetiaan terhadap pancaindera anugerah alamiah besi itu sendiri. 


Azimat yang hidup adalah azimat yang bernafas dalam kalam Ilahi. Demikianlah kebijaksanaan nenek moyang kita dahulukala. Tidaklah terpisah walau sesaat nafas dengan Ilahi.


#BerpayungAdatWarisanKeramat

#KerisAnakLidahkKepalaPel*r

#WarisanMistikMelayu


Whatsapp : 01137440313








No comments:

Post a Comment