Friday, January 19, 2018

SARAS DEBEK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

PANDAI SARAS DEBEK

Debek bukanlah bermaksud 'lekeh' atau 'diperlekeh' atau lainnya maksud kelemahan didalam loghat Kelantan. Debek pada Saras bermaksud 'padu' atau 'keras' atau 'kuat' dan lainnya yang membawa maksud ketinggian dan kemegahan. Ada dua pegangan pemahaman di dalam konteks Pandai Saras Debek.

Pertama. Keris ini tidaklah ditempa oleh Saras. Melainkan ditempa oleh Pandai Besi, iaitu kekanda kepada Saras. Adapun bunga Saras itu ditimbulkan sebagai suatu rasa kasih pada adindanya iaitu Saras. Maka ditempa ini keris pada kadar pakaian diri, yakni sehampir sama kedudukannya pada matlamat keris selit. Pun demikian tidaklah selit itu diletakkan keberadaannya.

Kedua. Hikayat kedua menyatakan bahawa keris ini sememangnya ditempa oleh Pandai Saras sendiri. Sebagai suatu ketandaan pemutus bagi perjalanan diri. Yakni sebagai suatu petanda setelah badik, lembing dan keris. Debek dikategorikan sebagai suatu pelengkap pakaian senjata hikmat keMelayuan. Tidaklah Debek itu berlok, melainkan lurus akannya. Aring Debek umumnya melebihi berat bilahnya atau sama berat akannya Aring dengan bilahnya. Aring atau dalam bahasa bakunya, ganja keris.

Hikayat juga menurunkan, Debek tidaklah digunapakai sebagai senjata bertikam. Melainkan dijadikan ia dari awal mulanya titisan dari kalam hijaiyyah (ب) dan berakhirnya ia pada kalam yang sama. Asrar hijaiyyah (ب) merupakan suatu pengajian khusus bagi orang-orang yang ahli. Tiadalah kalamnya pada Tok Bah, maka tiadalah dapat dikongsikan lebih. Melainkan pada kadar yang difahami.

Demikian ini perihal Debek. Wallahualam

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com












No comments:

Post a Comment