Thursday, May 11, 2017

NISFU SYAABAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berkata Imam Syafie' :-

"Doa yang mustajab itu adalah pada lima malam. Iaitu malam Jumaat, malam Aidilfitri, malam Aidiladha, malam pertama bulan Rejab dan juga malam Nisfu Syaaban."

Maka pada tahun Hijriah ini kita diberikan peluang yang tidaklah sentiasa mendatangi umur hayat kita. Yakni Nisfu Syaaban yang jatuhnya pada malam Jumaat. Kita diberikan kemuliaan untuk mendapat keistimewaan dua dalam satu ini.

Bersama-samalah kita memanfaatkan malam ini sebaik-baiknya. Tangguhkan seketika kehendak duniawi yang bermain di fikiran. Mungkin keistimewaan sebegini hanya mendatangi sekali didalam hayat kita. Isikan malam ini dengan sebaik-baik amalan dan ucapan. Insyaallah

Tok Bah
15 Syaaban 1438


No comments:

Post a Comment