Friday, July 15, 2016

FOSIL TERAS UBI KAYU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

FOSIL TERAS UBI KAYU

Teras Ubi Kayu banyak manafaatnya. Baik untuk kesihatan. Mahupun lainnya. Umum mengetahui perihal fizikal batang ubi kayu. Yang tidaklah berteras. Malahan berlubanglah sifatnya. Apakala sesuatu perkara itu menyongsang adat. Disinilah duduk perkara yang perlu direnungkan.

Batang ubi kayu biasa sahaja telah banyak guna kerjanya. Petua mengatakan, dibacakan surah Al Fatihah 41 kali. Beserta selawat 41 kali. Sambil dilurut pada batang ubi kayu. Setelahnya disentak pada orang gila atau kerasukan. Sembuh adanya. Insyaallah

Adapun khasiatnya teras ini. Asbab padanya sebagai pembisa. Serta padanya pengasih dan kerezekian. Serta akannya ia sebagai penawar lenguh urat. Dan menjauhlah akannya musibah. Atau berkurangnya musibah dari menimpa si penanggung.

Adalah segala sesuatu itu hendaklah dikembalikan padaNya. Petua dan pedoman diguna sebagai rujukan ilmu. Raikanlah ilmu sebaiknya.

Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat untuk memilikinya. Insyaallah

Whatsapp : 0136278789

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

No comments:

Post a Comment