Assalamualaikum dan salam sejahtera.
RE-POST
BULUH TUMPAT ASLI JANTAN & BETINA
Maka banyaklah perihalnya buluh tumpat. Adalah pula pemilikan Tok Bah ini, adalah dari jenis Buluh Gading. Yang tidaklah tumpat keseluruhan ruasnya. Melainkan dua ruas sahaja yang tumpat. Pada kadar tujuh ruas berliang atas dan tujuh ruas berliang bawahnya. Bukanlah ini dari buluh tumpat hiasan yang ramainya memilikinya.
Maka, telah diambil pedoman dari halnya perjalanan mereka yang terdahulu. Bahawa buluh tumpat ini, membawalah akannya khasiat sebagai penarik bagi orang yang memandang, pengasih bagi orang yang dihajat, pelaris atas segala gerak langkah.
Demikianlah pula atasnya sebagai asbab pemagar diri dari santau, sihir, mahupun gangguan makhluk halus. Tatkala diletakkan di rumah, tiadalah binasa harta benda dari kecurian dan niat jahat manusia.
Sebarang urusan dan rujukan pameran :-
Whatsapp : http://tokbah.wasap.my/
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment