Monday, May 1, 2017

SEKADAR PERKONGSIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tok Bah boleh menukarkan tulang lembu ini kepada besi tanpa mengubah sedikit pun struktur asalnya. Bahkan uratnya jua tidak terjejas. Teramat jauh langit buminya jika hendak dibandingkan dengan tulang yang ditampalkan bersama besi. Apatah lagi besi yang dibentukkan menjadi lengkukan belulang. Kemudian dinyatakan tulang tersebut sebagai tulang besi asli. Hanya jauhari mengenal manikam. 

Sahabat asal dari akaun fb Bahlol Dana 1. Iaitu fb asal Tok Bah tiga tahun lalu yang ditumbangkan. Mungkin masih mengingati video bagaimana Tok Bah mengubah teras kayu dan belulang lembu menjadi besi hanya dalam masa 10 minit. Itu hanyalah sebagai demo sahaja, untuk membuka mata sahabat sekalian. Agar tidak tertipu dengan permainan silap mata dan item penipuan. Jangan risau. Tok Bah tidak pernah memaharkan pada kalian item murahan sebegitu. 

Sengaja Tok Bah tidak menjual item murahan sebegitu. Agar kalian mengerti prinsip yang menjadi junjungan Tok Bah selama ini. 

Jika berkesempatan, Tok Bah akan membuat kembali video tersebut untuk tatapan sahabat sekalian. Video asal tiga tahun lalu terkubur bersama akaun fb tersebut. Insyaallah

Tok Bah mungkin jarang kelihatan dialam maya ini buat masa sekarang. Kerana dua hal yang menjadi keutamaan Tok Bah. Iaitu menyiapkan tempahan sahabat dan menunggu kelahiran anak sulong Tok Bah yang bila-bila masa sahaja akan dilahirkan. Apapun, sebarang urusan tempahan. Berjalan seperti biasa. Mohon maaf buat sahabat sekalian. Terima kasih.

Tok Bah
04 Syaaban 1438









No comments:

Post a Comment