Saturday, May 19, 2018

KAIN LIMAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

KAIN LIMAR ASLI

Kali terakhir Tok Bah memuat naikkan perihal kain Limar ini adalah pada tahun 2016. Lama juga didiamkan. Tok Bah berbesar hati mengeluarkan kembali item ini. Baik sebagai satu perkongsian mahupun permaharan bagi sahabat yang berminat. Insyaallah

Kain Limar merupakan satu karya bangsawan pada zaman dahulukala. Adapun Limar itu tilikan keberadaan bangsawan dari Tanah Kelantan. Kain Limar tiadalah sama akannya Kain Cindai, hatta dinyatakan pedoman dari sutera yang sama. Keberadaan Limar adalah melebihi akannya keberadaan Cindai bagi leluhur zaman tanah ini. Adapun Limar itu resamnya seakan merah dan coklat. Menafikan akannya duduk perkara Cindai yang mempunyai pelbagai warna.

Adalah karya bangsawan menyatakan. Tiadalah untuknya Limar ini pada orang kebanyakan. Adapun padanya orang-orang pilihan.

Turunan menyatakan bahawa Limar ditenun bersama bacaan-bacaan tertentu. Yang pada ghalib tenunan adalah bagi wajahan pendinding diri, penawar serta peningkat darjat.

Dikatakan bahawa para pendekar pada zaman dahulu menyelitkan Limar di dalam baju perang. Yakni bagi menghadang tusukan senjata musuh. Kain Limar juga mempunyai daya tahan api. Dek kerana tenunannya dari sutera asli.

Demikian pulalah padanya sebagai satu asbab ikhtiar pelaris. Adalah ia pelaris diri dan umumnya. Dan tidaklah mujarab akan guna-guna pada orang yang memilikinya. Dek kerana telah ditenun ia dengan bacaan-bacaan tua nya. Yang nisbah akan bacaan itu adalah dari ayat-ayat suci. Maka ini perihal dari asalannya. Tidaklah ada tambahan karut marut pengisian lainnya. Dan diterima asalan ini pada kadar asalan.

Banyak pendapat mengenai kaedah guna kain Limar sebagai satu cabang diantara cabang pakaian diri. Tok Bah mengambil cerapan perkongsian melalui sahabat pemahar sebelumnya yang telah memilikinya dan telah merasai akan jalannya.

Tok Bah berbesar hati menjemput sahabat-sahabat yang berminat untuk meminang. Permaharan di dalam ukuran inchi. Jika berminat untuk selebar atau sehasta. Akan Tok Bah pertimbangkan. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








No comments:

Post a Comment