Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tok Bah mencuri sedikit waktu untuk menjawab persoalan salah seorang sahabat pemahar. Berkenaan Teras Damar Minyak.
Teras Damar Minyak atau lebih dikenali sebagai Raja Kayu Damar Minyak seringkali dikaitkan dengan teras yang 'suluh tembus'. Yakni menembusi akannya cahaya tatkala disuluh.
Pada hakikatnya, Teras Damar Minyak terbahagi kepada dua jenis. Iaitu jenis suluh tembus dan padu. Disini Tok Bah kepilkan kedua-dua jenis Teras Damar Minyak. Dari batang teras yang sama. Hanyasahaya ketumpatan dan kepaduan yang berbeza.
Ghalib yang dicari itu adalah jenis yang suluh tembus. Dan sememangnya diakui jenis tersebut lebih cantik berbanding yang padu isi terasnya. Dek kerana gewang (luster) yang terpancar. Berkilat-kilat bagaikan mata yang galak.
Pun demikian, dari segi khasiatnya itu sama sahaja. Tiadalah perbezaan antaranya.
Tidak kira sama ada suluh tembus ataupun tidak. Bagi peminat teras, ianya bukanlah suatu halangan selagimana tiadalah perbezaan atas isi rasinya. Wallahualam
No comments:
Post a Comment