Thursday, January 11, 2018

SEMAR TURAS INUL GALUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

PITIH SEMAR / DUIT SEMAR
(TIMAH HITAM)

Kali ini, Tok Bah ingin membicarakan perihal sebuah hikayat kedewataan. Mengikut perihal pemahaman dan ilmu yang diterima. Semoga perkongsian ini membawa manafaat untuk semua.

Maka, terkenal ia empunya watak sebagai Semar. Pelbagai ragam rupa dan wajahan dihasilkan. Meraikan sempena kehebatan dan kesaktian watak wayang kulit nan satu ini.

Dalam kaedah wayang kulit di Negeri Kelantan, watak keramat ini digelar sebagai Semar. Adapun lainnya dikenali sebagai Turas, Inul dan Galuh.

Semar atau lebih dikenali sebagai Pak Dogol, membawa akannya gambaran seorang tua keramat, bersidi sakti, berdarah putih dan berbulu roma songsang.

Adapun segala kesaktian, kekeramatan dan kehebatan diri Pak Dogol. Disembunyikan disebalik zahirnya yang hodoh, lagaknya yang bodoh tapi bersengat.

Perihalnya selaku pengasuh Raja Serama dianggap sebagai simbolik tugasnya sebagai pengasuh kepada orang yang memakai azimatnya yang dicipta hasil daripada ilham leluhur terdahulu yang bijaksana.

Terkandung akan hikmahnya mengikut perihal orang2 terdahulu. Yakni ia sebagai meningkatkan wibawa diri. Serta membawalah ia aluran pengasih dan penunduk. Juga akannya pendinding diri dan pemagar tubuh. Serta kecapan rasa yang hanya mampu dikecap oleh orang yang memakainya.

Item ini diperbuat dari timah hitam. Suatu item pisik lagi antik.

Adalah segala sesuatu itu hendaklah dikembalikan padaNya. Pedoman dan pengajaran diambil sebagai rujukan untuk generasi kini.

Tok Bah berbesar hati membuka ruang peminangan bagi sahabat yang berminat.

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





No comments:

Post a Comment