Wednesday, May 31, 2017

DI JALANNYA (3)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Manusia diciptakan dengan bahunya mengadap kelangit. Tidaklah seperti haiwan yang bahunya menghadap kehadapan. Inilah suatu kemuliaan olehNya untuk kita. Sebagai satu simbolik, kita makhluk yang menjunjung titah Ilahi.

Demikian itu kematian, manusia diberi kemuliaan oleh Ilahi. Tiadalah menggelupur disaat tibanya sakaratulmaut. Islam, Hindu, Kristian, Buddha. Bahkan apa agama sekalipun. Kemuliaan kita sebagai makhluk terbaik ciptaanNya dijaga rapi.

Suatu hikayat menyatakan, saat tibanya sakaratulmaut bagi anak Adam. Maka, para malaikat memegang sendi-sendi manusia. Agar tidaklah menggelupur ia seperti haiwan. Hingga tercabut roh dari jasadnya. Maka sempurnalah kematian. Setelahnya, bermulalah suatu kehidupan baharu. Yang berbekalkan amal dari kehidupan yang lalu. Apakah suatu keamanan? Apakah suatu penyeksaan?

Tok Bah berpesan pada diri Tok Bah sendiri dan buat sahabat sekalian. Dibulan yang mulia ini. Bersama-samalah kita bahu membahu dalam memperlebihkan amal kebaikan. Baik sedekah, selawat, berzikir, solat sunat atau apapun. Inilah kesempatan untuk kita memperbaiki diri kita.

Siapa tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir buat kita semua. Wallahualam

Dari hati nuraniku,
Tok Bah


Tuesday, May 30, 2017

MENANTI SUBUH

Assalamualaikum pembuka bicara,
Buat sahabat dikasihi semua,
Ingin hati sekadar berseloka,
Menanti subuh pengubat jiwa

Maaf dipohon untuk semua,
Andai Tok Bah beradab tiada,
Kerana diriku tidaklah sempurna,
Seperti kalian manusia biasa

Ramadhan bulan menguji ummat,
Dijentik ketuhanan alamatnya kiamat,
Segera bersiap sebelum terlambat,
Terlalai ia aduhai dihambat

Rasul diutus demi kemuliaan,
Hakiki diri sebagai pedoman,
Resahnya hati menjadi panduan,
Agar selamat kepangkal jalan

Mencari-cari kehebatan diri,
Hebatnya cuma hanyalah mimpi,
Terasa diri mulia tertinggi,
Walhasil ia maruah dikaki

Anak dara bermain buaian,
Buai dihayun oleh si teman,
Merahnya pipi diberi pujian,
Rosaknya hati musnah keimanan

Ternampak susuk dari tebingan,
Disangka manusia rupanya bunian,
Belum sempat disapa teman,
Rebah diri lupa perjalanan

Duhai sahabat marilah mendekat,
Bisikan ini bisikan keramat,
Jagalah hati jagalah hikayat,
Agar indah kisah sehayat

Tiadalah mati sekadar mayat,
Kelak dituntut sebagai khalwat,
Kubur harum diambil berkat,
Mati jasad tidaklah merempat

Tok Bah
4 Ramadhan 1438



TERAS PISANG GGALO / GALO / BENGGALA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS PISANG GGALA / BENGGALA / GALA / GALO

Umum mengetahui sifat pohon pisang yang mana batangnya yang gebuk lembut dan berair. Yang tidaklah tersauk di akal bahawa ianya akan berteras. Namun, inilah satu anugerah khazanah alam ciptaan Ilahi untuk umat yang mahu berfikir.

Adalah halnya khasiat Teras Pisang Ggala ini. Mujarablah ia sebagai penyejuk amalan dalaman. Serta ia sebagai ketahanan kulit. Serta padanya penawar kesutuhan. Serta ia penawar sihir. Serta pembabas dari sebarang ia marabahaya dan kecelakaan. Molek benar ia rendaman teras, atas padanya perempuan bersalin. Yakni sebagai selusuh.

Dan adalah perihalnya mengikut kecapan ilmu pengajian dan perjalanan masing2. Usah disempitkan perihal ilmu alam ini. Raikanlah ia sebaiknya. Insyaallah

Segalanya dengan izin dariNya. Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat untuk memilikinya. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com














Monday, May 29, 2017

SAHABAT PEMAHAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Salah seorang sahabat pemahar. Pening memilih. Akhirnya dua-dua diangkutnya. Senang.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com


DI JALANNYA (2)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berkata bijakpandai :-

"Setinggi manapun maqam kita disisi Allah swt. Tetaplah merendah ia tatkala bersujud. Maka, tiadalah kemuliaan bagi makhluk. Melainkan orang-orang yang dimuliakan olehNya."


Saturday, May 27, 2017

DI JALANNYA (1)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ 

Ertinya:

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji benih yang menumbuhkan tujuh cabang, pada tiap-tiap cabang, seratus cabang lainnya. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui." - (Al Baqarah : 261)

Bersamalah kita dalam menjalankan aturan wahyu ini. Tiadalah adanya kerugian dalam berurus niaga denganNya. Bahkan kita dijanjikan dengan pulangan yang jauh lebih besar. Jauh lebih sempurna segala keinginan. Yakni syurgaNya. 

Sedekah dan selawat adalah satu jalan singkat dalam meraih kemuliaan disisiNya. Maka, seiringanlah hendaknya kita melangkah dalam melakukan dua kebaikan yang amat besar ganjarannya ini. Insyaallah

Andai ini Ramadhan terakhir, moga ianya menjadi Ramadhan terindah. Semoga kita semua dalam lingkungan berkah dan rahmatNya. Insyaallah

Gambar : Tok Bah Jr 

Tok Bah
Ramadhan 1438


Friday, May 26, 2017

REZEKI RAMADHAN

Kejadian malam pertama Ramadhan 1438. Suatu kejadian yang tidak pernah terjadi. Tok Bah sedikit terkejut. Hendak ketawa pun ada. Alhamdulillah. RezekiNya. 

Tambahan :- 

Tempahan di bulan Ramadhan ditarik sedikit ke depan waktu untuk menyiapkan tempahan. Polisi 7 hari bertukar ke 10 hari. Pun demikian, jika item ditempah siap awal. Maka, akan disegerakan semua pengeposan. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog :daricetusanmindaku.blogspot.com


MALELA LOK 7 & PANDAI SARAS LURUS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

MALELA LOK 7 & PANDAI SARAS LURUS
(ANTIK)

Baru sahaja siap di'bacea' (dimandikan). Mahar pada kadar kurang mampu milik. 

*Komen PM tidak akan dilayan*

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com









Thursday, May 25, 2017

MARHABAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

RAMADHAN

Syukur setinggi syukur ke hadrat Ilahi. Bulan suci yang penuh keberkahan telahpun kembali. Detiknya dirasakan oleh seluruh manusia yang menganuti ikutan ini. Kemeriahan mengimarahkan masjid. Kemeriahan kesatuan hati dan jiwa. Kemeriahan dalam menyahut seruan Ilahi.

Inilah saatnya yang dinanti oleh hati yang merindu. Yakni inilah saat dan ketikanya peluang bagi kita untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan. Hati yang merindu akan terpujuk rindunya. Hati yang menanti akan tamat penantiannya. Hati yang penuh kasih, menangis kegembiraan dengan kehadiran ini.

Seiring terbenamnya matahari di akhir Syaaban esok. Maka terlepaslah manusia yang dipenuhi keimanan daripada penjara kesabaran. Penjara yang menyeksakan jiwa mereka. Penjara penantian yang menggelisahkan. Dan dikurung segala kejahatan makhluk. Yang tinggal hanya kejahatan hawa dan nafsu manusia itu sendiri.

Tok Bah mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan pada seluruh sahabat-sahabat sekalian. Terutama sahabat pemahar. Tok Bah seperti sahabat lainnya. Ingin memulai Ramadhan ini dengan penuh kerendahan diri dan penyucian hati. Semoga segala cita-cita kita bersama tercapai dengan penuh kejayaan. Semoga sampai segala hajat dan keinginan. Semoga setiap langkah kita sentiasa dalam lingkungan berkah dan rahmat. Insyaallah

Tok Bah
30 Syaaban 1438


Wednesday, May 24, 2017

PENCUCI MATA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

PENCUCI MATA
(TIDAK DIMAHARKAN)

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Tuesday, May 23, 2017

SEKADAR PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Antara contoh Tok Bah tak berapa nak layan. Adakalanya instinct mengatakan perlu menjawab acuh tidak acuh. Selera besar. Nak item murah. Agak-agaklah berapa kos untuk ikatan handmade silver sekarang? Ramai yang whatsapp, mesej dan pm sebegini. 

Begitu juga yang berjanji. Dia punya 'hari ini' tu dah nak dekat sebulan. Bahkan ada yang lebih setahun. Kerana spesis sebeginilah Tok Bah menetapkan syarat 'TEMPAHAN DIBUAT SELEPAS PEMBAYARAN'. Tak boleh follow syarat Tok Bah. Berambus. 

Untuk golongan sebegini. Bodoh tu dah boleh simpan dalam poket rasanya. Bagi pada anak cucu pula. Kalau tidak mahu turunkan pada anak cucu. Masa jimak mohon pakai kondom. Simple.

Begitu juga yang banyak bertanya. Berurusan sama sekali tidak. Juga yang kalut nak bercerita hal itu ini. Usahlah bazirkan masa Tok Bah dengan cerita dan soalan merapu kalian. Semak.

Masih banyak lagi yang belum Tok Bah screenshot. Tu pun belum masuk orang yang bajet kaya nak beli item juta-juta. Dialog dan skrip sebegitu sudah basi sebenarnya bagi Tok Bah. Basi.

Dua nombor pilihan ini Tok Bah ucapkan tahniah. Kerana bukanlah mudah untuk kalian berada di wall Tok Bah. Tahun lalu ada seorang jika sahabat masih ingat. Seorang anggota tentera. Beliau terpilih untuk berada di fb, instagram dan blog Tok Bah. Hanya kerana kebodohannya.

Yang benar,
Tok Bah



BATU DALAM PERUT KERBAU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

BATU DALAM PERUT KERBAU

Didalam kitab 'Dunia Hikmat'. Pada bab 'Racun', perihal 'Batu Penawar'. Yang dinyatakan sebagaimana

"Bahawa batu yang didapati dari perut landak, atau lembu atau kerbau, apakala direndam dan diberi minum kepada orang yang terkena racun atau segala bisa, dengan izin Allah swt ada manafaatnya."

Milikan Tok Bah ini adalah dari perut kerbau Balau. Yakni kerbau putih.

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Monday, May 22, 2017

PERMOHONAN MAAF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

PERMOHONAN MAAF

Permohonan maaf kepada dua dari tiga sahabat yang telah sampai item yang diposkan beberapa hari lalu.

Pertama. Lebihan tempahan. Lebihan beberapa biji tempahan permata dan permata yang langsung tidak ditempah pun Tok Bah masukkan dalam list. Tidak mengapa tentang lebihan tersebut. Anggap sahaja sebagai hadiah tambahan.

Kedua. Kesilapan item yang dijanjikan. Amatlah merendah diri dan penuh rasa malu atas kesilapan ini. Item yang dipinta dan diberikan adalah berbeza sama sekali. Akan Tok Bah titipkan item asal dan sedikit tambahan saguhati atas kesilapan ini.

Sebenarnya seringkali kejadian seperti ini berlaku. Satu kemujuran kerana Tok Bah memperolehi sahabat pemahar yang bersikap profesional dan tidak mudah melatah. Dan menegur dengan penuh berlapis lagi bersopan. 

Ada ketika Tok Bah sendiri bersikap acuh tidak acuh atas permintaan sahabat. Sehingga kesalahan ini terjadi. Maafkan Tok Bah atas kesilapan ini. Jutaan terima kasih diatas buat sahabat-sahabat yang terlibat diatas teguran yang membina. 

Tok Bah
25 Syaaban 1438


Sunday, May 21, 2017

JALAN KEHIDUPAN 31

Assalamualaikum dan selamat sejagtera.

Andai disatukan seluruh kebijaksanaan manusia. Ia hanyalah seperti setitis air dari banyaknya air di lautan.

Namun, ramainya pada hari ini berkata-kata seolah ilmunya melebihi dalamnya tujuh lautan. Hanya kerana ingin meraih nama dan disebut-sebut kehebatan dirinya. Diawangan dengan gelaran mahaguru, tok guru, syekh dan lain-lain. Bercakap seperti di puncak, hakikat asal merangkak pun masih terencat.

Kehebatan manusia sebegini hanya disebut dan dikagumi oleh pengikut-pengikutnya yang sama sahaja dangkalnya pemikiran. Tidaklah sama sekali bagi mereka yang menempuhi sebenar-benar perjalanan. Apakah sama orang yang telah melintasi perbatasan dengan orang yang tidak pernah melihat perbatasan?

Kerana itu, seringkali Tok Bah menyatakan. Sedarlah dari diperbodohkan. Sedarlah dari angan. Sedarlah. Tiada jalan pintas didalam meraih ilmuNya. Melainkan melalui segala jalan yang telah digariskan. Pedoman. Turunan pengajaran. Dan segala warisan ilmu yang betul benar. Wallahualam

Tok Bah
24 Syaaban 1438


Saturday, May 20, 2017

FOSIL RAJA KAYU PUTIH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

FOSIL RAJA KAYU PUTIH

Fosil Raja Kayu Putih merupakan diantara fosil yang amat sukar untuk ditemui. Melalui pedoman generasi terdahulu. Bahawa ia membawalah kebaikan akannya manusia. Tiadalah sia-sia.

Yakni sebagai akannya pendinding diri. Adapun sebagai pagar rumah, diletakkan akannya diatas gelandang utama pintu rumah. Asbab jua atasnya sebagai penunduk dan pengasih. Pelembut hati dan mudah bicara. Serta ia sebagai selisih marabahaya.

Demikian itu turunan panduan bagi mereka yang telah melaluinya. Maka, tiadalah daya melainkan dikembalikan padaNya segala urusan. 

Tok Bah menjemput sahabat-sahabat yang berminat untuk memilikinya. Tempahan hanya dilakukan setelah pembayaran. Harap maklum.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






PERANCANGAN BAHARU (INSYAALLAH)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Tok Bah dalam perancangan mengeluarkan produk baharu dalam dunia teras-teras kayu. Iaitu Fidget Spinner yang diperbuat dari pelbagai jenis teras yang berkhasiat secara alaminya. Tidaklah berniat menyongsang arus. Hanya sekehendak hati agar tidaklah kita melupakan tinggalan nenek moyang kita sendiri. 

Masih menunggu kehadiran Fidget Spinner moden. Untuk dikaji macam mana ianya berfungsi. Pemberat sebagaimanakah yang diguna. Dan lain-lain perkara yang akan dititikberatkan.

Andai ianya berjalan lancar. Akan diumumkan kembali kelak. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com




NYOT NYOT HANDMADE😂

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nyot-nyot untuk dimaharkan. Saiz 23. Ikatan plastik air berkaca.

Turun temurun telah dipedomankan akan khasiatnya. Yang mampu memberikan kelegaan pada anak kecil menangis.

Bahkan pada orang dewasa yang merindui zaman kecil. Juga amat berguna disaat kalian merasa bosan. 

😂Sekadar gurauan. Tok Bah pun dah lama tidak buat rapat umum dengan sahabat-sahabat.