Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
ROTAN ANAK KERA
Rotan Anak Kera mempunyai beberapa cabang pemahaman dari segi pegangan kepercayaan sesuatu bangsa. Bagi bangsa Cina, Rotan songsang dikatakan membawa tuah dan kekayaan serta kekebalan pada diri.
Adapun turunan zaman dalam kemistikan masyarakat Melayu, Rotan Anak Kera membawa akannya beberapa asbab alami. Antaranya sebagai penarik kerezekian, pendinding diri, pelimun, tahan urat dan selisih.
Rotan Anak Kera merupakan sejenis rotan yang tumbuh di pesisir sungai. Tunggal padanya akar, bercabang akannya beberapa cabang. Melengkung pohonnya seperti sebuah gerbang. Dan tidaklah kasar sifatnya, paling besar ia sebesar ibu jari kanak-kanak tujuh tahun. Dan tidaklah tinggi sepertimana rotan biasa. Pada kadar paras pinggang orang dewasa sahaja.
Sebarang urusan dan rujukan pameran :-
Whatsapp : 0182549012
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment