Assalamualaikum dan salam sejahtera.
TANDUK RUSA PUTIH
Mahsyurlah ia Tanduk Rusa Putih bagi mereka yang memahami. Hikayat tua menyatakan, tidaklah ia rusa putih itu berpasangan. Melainkan bertemunya ia pasangan pada kadar dua tahun perpisahan. Dan bahawa ia menanggung hikmah dan hikmat atas umat ini.
Tanduk Rusa Putih asbab padanya sebagai pelaris besar. Pengasih pada yang melihat. Hatta, padanya ia seteru madu. Pemanis diri atas pemakainya.
Tanduk Rusa Putih juga dijadikan sebagai medium dalam mematahkan sihir tuju2. Utamanya dalam mematahkan santau dan serangan yang bersifat halus. Malahan, molek benarlah bagi mereka yang mempunyai masalah lenguh urat.
*Salah seorang sahabat yang telah memaharkan tanduk rusa ini menyatakan, mujarab atasnya sebagai pematah sihir yang dituju keatas rumah tangga mereka. Hingga hampir bercerai akannya pasangan. Mengikut kaedah pemakaiannya, diamalkan minum rendaman tanduk sesudah subuh dan maghrib. Dengan kalimat selawat padanya 7 kali sebelum minum. Hingga genapnya 21 hari diamalkan. Termuntah segala isi sihir yang dituju.* (perkongsian ini adalah dengan izin dari sahabat tersebut)
Suka untuk Tok Bah ingatkan. Bahawa setiap sesuatu itu hendaklah dikembalikan padaNya. Adapun usaha dan ikhtiar kita hendaklah sentiasa seiringan.
Tok Bah berbesar hati membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah
Whatsapp : 0182549012
No comments:
Post a Comment