Saturday, May 26, 2018

MAKLUMAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sedikit perkongsian pada waktu sahur yang penuh barokah ini.

Pertama. Semalam Tok Bah dihubungi seseorang yang tidak dikenali. Mahu menyumbang untuk dana asnaf dan fakir miskin sempena Ramadhan. Sumbangan yang hendak diberikan adalah dengan bersyarat. Iaitu kredit perlu diberikan pada si penyumbang dalam setiap misi sumbangan.

Tok Bah mohon maaf pada empunya badan. Tok Bah menolak sebarang 'kredit' terhadap mana-mana penyumbang. Kerana kami tidak memihak atau mewakili mana-mana badan organisasi amal. Lebih-lebih lagi parti politik. Melainkan ini merupakan satu usaha persendirian hasil dari cetusan bersama sahabat-sahabat sejak beberapa tahun lalu.

Kedua. Individu yang menyumbang yang memerlukan resit pada setiap sumbangan. Sila maklumkan lebih awal. Agar senang untuk pihak kami menyalurkan dana sumbangan kalian pada organisasi yang mempunyai 'resit'. Rumah anak yatim, rumah kebajikan atau lainnya.

Asnaf dan fakir adat kata tidaklah mempunyai resit seperti yang diinginkan individu berkaitan. Maka, mudahan telah jelas perihal ini.


Yang benar,
Tok Bah



No comments:

Post a Comment