Thursday, May 18, 2017

PERIHAL BULUH TUMPAT ASLI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

PERIHAL BULUH TUMPAT

Berikutan adanya sahabat-sahabat yang was-was akan perihal Buluh Tumpat asli. Mungkin selalu terkena dengan Buluh Tumpat hiasan.

Maka ini perihal, nyatalah akan ini milikan Tok Bah. Bahawa ia buluh dari jenis buluh minyak. Umum mengetahui Buluh Minyak bukanlah sejenis buluh yang padu dalamannya. Keajaiban sebeginilah yang dipedomankan dibuat pakaian diri. Bukanlah dari jenis buluh hiasan. Nilailah sendiri dari segi saiznya. Dari segi tumpatnya. Bahkan disertakan bahagian buluh yang telah dikerat rentaskan. Untuk sahabat nilaikan sendiri.

Merah itu bukan kerana warna buluh tersebut. Tetapi diselek. Untuk mengekalkan ia dari dimamah usia.

Demikian beberapa orang sahabat yang mengatakan harga item Tok Bah mahal dari seller lain. Termasuk juga dua tiga orang yang menganjing Tok Bah petang tadi. Dah lama Tok Bah perhatikan. Sebelum ini diam sahaja. Masa diam nampak cerdik. Bila berbunyi. Tahulah sekadar mana nilai mereka ini. Tidak bernilai. Tin kosong.

Maka gunakanlah otak kalian yang dianugerahkan kebijaksanaan. Untuk menilai perbezaan ini. Untuk menafsir betul benar sesuatu duduk perkara. Jangan hanya taksub membabi buta. Hingga terasa amat nikmat tanpa sedar diri diperbodohkan.

Dengan tidak mengurangi rasa hormat pada sahabat-sahabat. Prinsip Tok Bah dari dahulu hingga kini. Tetap sama. Bagi mereka yang hendak menunjuk pandai, rasa hebat, nak tunjuk lebih. Silakan berambus. Tok Bah tidak pernah rugi jika tidak berurusan dengan kalian. Bahkan suatu kegembiraan bagi Tok Bah. 

Tidak usahlah menunjuk diri itu hebat, berbisa, cerdik dan lain-lain. Jika pemahamanan kalian tentang pakaian diri ini hanya sekadar pemahaman 'budak-budak baru nak kenal dunia'. Diam itu lebih baik.

Terlalu jauh tinggi langit buminya jika diadukan item Tok Bah dengan item seller kepercayaan 'orang tersebut'. Maka, hentikanlah niat songsang kalian. Memalukan diri sendiri.

Akhir kalam, Tok Bah memohon maaf diatas kekasaran bahasa yang dinukilkan. Semoga sahabat sekalian mendapat manfaat dari perkongsian ini. Tok Bah masih membuka ruang peminangan bagi item Buluh Tumpat Asli ini. Rujuk di pos sebelumnya untuk keterangan lanjut.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com











No comments:

Post a Comment