Friday, January 12, 2018

PANDAI SARAS LOK 4

Assalamualaikum pembuka kata,
Buat sahabat dikasihi semua,
Ingin Tok Bah berkongsi cerita,
Hikayat jalan seni bertakhta

Kukuhnya keris kerana buatan,
Ditaut hulu bersapir ketan,
Lok nya ganjil penyebut kelainan,
Genapnya menimbul penuh persoalan

Lok genap suatu pengajian,
Sulitnya ilham tidak terkeluarkan,
Sekian lama menjadi simpanan,
Kini dibuka untuk tatapan

Bunga Saras luluh dizaman,
Tapak gajah tenggelam karatan,
Inilah keris penuh kesayangan,
Tidak berupa hodoh bersangatan

Lok genap menjadi siulan,
Sekadar bualan atau kenyataan?
Ini bukti penuh kasih sayang,
Tatapan agar mudah difahamkan

Sarisima kegenapan isinya kesaktian,
Disangka sihir rupanya bukan,
Kidal bertunduk melutut asapan,
Dihidu paruh pingang disisipkan

Ini Saras loknya genap,
Sebagai suatu hikayat ratap,
Biarlah hodoh dikata ranap,
Takhta diri jatinya sulap

Gambar : Keris Pandai Saras Lok 4 Beketandaan Tapak Gajah. Larut dimamah zaman.











No comments:

Post a Comment