Saturday, April 29, 2023

PERMATA TERAS PENAGA

 Antara yang diperturunkan dari ilmu leluhur akan Teras Penaga, padanya itu penawar masalah perut, penawar saraf dan penawar bagi masalah gout dan senggugut bagi perempuan.


Teras Penaga apakala dicampurkan bersama minyak zaitun dan minyak kelapa dara. Menjadilah padanya asbab ikhtiar selusuh bagi wanita yang akan bersalin. Lancarlah akan laluan. Mudahlah akan urusan. Insyaallah


Teras Penaga merupakan antara teras pisik dan langka. Sama juga seperti keberadaan teras yang disisihkan kerana ketiadaan nilai penceritaan mistik dan melampau. Maka teras ini sepertinya sepi dari pemakaian diri orang-orang kita. 


Jika ditanya pada diri ini. Maka jawabnya eloklah disimpan satu sebagai simpanan. Baiklah untuk kegunaan mahupun sebagai persediaan. 


Whatsapp : 0189010623












FOSIL DAMAR BERTAM

 Fosil Damar Bertam. Item tunggal setakat ini. Barang pembisa dan amat langka. 


Whatsapp : 0189010623















Friday, April 28, 2023

PERMATA TERAS ULIN

 Teras Ulin Tiang Utama Surau Lama Kiai Haji Zainal Ilmi. Sempat juga disiapkan hari ini. Alhamdulillah


Agak mencabar untuk menyiapkannya. Terasnya agak keras.  Sesuai namanya Ulin yang membawa maksud Besi. Walaupun demikian, Teras Ulin bukanlah dari spesis sama dengan Teras Kuping Besi. Prasastra adat dan bahasa berbeza hanya. Membawalah pemahaman dan maksud yang bersuku kiranya.


Dalam proses menyanai adanya bau wangian halus yang amat menyenangkan. Tidak pasti samada Teras Ulin memang berbau atau ini suatu keajaiban dari keberkatan keberadaan asalannya sebagai tiang seri rumah Allah swt. 


Canai untuk dibuat perkongsian. Tapi dua-dua sudah dimaharkan awal oleh para sahabat. Maka siapa nak lagi. Macam biasa. Bank in. Tunjuk resit. Tunggu siap. Pos. Selesai. 


Whatsapp : 0189010623














ZABARJAD ASLI

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 


Syukur ke hadrat Ilahi untuk semua apa yang telah kita perolehi, apa yang sedang diperolehi dan apa yang akan diperolehi. Sesungguhnya kurniaan Allah swt ini tidaklah terbatas atas kesempitan masa dan waktu. Sahaya tanpa kita sedari bahawan kurniaan itu sentiasa seiringan dengan kehidupan. Alhamdulillah


Dikali ini ingin diketengahkan satu permaharan. Yang pada hayat ini hanya tiga kali sahaja pernah dimiliki. Iaitu pertama pada tahun 2017. Kedua oada rahun 2020. Dan terkini pada tahun ini 2023. Tiga tahun sekali kedapatan. Aturan dariNya.


CINCIN ZABARJAD ASLI


Zabarjad pada keberadaannya itu banyak terdapat dalam kitab-kitab berkenaan dirinya. Yang disebut jua adalah sebagai salah satu bahan yang membenteng Jabal Qaf yang hanya diketahui kedudukannya itu hanyalah Allah swt serta yang diizin pada yang diizinkan. 


Zabarjad membawa dua darjat yang istimewa berbanding batuan alami lainnya. Iaitu pada zahirnya kelihatan seperti batu Jed. Namun terpancar silauan Zamrud apakala disuluh. Seolah terkombinasi alaminya dalam meletakkan kedudukan istimewanya. 


Seperti Delima, Zabarjad juga merupakan salah satu perhiasan syurga yang diletakkan atas dunia ini. Maka demikian besarlah manfaatnya dan besarlah segala rahsia hikmat dan hikmahnya. 


Berbeza pada kali ini pemilikan berbanding yang sebelumnya. Maka terlihatlah akan telapak bawahnya permata yakni telapak cincin akan kulitan asal Zabarjad. Yang mana tidaklah terdapat pada Zabarjad sebelumnya. 


Cincin Zabarjad ini merupakan pakaian asal orang lama. Maka segala bentukkan dan saiz cincin masih lagi pada aslian asalannya. Cincin perak ikatan tangan bersaiz 18. 


Makanya Zabarjad itu menjunjung kedudukan dan darjat. Memudahkan atas aliran rezeki. Meningkatkan wibawaan diri dan pemanis bagi yang memandang. 


Atas segala pedoman dari perjalanan leluhur, maka lihatlah pada konteks yang lebih luas akan keberkatan dan rahsia alam syurga yang diizin diami alam yang tidaklah kekal ini. Demikian itu digelarlah orang bijak pandai dengannya 'RAHSIA JALAN'.


Whatsapp : 0189010623



















Thursday, April 27, 2023

TERAS KUPING BESI

 Antara teras yang semakin sepi dari pemakaian diri orang kita. Mungkin ianya tidak sehebat penceritaan teras lainnya. Namun jangan dipandang leweh atas kesepiannya. Tetaplah ada kerja gunanya. Insyaallah


Gelang Teras Kuping Besi. Tempahan sahabat pemahar. Antara khasiat diperkatakan akannya :-


-Tahan Urat

-Tahan Kulit

-Pelancar Saraf

-Penunduk Haiwan Berbisa

-Penawar Racun

-Pagar Diri


Whatsapp : 0189010623