Sunday, May 21, 2017

JALAN KEHIDUPAN 31

Assalamualaikum dan selamat sejagtera.

Andai disatukan seluruh kebijaksanaan manusia. Ia hanyalah seperti setitis air dari banyaknya air di lautan.

Namun, ramainya pada hari ini berkata-kata seolah ilmunya melebihi dalamnya tujuh lautan. Hanya kerana ingin meraih nama dan disebut-sebut kehebatan dirinya. Diawangan dengan gelaran mahaguru, tok guru, syekh dan lain-lain. Bercakap seperti di puncak, hakikat asal merangkak pun masih terencat.

Kehebatan manusia sebegini hanya disebut dan dikagumi oleh pengikut-pengikutnya yang sama sahaja dangkalnya pemikiran. Tidaklah sama sekali bagi mereka yang menempuhi sebenar-benar perjalanan. Apakah sama orang yang telah melintasi perbatasan dengan orang yang tidak pernah melihat perbatasan?

Kerana itu, seringkali Tok Bah menyatakan. Sedarlah dari diperbodohkan. Sedarlah dari angan. Sedarlah. Tiada jalan pintas didalam meraih ilmuNya. Melainkan melalui segala jalan yang telah digariskan. Pedoman. Turunan pengajaran. Dan segala warisan ilmu yang betul benar. Wallahualam

Tok Bah
24 Syaaban 1438


No comments:

Post a Comment