Saturday, May 12, 2018

SUATU PEMAHAMAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

SUATU PEMAHAMAN

Sehari dua ini kembalinya 'orang tengah' dato sri, dato, tan sri dan sebagainya. Hendak mencari item kebal umum. Letih jugalah Tok Bah nak membalas whatsapp. Penat Tok Bah cakap Tok Bah tidak jual baju kalis peluru. Ahahaha..

Baik. Mungkin kerana sudah lama Tok Bah tidak membuat sesi pencerahan. Hingga ada yang ketinggalan dengan prinsip Tok Bah. Bahawasanya item kebal bebal tidaklah menjadi mainan Tok Bah. Harap maklum. 

Fahami kaedah pemakaian diri. Umat Melayu nusantara sememangnya mempercayai kelebihan dan keunikan pelbagai khazanah alam. Tiadalah sia-sia akannya tinggalan khazanah ini melainkan adanya kebaikan untuk umat manusia. Inilah satu kelebihan generasi Melayu Tua. Memakai akannya selagimana tiadalah bawaan sembahan atau syiriknya.

Demikian titipan pedoman. Setelah dipakai akannya segala teras, batu mahupun lainnya bersifat ia alami. Resah rasa dikecap akan rasinya. Maka diturunkan pedoman pada anak cucu. Sebagai satu rujukan dan pengajaran. Tanpa ada khilafnya pada isian. Andai keberadaan teras, batu dan lainnya pada sifat khadam. Maka dibiarkan ia sekadar khadamnya yang alami. Tiadalah simpulan padanya tambahan isi luarnya. Kerana khuatir akan tergelincir akidah pegangannya. Adapun alami itu merupakan dari ketetapan Ilahi.

Adalah ini faham 'barang tampal', yang tidak mengapa jika tiada akannya. Dan terlebih baik pula jika ada akannya. Yakin akan hidupnya teras dan batu dan lainnya. Dibawa bersama amal atas diri. Maka demikian itu terlebih baik dari tiadalah adanya barang tampalan. Yakni pakaian diri. Wallahualam

Tok Bah




No comments:

Post a Comment