Wednesday, July 13, 2016

BULUH TUMPAT JANTAN & BETINA

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tok Bah ucapkan buat sahabat2 sekalian. Semoga dalam keadaan baik dan dipermudahkan segala urusan sentiasa. Insyaallah

Adalah menjadi satu tarikan sesuatu perkara yang menyalahi hukum adat. Sepertinya larak salah, rotan songsang dan sebagainya. Hari ini, Tok Bah ingin berkongsi sedikit pemilikan Tok Bah. Semoga bermanfaat untuk semua. Insyaallah

BULUH TUMPAT ASLI
(JANTAN DAN BETINA)

Maka banyaklah perihalnya buluh tumpat. Adalah pula pemilikan Tok Bah ini,  adalah dari jenis Buluh Gading. Yang tidaklah tumpat keseluruhan ruasnya. Melainkan dua ruas sahaja yang tumpat. Pada kadar tujuh ruas berliang atas dan tujuh ruas berliang bawahnya.

Maka, telah diambil pedoman dari halnya perjalanan mereka yang terdahulu. Bahawa buluh tumpat ini, membawalah akannya khasiat sebagai penarik bagi orang yang memandang, pengasih bagi orang yang dihajat, pelaris atas segala gerak langkah.

Demikianlah pula atasnya sebagai asbab pemagar diri dari santau, sihir, mahupun gangguan makhluk halus. Tatkala diletakkan di rumah, tiadalah binasa harta benda dari kecurian dan niat jahat manusia.

Demikianlah serba sedikit perkongsian dari Tok Bah. Maka, hendaklah semuanya dikembalikan atas izinNya. Insyaallah

Tok Bah berbesar hati membuka ruang peminangan / tempahan bagi sepasang item ini. Insyaallah

Whatsapp : 0136278789

No comments:

Post a Comment