Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Manusia seumpama cawan kopi. Ilmu pula seumpama teko. Cawan yang kecil tidak mampu untuk menampung seteko penuh air kopi didalamnya. Jika dipaksa, maka akan melimpah ia.
Demikian itu perumpamaan manusia dan ilmu. Ada batasannya. Ada pembahagiannya. Ada sekatannya. Jika terlalu berlebihan. Tanpa adanya kawalan dan bimbingan. Tidak mustahil isim sedang menanti. Isim dalam kata erti gila. (Adapun isim dari makna kalam, akan diperpanjangkan dalam post lain. Insyaallah)
Dalam meniti perjalanan hidup. Mencari suatu kalam ilmu misalnya. Yang dikehendaki adalah si murshid. Yang mampu membimbing. Yang mampu memberi pandu arah. Yang mampu menunjukkan jejak dari telapak hingga ke pangkal. Bukan hanya sekadar mampu memberi dan memberi dan memberi. Tanpa adanya tapisan pada keyakinan dan kemampuan yang menuntut.
Itu jalan syariat. Tidak dibahaskan perihal lainnya. Tidaklah dimahukan perbahasan diperpanjangkan. Kerana itu merosakkan perbekalan sedia ada. Biarkan si juhala' merasakan dirinya fuqaha'.
Baik. Sampai disini sahaja untuk kali ini. Tok Bah sedang melayan tamu. Diperpanjangkan usia dan waktu. Kita bertemu lagi dalam lingkungan ilmu yang tidaklah seberapa ini. Insyaallah
Tok Bah
18 Rabiul Akhir 1439
No comments:
Post a Comment