Friday, May 4, 2018

CAPING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

CAPING KELANTAN

Caping merupakan satu alat bagi menutup kemaluan kanak-kanak. Baik lelaki mahupun perempuan. Sejarah tercatit, penggunaan caping tidaklah meluas di Tanah Melayu. Melainkan beberapa buah negeri sahaja yang membawa adat bercaping. Antaranya, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah.

Caping bagi leluhur terdahulu melambangkan adat dan darjat. Bagi golongan istana dan bangsawan, caping diperbuat dari emas, suasa dan juga perak. Lain halnya rakyat kebanyakan, yang kerap menggunakan tembaga, tempurung dan kulit siput sebagai penghasilan caping.

Demikian juga halnya upacara majlis pemakaian caping. Bagi golongan istana dan bangsawan, keraian besar besaran dilakukan dan bangkitan semangat diseru dipuja oleh dukun atau bomoh. Manakala, bagi rakyat kebanyakan, hanya sekadar menepung tawar dan keraian kecilan. Jampi dan mantera yang dibangkitkan adalah sebagai melindungi anak2 kecil dari terkena gangguan kejahatan.

Leluhur terdahulu yang memegang adab beragama tidaklah menyisihkan kaedah pemakaian caping. Melainkan dibawa akannya penerapan nilai Islam. Dengan diberi nafas baru dalam setiap kaedah dan wajahan.

Bagi anak lelaki yang memakai caping, diwajahkan akannya luhuran pahlawan dan jati diri. Semangat melindungi dan pasak utama keluarga.

Wajahan bagi anak perempuan pada kebiasaannya adalah bagi melindungi kesucian diri dan kehormatan turunan. Temurun mengatakan, andai berniat orang mengkhianati anak perempuan. Tiadalah ia sampai khianat. Melainkan gagal dan tidaklah berkepulangan hingga mendapat ampunan dari tuan empunya.

Caping kepunyaan Tok Bah pada kali ini diperbuat dari tembaga merah. Hanyasahaya kedapatan 'chrome' perak lama yang masih berbaki. Tanggal akan sifat celupan dek dimamah usia.

*For serious buyer only*

Whtasapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com









No comments:

Post a Comment