Friday, July 15, 2016

JALAN KEHIDUPAN (6)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kitab Gugusan Cahaya Keselamatan. Dikarang oleh As Syahid Haji Sulong Patani. Kitab terakhir beliau. Disempurnakan semasa beliau dalam tahanan di Ligor.

Terkandung didalamnya wirid, doa serta amalan2 untuk ketahanan diri dalam menghadapi perjuangan. Kitab ini diharamkan oleh kerajaan Siam. Dek kerana terkandung didalamnya aluran2 jihad.

Tiadalah dukacita bagi mereka yang membawa jalan tinggalan para rasul dan nabi. Kitab ini merupakan pemberian daripada seorang sahabat Tok Bah beberapa tahun yang lalu. Yang keseluruhannya bertulisan jawi. Semoga Allah swt merahmatinya dan menempatkannya bersama2 orang beriman. Insyaallah

________________________________________________________
Permata Pemberian Yang Indah

Bahawa segala makna sekalian kitab yang turun dari langit itu terhimpunnya pada Al Quran. Dan segala makna Al Quran terhimpunnya pada surah Fatihah. Dan akan segala makna surah Fatihah itu. Terhimpunnya pada kalam Bismillah hirrahman nirrahim. Serta segala makna bagi Bismillah itu terkandungnya ia pada huruf Ba. Dan segala yang terkandung di huruf Ba itu. Terkandungnya segala rahsia diatas titiknya.

Dan membawalah akannya...

"Bi kana maka na wa bi yakunu ma yakunu"

Wallahualam

Bahlol Dana
15/07/2016

No comments:

Post a Comment