Friday, July 1, 2016

JALAN KEHIDUPAN (4)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 Tok Bah yang dikasihi.

Pada saat dan ketikanya malam yang mulia ini. Sedikit perkongsian Tok Bah ingin luahkan. Semoga dapat diambil manafaat diatasnya. Insyaallah

Pertamanya. Jadilah manusia yang berfikir. Seringkali Tok Bah diajukan persoalan demi persoalan. Yang adakalanya memenatkan untuk Tok Bah melayannya. Utamanya melalui messenger dan whatsapp.

Diatas setiap perkongsian yang dilakukan, telah tertulis panjang lebar akan khasiat dan pedoman sesuatu perkara. Makanya, tinggal lagi untuk difikirkan dan direnungkan. Bahawa tiadalah sia2 setiap ciptaan Ilahi. Jika terlekat dihati, silakan untuk meminang. Jika resah mengatakan tidak. Abaikan sahaja.

Keduanya, kesahihan sesuatu item yang dikongsikan. Bagi mereka yang 'berjalan', tidaklah menjadi kerumitan untuk memahami. Adapula pada mereka yang tidak melalui perjalanan. Perkongsian yang tidak seberapa inilah diharap membantu. Apakala bagi yang tidak berjalan dan tidak mahu berfikir. Sekadar hanya merasakan diri yang benar. Sedang ilmu yang diperkata pun tiada layak disandar. Disinilah berlakunya konsep 'block' yang Tok Bah amalkan. Bukan kerana 'takut' untuk berdebat dengan golongan ini. Hanyalah demikian Tok Bah tidak mahu merugikan masa melayan.

Kaedah yang paling mudah dan mujarab untuk mengesahkan sesuatu item itu adalah asli. Cari sendiri. Tidak usah banyak bunyi. Barang pun dapat free.

Ketiga. Terdapat diantara sahabat2 yang telahpun di'unblock' oleh Tok Bah. Utamanya melalui orang ketiga. Usah malu untuk menyambung kembali silaturrahim bersama. Tok Bah sentiasa terbuka dalam persahabatan. Insyaallah

Akhir kata, Tok Bah memohon maaf andai adanya silap dan salah dalam penulisan ini. Semoga kita semua sentiasa menjadi insan yang terbaik dari semua segi. Insyaallah

Bahlol Dana
01/07/2016

No comments:

Post a Comment