Friday, July 22, 2016

JALAN KEHIDUPAN (7)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sekadar sedikit perkongsian bersama sahabat sekalian. Telah lama rasanya Tok Bah tidak membuat perkongsian. Semoga bermanfaat untuk semua. Insyaallah

Bicara dikali ini tidaklah untuk berhukum hakam akan perihal ziarah perkuburan. Jauh sekali untuk mengecop perihal yang menjadi perdebatan muktahir ini. Bukanlah untuk membezakan siapa benar dalam membawa sunnah ataupun siapa wahabi. Hanya sekadar perkongsian dari pengalaman.

Ziarahilah perkuburan, kerana didalamnya terkandung 'ibrah (pelajaran). Yakni ia pelajaran sebelum kita menghadapi kematian. Berjinaklah akannya kematian, semoga demikian itu berkuranglah resah tatkala kita menghampirinya.

Beberapa tahun yang lalu, Tok Bah memulakan ekspedisi ziarah maqam para wali. Dari satu daerah ke satu daerah. Sekadar mengisi keinginan hati. Menilai nisbah kebergantungan hati pada Ilahi. Sekadar menilai keasyikan berzikir dalam ketenangan dirumah/masjid atau di perkuburan.

Tidak dinafikan, awalan ziarah itu Tok Bah sentiasa menziarahi perkuburan bersama sahabat lain. Bagi mengurangkan ketakutan dalam diri. Hinggalah saat dan ketikanya, perkuburan itu menjadi satu tempat yang paling aman bagi diri ini. Maka disaat itu, Tok Bah lebih gemar bersunyian sendiri. Utamanya di malam hari.

Seringkali Tok Bah ucapkan buat sahabat2, baik dialam maya ini mahupun dialam nyata. Jangan sesekali mencari kelebihan diri disaat menghampiri perkuburan. Jangan sesekali dikeranakan nafsu keduniaan, kita merosakkan perbekalan ke akhirat. Perbetulkanlah niat dan bersihkanlah hati. Sesungguhnya kubur itu mengingatkan kita kepada kematian, dan kematian itu mengingatkan kita kepada akhirat.

Amatlah sia2 bagi mereka yang menghampiri perkuburan dikeranakan perihal sakti, perihal kebatinan tinggi, perihal penarikan, perihal pangkat dan darjat yang semata ingin dipandang manusia. A'udzubillah min zalik

Wallahualam

Gambar: Ziarah Maqam Waliyullah Tok Selehor/ Tok Selehong, Kok Pasir, Tumpat, Kelantan (2014)

Bahlol Dana
22/07/2016

No comments:

Post a Comment