Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ramadhan akan tiba beberapa detik sahaja lagi. Alhamdulillah. Masih kita semua diperpanjangkan umur untuk berjuang di medan Ramadhan pada kali ini. Semoga membawa keberkatan dan rahmat dalam setiap detik yang diimpikan oleh seluruh umat Islam.
Dalam kegembiraan kita menyambut kedatangan Ramadhan. Tok Bah ingin menarik perhatian sahabat-sahabat yang Tok Bah kasihi sekalian. Agar kita tidak melupakan peristiwa yang sedang berlaku pada saat ini di Palestin. Penjajahan Baitul Maqdis kini dilihat semakin sampai pada kemuncak.
Kita umat Islam menyakini pembebasan Tanah Suci ketiga umat Islam ini akan kedatangan Al Mahdi. Namun, itu tidak bermaksud kita perlu berlepas tangan dan hanya duduk menanti. Kezaliman ini telah sekian lama berterusan. Wajib atas kita membantu saudara-saudara kita disana.
Tok Bah menggelarkan rakyat Palestin sebagai 'Guardian Of Al Aqsa'. Terima kasih diucapkan pada mereka kerana menjadi wakil bagi umat Islam di seluruh dunia kerana menjaga kesucian Al Aqsa.
Kutipan dana bagi membantu saudara-saudara kita disana kini giat dijalankan oleh Aman Palestin. Disini, Tok Bah mengajak semua sahabat-sahabat yang dikasihi. Untuk meringankan tangan menghulurkan bantuan buat mereka. Walaupun sedikit, mudahan membawa berkat.
Firman Allah swt :-
إِنَّ اللهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang beriman, diri dan harta mereka, dengan memberikan syurga untuk mereka.” - (At Taubah : 111)
'Guardian Of Al Aqsa'. Jasad mereka tidak mampu ditebus dengan harta benda. Namun, inilah sebaik-baik kesempatan yang telah dibuka oleh Allah swt.
Tatkala langit Ramadhan terbuka, maka restulah lidah di langit menghamburkan pahala.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment