Wednesday, October 29, 2025

CEKATI BUTA JUSOH SEDO

CEKATI WAFAQ JUSOH SEDO

Air tangan Jusoh Sedo bukanlah tukang sebarangan. Dikenali dalam kalangan orang lama sebagai antara tukang hikmah yang memiliki sentuhan halus dalam bab azimat diri. Tidak banyak hasil tangan beliau yang masih ditemui hari ini. Menjadikan setiap satunya amat bernilai dan jarang dijumpai.

Cekati ini termasuk dalam kategori “pakaian diri” yakni pedamping dalam perjalanan zahir dan batin. Pada tubuh cekati ini terukir Wafaq Khotam Sulaiman, wafaq agung yang menjadi lambang kekuasaan dan keagungan Nabi Allah Sulaiman A.S. Ianya merupakan pintu rahsia ilmu hikmah yang menghubungkan daya batin pemakai dengan izin Allah.

Adapun kelebihan Cekati Buta Wafaq antara lain ialah:

1. Pendinding diri yang kuat, menolak segala bentuk sihir, niat jahat dan hasad dengki manusia mahupun makhluk halus.

2. Pelindung dalam perjalanan jauh, baik di darat, laut mahupun alam yang tidak terlihat mata.

3. Penunduk makhluk, khususnya jin, iblis dan hawa nafsu dalam diri.

4. Pembuka rezeki dan tuah, melapangkan jalan usaha serta melembutkan hati orang di sekeliling.

5. Penyeri aura diri, menenangkan wajah dan memantapkan wibawa pemakai di hadapan khalayak.

6. Pendamping hikmah. Yang segala sesuatu itu hanya mampu dirasai melalui kecap rasa. Bukan cerita semata.

Jusoh Sedo merupakan antara tukang terdahulu yang dikatakan berada di dalam kelas ilmu hikmah. Bukan semata hanya seorang tukang tempa besi. Tiap tempaannya dirasmi dengan doa dan wirid khusus bagi menghidupkan wafaqnya.

Atas nama koleksi ianya amat rare.

Atas nama azimat diri maka ianya berkat.

Whatsapp : 01137440313










TANDUK KERBAU LANDAU

 TANDUK KERBAU LANDAU (ITEM TUNGGAL)


WARISAN DUA ALAM


Kerbau Landau merupakan satu lagi haiwan mistik dari dunia Melayu. Banyak diperkatakan akan wujud silahnya. Namun diperkongsikan ini daripada pedoman guru tua. Hampir akannya ia hikayat dewa-dewa. Maka fahamilah sebaiknya.


Adapun diperkatakanlah ia Kerbau Landau itu daripada berbangsa zahirnya juga pada waktu dahulukala. Maka apakala berlakunya peperangan antara khalifah manusia dan wujudan mereka. Maka alahlah mereka semuanya. Dan dighaibkanlah akan zahir mereka. Hingga tala berada di alam halus semata. Maka apakala sekehendak matinya ia Landau. Maka dipercabutkanlah tanduknya. Setengah ditinggal di alam mereka dan setengahnya jatuh ke alam kita.


Adapun diperkatakanlah akan kira-kira khasiatnya yang alami itu atas diri manusia.


Keballah daripada Sihir barang siapa memakai Tanduk Kerbau Landau ini, nescaya tiadalah ia dapat disentuh oleh segala jenis sihir dan tipu daya manusia yang berhati jahat.


Penunduk makhluk halus yang terdiri dari jin dan syaitan.


Maka telah mujarablah bagi yang telah melalui. Akannya sebagai penawar bagi bisa ilmu hitam, santau dan tuju-tuju.


Pelepuh kesaktian ilmu musuh. Menawarkan ilmu musuh dan pemasak gerak lawan.


Telah diisikan dengan Doa Kota Tauhid oleh guru-guru tua selama 41 hari. 


ﺍﻠﻟﻬﻡ ﺇﻧﻰ ﺤﻮﻂﺖ

ﻋﻠﻰ ﻧﻔﺴﻰ ﻮﺮﻓﯿﻘﻰ ﻮﺍﺒﻧﺎﺌﻰ ﻮﺃﻫﻠﻰ ﻮﻤﺎﻠﻰ ﻮﻤﺎﻤﻟﻜﺖ ﯿﺪﻱ ﺒﺴﺒﻊ

ﺪﺮﻮﺐ ﻤﻦ ﺪﺮﻮﺐ ﺍﷲ ﺴﻘﻔﻬﺎ ﻻ ﺇﻠﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ ﻮﺪﺮﻘﻬﺎ ﻤﺤﻤﺪ ﺮﺴﻮﻝ ﺍﷲ ﻮﻗﻔﻠﻬﺎ ﻘﺪﺮﺓ ﺍﷲ ﻻ ﻴﺴﺘﻔﺘﺤﻮﻦ ﺇﻻ ﺒﺈﺬﻦ ﺍﷲ ﺍﻟﻌﻠﻰ ﺍﻟﻌﻈﯿﻡ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺒﺍﺒﻨﺎ ﺘﺒﺎﺮﻚ ﺤﻴﻄﺎﻨﻨﺎ ﻴﺲ ﺴﻗﻔﻨﺎ ﻜﻬﻴﻌﺺ ﻜﻔﺎﻴﺘﻧﺎ ﺤﻤﻌﺴﻖ ﺤﻤﺎﻳﺘﻨﺎ ﻔﺴﻳﻜﻔﻴﻜﻬﻢ ﺍﷲ ﻮﻫﻭ ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ ﺍﻟﻌﻟﻳﻡ


Whatsapp : 01137440313















GADING GAJAH MINA

 GADING GAJAH MINA


Gajah Mina diketahui sebagai makhluk dua alam yang bernafas di laut dan berjalan di darat. Wujudnya pada zahir, bahkan juga pada batin.


Dikatakan, saiznya tidak sebesar gajah yang kita kenali, melainkan seumpama anak kucing kecil. Namun demikian, kekuatannya tidak diukur pada jasadnya, tetapi pada rahsia yang terkandung dalam gadingnya.


Perkongsian dari seorang bekas tentera, murid kepada al-‘Arif billah Syekh Osman Lenggong.


Menurut garis ilmu Syekh Osman Lenggong, barang siapa berhajat untuk melihat atau bertemu Gajah Mina, maka sedialah akan pengeras kesukaannya.


Yakni sepiak sireh yang dilumatkan, kemudian lumurkan pada helaian daun pandan. Setelah itu, ceracakkanlah daun pandan tersebut di tepian pantai pada malam bulan purnama.

Kerana pada saat itulah, mengikut kehendak Allah, Gajah Mina akan naik ke daratan. 


Menzahirkan dirinya kepada yang terpilih. Adapun tikamana dihendukkan gadingnya kepada daun pandan. Maka luruhlah gadingnya. 



Khasiat dan Keberkatan Gading Gajah Mina


Antara rahsia hikmat yang terpendam pada Gading Gajah Mina ialah:


Kewibawaan dan penunduk


Pendinding diri dan pagar kediaman


Anti sihir dan anti pukau


Pelaris perniagaan dan penarik rezeki dari segenap arah


Pengasihan yang ampuh


Penawar bagi penyakit batuk, demam panas dan lain-lain


Keberanian dan kebertuahan


Penawar batu karang


Menjadikan orang jauh terasa dekat


Dan 1001 lagi keindahan serta rahmat yang tersirat di dalamnya.


Whatsapp : 01137440313











Saturday, October 25, 2025

GOBEK BUTA SRI WANGSA

 GOBEK BUTA SRI WANGSA (RAJA JAMBU)

 

Seperti halnya yang pernah diperkongsikan beberapa kali sebelum ini. Gobek Buta merupakan salah satu diantara sekian pakaian sulit azimat diri sejak zaman berzaman bangsa Melayu. Terutamanya di bahagian belah Kelantan dan Pattani. Sebahagian juga di Terengganu.

 

Gobek Buta menjadi pendamping semangat bagi mereka yang mengerti. Ghalibnya bagi mereka yang sentiasa musafir diri. Gobek Buta membawa resam pelindung dan pelimun diri.

 

Bagi jalan kependekaran, Gobek Buta dikatakan mampu mengaburi gerak si penanggung daripada dibaca oleh musuh.

 

Gobek Buta Sri Wangsa merupakan item perolehan dari permohonan guru tua. Sekian hampir beberapa ketika dalam diam suluknya.

 

Adapun yang menghantarnya itu wujudnya dalam dirian pendekar lama. Bertubuh tinggi dan menyisip akannya Gobek Buta tersebut di selitan pinggangnya.

 

Digelarlah ia Bentara Rawa Setara Api. Yang mengikut dari keilmuan guru tua. Bentara Rawa Setara Api merupakan salah satu dari khadam ghaib dari sekian 7 Bentara yang menjaga Raja Jambu sejak dahulukala.

 

Tidaklah kebal ditikam musuh, namun keballah diri dari takdir buruk. Tidaklah rebah musuh dihembus, namun berpalinglah ia dari menerus.


Gobek Buta suatu pemakaian diri yang amat berbeza dari adat lainnya. Bagai pepatah lama. Tidaklah gagah untuk menang, namun gagahnya menghalang kekalahan.


Gobek Buta Sri Wangsa adalah satu tinggalan sejarah dan kehebatan ilmu sulit Melayu lama. Adapun adab 'menghidupkan'  Gobek Buta Sri Wangsa akan diperkongsikan lanjut bagi yang memaharkannya.


Whatsapp : 01137440313














Monday, October 20, 2025

BADIK TOK NOH

 BADIK GAGAK LAPAR TOK NOH RENDANG


Tok Noh Rendang merupakan seorang wali Allah yang berasal dari Rambutan Rendang. Seorang alim lagi arif dalam ilmu kebatinan, zahir dan batin. 


Hidupnya sekitar tahun 1960-an, dan pulangnya ke rahmatullah pada usia 78 tahun, sekitar dekad 80-an. Makamnya kini terletak di bumi bertuah Pattani, tempat bersemadinya ramai aulia dan pejuang agama.


Adapun kisah yang diriwayatkan dari mulut ke mulut, bahawa pada suatu ketika Tok Noh Rendang dalam perjalanan menuju ke utara negeri, lalu ditahan oleh empat orang komunis di daerah Grik. 


Segala bekalan dan harta miliknya dirampas tanpa belas. Ketika seorang daripada mereka cuba berlaku biadab terhadap anak perempuan yang mengiringinya, maka bangkitlah Tok Noh dengan penuh amarah. 


Dengan tangkas beliau mengeluarkan Badik Gagak Lapar dari sisipan serbannya. Bukan dari pinggang sebagaimana kebiasaan, tetapi dari tempat tinggi di kepala, lambang martabat dan kesucian. Sentaplah ia menikam tepat di bawah dagu ketua komunis itu, rebah tanpa sempat bersuara. Maka dengan ilmu persilatan dan tawajjuh yang dikurniakan Allah, tumbanglah kesemua musuhnya bagaikan dedaunan kering yang disapu angin.


Badik Tok Noh merupakan Badik Gagak Lapar berpamor Peri Sarang Semut, ditempa khusus dari besi baja hitam, berurat halus dan mempunyai ketandaan gagak lapar. Pada bilahnya terserlah tanda langka naga berjuang yang teramat jarang ditemui. Kebiasaan naga berjuang pada bilahan badik adalah pada gatnya. Namun bagi badik Tok Noh, ianya terdapat pada mata bilah. Suatu lambang kekuatan, pelindung, serta kerezekian.


Halus nyerinya menjadi asbab rezeki dari pedoman, pembangkit diri menyimpul semangat kebergantuangan kepada redha Ilahi.


Diriwayatkan pula bahawa Badik Tok Noh ini mendapat restu raja berdaulat, sebelum diserahkan ke tangan Tok Noh Rendang. Maka tiadalah pernah beliau menyisipkan senjata ini di pinggang, melainkan disisipkan di serban. Suatu tanda bahawa segala kekuatan bukan datang dari tangan, tetapi dari kepala yang menyembah Ilahi.


Badik Gagak Lapar Tok Noh Rendang, pusaka bertuah, berpayung adat, berdaulat warisan.


Bagi yang arif dan tahu menimbang antara besi dan semangat. Boleh terus berhubung jika berhajat untuk memaharkannya.


 011-3744 0313

#BerpayungAdatWarisanKeramat

#BadikGagakLapar

#SemangatBesi

#PusakaTokNohRendang














Saturday, October 18, 2025

BADIK TOK GERONG

 BADIK BESI BAJA PUTIH TOK GERONG


PAMOR SUNGAI MELERET


Adapun tersebutlah kisah seorang alim besar di negeri Kelantan pada waktu dahlu. Tok Gerong diberi nama. Seorang yang tinggi ilmunya lagi halus budi pekertinya. Tiadalah beliau daripada golongan yang hanya berpetah lidah, tetapi berhukum dengan adil lagi beramanah pada tiap-tiap urusan umat. 


Kata orang tua-tua : - 


"Petah lidah Tok Gerong umpama hukum di kitab. Siapa yang menyalahi, binasalah dirinya sendiri.”


Maka pada zaman tatkala angin perang mula bertiup dari arah utara, terdengarlah khabar bahawa pihak Siam, di bawah telunjuk British kafir laknat, telah berniat menyerang negeri Kelantan hendak merobek maruah dan daulat Melayu. Tatkala khabar itu sampai ke telinga Tok Gerong, maka bangkitlah beliau dari tikar sejadahnya, mengangkat pandang ke langit seraya berkata 


“Jika datang angin dari utara, maka biarlah sungai kita menjadi bentengnya. Jika mereka datang dengan besi, maka biarlah bumi ini menelan besi mereka.”


Lalu dihimpunkanlah segala murid dan sahabatnya. Maka disuruh akan mereka menyiapkan batang-batang nibong, diraut halus hujungnya bagai jarum yang menyilau. Kemudian disapu dengan lemak katak beracun. Setelah siap, diacaklah batang-batang nibong itu di sepanjang tebing Sungai Kolok. Menanti siaga merapatlah raksa.


Apabila mata-mata Siam melihat dari kejauhan akan segala susun perangkap itu, bergetarlah hati mereka. Terhentilah langkah dan tersentaklah niat. Mereka menyangka segala acak nibong itu hanya zahir pada pandangan, sedang di bawahnya berlapis-lapis helah ghaib yang tidak mampu ditentang dengan senjata duniawi. Maka dengan izin Allah jua, berundur mereka tanpa sebutir peluru pun diletuskan.


Adapun senjata yang menjadi sahabat Tok Gerong pada waktu itu ialah Badik Besi Baja Putih, berpamor Sungai Meleret. Pamor yang halus jalurnya, beralun bagai arus yang membawa rahsia bumi dan langit. Diperolehi pula oleh Tok Gerong daripada seorang alim besar dari bumi Pattani, yang masyhur lagi disegani, bernama Tok Seridik. Seorang arif billah yang megerti akan ilmu hikmah. 


Maka Badik itu menjadi sisipan pinggang. Zahirnya besi, batinnya rahsia. Badik itu menjadi pengantara azimat dirinya. Antara tangan yang menggenggam dengan qadar yang menetapkan. 


Dari hari ke hari, Badik itu menjadi sampingan dirinya, bagaikan nyawa kedua yang bersemayam di sisi. Hingga ke hujung hayat Tok Gerong, Badik itulah yang setia di sampingnya. 


Kata orang tua-tua di hulu :-


“Besi Tok Gerong berbaja putih, putihnya daripada nur yang menyinari hati. Barang siapa melihat dengan hati, nescaya akan nampak arus zikir yang tiada henti mengalir di dalamnya.”


Demikianlah riwayat yang diterima, kabur di celah masa tetapi masih bernafas dalam ingatan. Tiadalah dapat disahkan segala perinciannya dengan pena dunia, namun cukup sebagai pedoman untuk mengenang ketinggian budi dan wasiat rohani seorang alim pewaris tanah warisan.


InsyaAllah, dalam nukilan yang akan datang akan disingkap pula kisah Badik Tok Seridik, saudara seilmu dan sepersetia Tok Gerong yang padanya tersimpan rahsia asal besi dan pengajaran makrifat yang lebih dalam.


Untuk dimaharkan.


#BerpayungAdatWarisanKeramat

#BadikBesiBajaPutih

#PamorSungaiMeleret

#WarisanMelayu

#SemangatBesi

#ForEducationalPurposesOnly


Whatsapp : 01137440313