Monday, May 7, 2018

SUMBANGAN AMAL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

SUMBANGAN AMAL

Tok Bah baru sahaja selesai berhubung dengan Puan Haliza. Pengasas bagi Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh, Subang Jaya. Beliau meminta untuk Tok Bah perpanjangkan kutipan sumbangan untuk Tajaan Agihan Iftar dan Ramadhan Basket. Dan Tok Bah berbesar hati untuk memperpanjangkannya.

Sempena ketibaan Ramadhan. Tidak lengkap rasanya segala amal tanpa adanya amal sedekah jariah. Maka, disini Tok Bah menjemput sahabat-sahabat Tok Bah yang dikasihi dan disayangi untuk bersama-sama kita menghulurkan serba sedikit kemampuan pada badan-badan berkebajikan yang tulus dalam menjalankan misi kemanusiaan.

Melalui maklumat dari Puan Haliza. Tok Bah difahamkan Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh merupakan satu badan bukan kerajaan yang menaungi mangsa aniaya, remaja bermasalah, bekas penagih dan bekas banduan yang terdiri dari golongan wanita. Bahkan juga terhadap golongan asnaf dan gelandangan. Alhamdulillah

Maka, sekali lagi Tok Bah menjemput sahabat semua agar diringankan sedikit tangan bagi mengurangkan sedikit beban pada saudara-saudara kita yang lebih memerlukan.

Juga dipohon agar diperpanjangkan kutipan sumbangan amal ini pada sahabat-sahabat lainnya. Insyaallah

Tok Bah
07/05/2018



No comments:

Post a Comment