Monday, January 1, 2018

PARUH ENGGANG MATI BERAGAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

PARUH ENGGANG MATI BERAGAN

Enggang atau Kenyalang tidak asing lagi dalam masyarakat nusantara. Hikayat turun temurun banyak pecahan akan kemistikan burung yang berparuh tanduk ini. Adalah ini pecahan diantaran cabang hikayat.

Bahawa telah dinyatakan ia mempunyai pada tiap seekornya itu berpenunggu. Hingga matilah ia Enggang, maka terputus segala ketetapan. Berubah ia menjadi alamiah dimamah zaman. Dari raja burung berhikmat menjadi bangkai tidak berhayat. Namun, bergunalah ia sesudah matinya itu kebaikan bagi ummat manusia.

Riwayat tua turun temurun menyatakan tentang Paruh Burung Enggang mati beragan. Yakni beberapa asbab khasiat. Bahawa padanya ikhtiar pelepas, pengasih, penggerun, pendinding diri. Pemagar rumah dari isi niat jahat manusia dan jin.

Sementelah itu dinyatakan beberapa perihal lainnya. Iaitu asbab ikhtiar dalam meningkatkan kewibawaan diri. Utama padanya orang yang berkepala ada-ada. Samaada dipakai rapat tubuh atau lain-lain kaedahnya. Tidaklah termaktub khusus padanya kaedah. Melainkan adanya tuntutan diri pada kaedah sesudahnya.

Sekehendak diambil sedikit dari orang-orang yang telah melerah jalan. Telah mujarab akan beberapa perihal. Utama dari kutipan, menawarkan ia Paruh Enggang pada bisa binatang melata. Demikian ini perihal.

Dikeranakan item ini tiadalah berpadu, maka tidaklah Tok Bah memaharkan dalam bentuk permata. Melainkan dimaharkan semua sekali sepertimana di gambar.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com









No comments:

Post a Comment