Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pertama kalinya, Tok Bah ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat Jai Chero. Kerana membantu Tok Bah mendapatkan kembali akaun fb yang ini.
Tiga bulan Tok Bah terpisah dari sahabat-sahabat yang dikasihi. Hingga ada yang terlupa untuk Tok Bah add di fb baru Tok Bah. Maafkan Tok Bah atas kegagalan mengingati satu per satu dari kalian.
Alhamdulillah. Hari ini akaun ini berjaya dikembalikan. Banyak maklumat simpanan di email Tok Bah hilang.
Tidak mengapalah. Kita jatuh, kita bangkit kembali. Orang yang hacked email Tok Bah dulu sememangnya dalam jangkaan. Orang yang Tok Bah kenali. Lain kali jangan tukar email backup kalau nak hacked orang. Seronok berada di kemuncak? Tok Bah ucapkan tahniah.
Ada diantara seller dilahirkan oleh Tok Bah. Melalui bimbingan ataupun yang bermula kosong. Termasuk orang yang bertanggungjawab menyebabkan kehilangan akaun fb ini.
Tok Bah berusaha dalam 'mencipta' pemahaman dan membentuk jatidiri. Setiap sesuatu dirangka sebaiknya untuk dikongsikan bersama.
Namun sudah menjadi adat kebiasaan, bunga sufi yang harum tetap akan membusuk. Demikian sifat manusia, tatkala mereka tidak mempunyai sandaran. Kamilah yang menjadikan diri kami sandaran. Apakala telah adanya selapis sahaja pemahaman, mulalah hilang segala pertimbangan. Kalut melalut kelaut.
Baik. Sepanjang ketiadaan akaun Tok Bah Original ini, serasa suatu kesepian dalam perjalanan Tok Bah. Sedikit tidak bersemangat dari kebiasaan. Sungguhpun ramai jualah sahabat-sahabat disini berada di akaun baru Tok Bah. Tidaklah rasanya lengkap tanpa ada semuanya. Alhamdulillah diucapkan sekali lagi.
Suatu penghargaan besar dari Tok Bah buat sahabat sekalian. Utamanya bagi sahabat yang whatsapp personal bertanyakan ke mana menghilangnya akaun ini diawalan kehilangan dahulu. Tiada apa dapat Tok Bah balaskan sebagai penghargaan ini. Sekali lagi. Terima kasih diucapkan.
Perkongsian item akan Tok Bah mulai lakukan esok malam. Semoga perkongsian yang sekian lama terpadam ini menjadi sedikit sebanyak pemandu arah buat sahabat semua. Insyaallah
Buat sahabat yang dirindui. Sebarang urusan dan rujukan pameran :-
Whatsapp : 0182549012
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
Ada lg ke ni
ReplyDelete