Tempahan sahabat. Fosil Sulur Bertam. Ikatan 'handmade' perak aloi.
Jarang orang tempah ikatan handmade dengan Tok Bah. Sebabnya Tok Bah malas nak melayan sebenarnya. Ahahaha..seperkara lagi. Handmade biasanya agak mahal kos pembuatannya.
Sebab tu Tok Bah lebih suka menganjurkan 'casting silver 925'. Kosnya lebih murah. Apapun, jika sahabat pemahar mengerti 'permainan' handmade. Tidak ada masalah untuk Tok Bah bantu sahabat menunaikan keinginan. Insyaallah
Sebarang urusan dan rujukan :-
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
Assalamualaikum. Semoga segala isi kandungan di sini membawa manafaat buat sahabat2 sekalian. Bagi sahabat yang berminat untuk menempah. Boleh membuat tempahan melalui:- Whatsapp : 01167643990 FB : Tok Bah (Original) IG : tok_bah_permata
Monday, May 28, 2018
PELUPUSAN
Kukembalikan wahyu ini kelangit,
Sebagai satu penghormatan buatMu,
Sekian membimbing hati yang hangit,
Terbakar dari dosa menentangMu
Wahai wahyu Ilahi,
Telah tenat diriku menanti,
Ajaran, fahaman, selimut berganti,
Tetap sahaja hijab membatasi
Kemana aku harus pergi?
Kemana aku harus kembali?
Kemana arah tuju diri?
Sedangkan malaikat berpaling tawa memerhati
Aku menemukan dari perjalananku,
HambaMu yang lebih hebat dariMu,
HukumMu terbuang penuh kaku,
Dicontengkan kebodohan akan zatMu
Diluah mati iman,
Ditelan iman terkorban,
Duhai hati ini masih merintih,
Hingga kelam jiwaku bertatih,
Maka kukembalikan wahyu ini kelangit,
Agar tersimpan kesucian rahsiaMu,
Cukuplah kadar satu yang melekit,
Hingga terluah janji putus dariMu
Gambar : Pelupusan Al Quran lama. Kurang lebih 23 naskhah. Satu Al Quran kesayangan ayahanda. Diperoleh di Kuching pada tahun 1978 dari surau Penrinsen. Cetakan Karachi, India pada tahun 1823. Rosak dimakan anai-anai.

Sunday, May 27, 2018
SATU PERKONGSIAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
SATU PERKONGSIAN
Batu Serai merupakan satu jenis item yang menjadi kegilaan ramai. Banyak kononnya didapati dari hasil penarikan dan permohonan. Kononnya pemberian makhluk ghaib. Kononnya dari milikan bunian. Dan lainnya sebagai penyedap cerita.
Untuk mengetahui akan keasliannya. Hendaklah dilekapkan pada cermin. Jika melekap. Maka aslilah ia. Kononnya.
Perkongsian kali ini bukanlah hendak menaburkan pasir pada periuk orang lain. Namun, sebagai suatu pencerahan agar tidaklah ada yang terlalu taksub akan perihal Batu Serai ini.
Disini, Tok Bah kepilkan tiga keping gambar. Berlian Swiss milik Tok Bah yang melekap pada cermin. Sesungguhnya tiap yang berbentuk cutting sama ada berlian, zircon, amethyst mahupun lainnya. Melekaplah ia pada cermin. Dengan asbab menyedut akannya urutan bentuk. Bermaksud, bentuk cutting memainkan peranan dalam lekapan ini. Bukanlah kononnya petanda keaslian Batu Serai Bunian Sewel yang beri. Harap maklum.
Baik. Berkenaan batu serai atau yang sebenarnya batu umbi akar serai. Bentuknya tidaklah se'cutting' yang digembar gemburkan. Melainkan seperti ia anak-anak batu jalanan. Pun pada asbab pedoman, batu umbi serai merupakan satu penawar bagi masalah kulit, angin dalam badan, skrotum ada sebelah dan penawar bagi sihir.
Demikian ini perihal. Mudahan jelas akan susunan kata ini. Insyaallah
Dengan Tok Bah ada sedikit Teras Serai dan Batu Umbi Akar Serai. Berminat boleh terus whatsapp Tok Bah. Lambat balas jangan marah. Tok Bah sibuk.

Saturday, May 26, 2018
MAKLUMAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sedikit perkongsian pada waktu sahur yang penuh barokah ini.
Pertama. Semalam Tok Bah dihubungi seseorang yang tidak dikenali. Mahu menyumbang untuk dana asnaf dan fakir miskin sempena Ramadhan. Sumbangan yang hendak diberikan adalah dengan bersyarat. Iaitu kredit perlu diberikan pada si penyumbang dalam setiap misi sumbangan.
Tok Bah mohon maaf pada empunya badan. Tok Bah menolak sebarang 'kredit' terhadap mana-mana penyumbang. Kerana kami tidak memihak atau mewakili mana-mana badan organisasi amal. Lebih-lebih lagi parti politik. Melainkan ini merupakan satu usaha persendirian hasil dari cetusan bersama sahabat-sahabat sejak beberapa tahun lalu.
Kedua. Individu yang menyumbang yang memerlukan resit pada setiap sumbangan. Sila maklumkan lebih awal. Agar senang untuk pihak kami menyalurkan dana sumbangan kalian pada organisasi yang mempunyai 'resit'. Rumah anak yatim, rumah kebajikan atau lainnya.
Asnaf dan fakir adat kata tidaklah mempunyai resit seperti yang diinginkan individu berkaitan. Maka, mudahan telah jelas perihal ini.
Yang benar,
Tok Bah

Friday, May 25, 2018
BERKENAAN TERAS DAMAR MINYAK
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tok Bah mencuri sedikit waktu untuk menjawab persoalan salah seorang sahabat pemahar. Berkenaan Teras Damar Minyak.
Teras Damar Minyak atau lebih dikenali sebagai Raja Kayu Damar Minyak seringkali dikaitkan dengan teras yang 'suluh tembus'. Yakni menembusi akannya cahaya tatkala disuluh.
Pada hakikatnya, Teras Damar Minyak terbahagi kepada dua jenis. Iaitu jenis suluh tembus dan padu. Disini Tok Bah kepilkan kedua-dua jenis Teras Damar Minyak. Dari batang teras yang sama. Hanyasahaya ketumpatan dan kepaduan yang berbeza.
Ghalib yang dicari itu adalah jenis yang suluh tembus. Dan sememangnya diakui jenis tersebut lebih cantik berbanding yang padu isi terasnya. Dek kerana gewang (luster) yang terpancar. Berkilat-kilat bagaikan mata yang galak.
Pun demikian, dari segi khasiatnya itu sama sahaja. Tiadalah perbezaan antaranya.
Tidak kira sama ada suluh tembus ataupun tidak. Bagi peminat teras, ianya bukanlah suatu halangan selagimana tiadalah perbezaan atas isi rasinya. Wallahualam

Thursday, May 24, 2018
TONGKAT TERAS
“Bertumpu kepada tongkat termasuk akhlak para Nabi . Dan Rasulullah saw sendiri adalah bertumpu kepada tongkat.” - (Ibnu Abbas r.a)
Gambar : Tongkat Teras Kuping Besi
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
Gambar : Tongkat Teras Kuping Besi
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
BATU LINTAR API
BATU LINTAR API
وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَنْ يَشَاءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ
"Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat, karena takut kepadaNya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya, kepada siapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia lah Rabb Yang Maha keras seksaNya." – (Ar Ra'd : 13)
Sebarang urusan dan rujukan :-
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
Saturday, May 19, 2018
KAIN LIMAR
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
KAIN LIMAR ASLI
Kali terakhir Tok Bah memuat naikkan perihal kain Limar ini adalah pada tahun 2016. Lama juga didiamkan. Tok Bah berbesar hati mengeluarkan kembali item ini. Baik sebagai satu perkongsian mahupun permaharan bagi sahabat yang berminat. Insyaallah
Kain Limar merupakan satu karya bangsawan pada zaman dahulukala. Adapun Limar itu tilikan keberadaan bangsawan dari Tanah Kelantan. Kain Limar tiadalah sama akannya Kain Cindai, hatta dinyatakan pedoman dari sutera yang sama. Keberadaan Limar adalah melebihi akannya keberadaan Cindai bagi leluhur zaman tanah ini. Adapun Limar itu resamnya seakan merah dan coklat. Menafikan akannya duduk perkara Cindai yang mempunyai pelbagai warna.
Adalah karya bangsawan menyatakan. Tiadalah untuknya Limar ini pada orang kebanyakan. Adapun padanya orang-orang pilihan.
Turunan menyatakan bahawa Limar ditenun bersama bacaan-bacaan tertentu. Yang pada ghalib tenunan adalah bagi wajahan pendinding diri, penawar serta peningkat darjat.
Dikatakan bahawa para pendekar pada zaman dahulu menyelitkan Limar di dalam baju perang. Yakni bagi menghadang tusukan senjata musuh. Kain Limar juga mempunyai daya tahan api. Dek kerana tenunannya dari sutera asli.
Demikian pulalah padanya sebagai satu asbab ikhtiar pelaris. Adalah ia pelaris diri dan umumnya. Dan tidaklah mujarab akan guna-guna pada orang yang memilikinya. Dek kerana telah ditenun ia dengan bacaan-bacaan tua nya. Yang nisbah akan bacaan itu adalah dari ayat-ayat suci. Maka ini perihal dari asalannya. Tidaklah ada tambahan karut marut pengisian lainnya. Dan diterima asalan ini pada kadar asalan.
Banyak pendapat mengenai kaedah guna kain Limar sebagai satu cabang diantara cabang pakaian diri. Tok Bah mengambil cerapan perkongsian melalui sahabat pemahar sebelumnya yang telah memilikinya dan telah merasai akan jalannya.
Tok Bah berbesar hati menjemput sahabat-sahabat yang berminat untuk meminang. Permaharan di dalam ukuran inchi. Jika berminat untuk selebar atau sehasta. Akan Tok Bah pertimbangkan. Insyaallah

Friday, May 18, 2018
KECUBUNG
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
KECUBUNG ASLI
Tok Bah tidak berkesempatan untuk menulis panjang sehari dua ini kerana kesibukan. Whatsapp pun Tok Bah lambat balas. Maafkan Tok Bah.
Kecubung Asli. Natural & unheated. Terus whatsapp untuk sebarang urusan lanjut. Insyaallah

Wednesday, May 16, 2018
GABUNGAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
PERMATA GABUNG
Gabungan Teras Gemunggal, Teras Kemuning Hitam, Batu Lintar Putih dan Teras Bidara. Suatu kamilan perbekalan perjalanan diri. Insyaallah

PERUTUSAN ADMIN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ramadhan akan tiba beberapa detik sahaja lagi. Alhamdulillah. Masih kita semua diperpanjangkan umur untuk berjuang di medan Ramadhan pada kali ini. Semoga membawa keberkatan dan rahmat dalam setiap detik yang diimpikan oleh seluruh umat Islam.
Dalam kegembiraan kita menyambut kedatangan Ramadhan. Tok Bah ingin menarik perhatian sahabat-sahabat yang Tok Bah kasihi sekalian. Agar kita tidak melupakan peristiwa yang sedang berlaku pada saat ini di Palestin. Penjajahan Baitul Maqdis kini dilihat semakin sampai pada kemuncak.
Kita umat Islam menyakini pembebasan Tanah Suci ketiga umat Islam ini akan kedatangan Al Mahdi. Namun, itu tidak bermaksud kita perlu berlepas tangan dan hanya duduk menanti. Kezaliman ini telah sekian lama berterusan. Wajib atas kita membantu saudara-saudara kita disana.
Tok Bah menggelarkan rakyat Palestin sebagai 'Guardian Of Al Aqsa'. Terima kasih diucapkan pada mereka kerana menjadi wakil bagi umat Islam di seluruh dunia kerana menjaga kesucian Al Aqsa.
Kutipan dana bagi membantu saudara-saudara kita disana kini giat dijalankan oleh Aman Palestin. Disini, Tok Bah mengajak semua sahabat-sahabat yang dikasihi. Untuk meringankan tangan menghulurkan bantuan buat mereka. Walaupun sedikit, mudahan membawa berkat.
Firman Allah swt :-
إِنَّ اللهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang beriman, diri dan harta mereka, dengan memberikan syurga untuk mereka.” - (At Taubah : 111)
'Guardian Of Al Aqsa'. Jasad mereka tidak mampu ditebus dengan harta benda. Namun, inilah sebaik-baik kesempatan yang telah dibuka oleh Allah swt.
Tatkala langit Ramadhan terbuka, maka restulah lidah di langit menghamburkan pahala.
Wallahualam

Monday, May 14, 2018
TEMPAHAN SAHABAT
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
TASBIH TEMPAHAN SAHABAT
-Teras Kayu Tahi
-Teras Kemuning Hitam
-Teras Damar Minyak
-Teras Mempelas
-Teras Damar Hitam
-Teras Kemuning Emas
-Teras Celagi
-Teras Delima
Imam
-Teras Kemuning Hitam
-Teras Damar Minyak
-Teras Laka
-Teras Kemuning Emas
-Teras Keluat
Mudahan lebih memberkati bawaan zikir dan melerah jalan rahsia diri. Insyaallah
Sebarang urusan dan rujukan :-
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
TASBIH TEMPAHAN SAHABAT
-Teras Kayu Tahi
-Teras Kemuning Hitam
-Teras Damar Minyak
-Teras Mempelas
-Teras Damar Hitam
-Teras Kemuning Emas
-Teras Celagi
-Teras Delima
Imam
-Teras Kemuning Hitam
-Teras Damar Minyak
-Teras Laka
-Teras Kemuning Emas
-Teras Keluat
Mudahan lebih memberkati bawaan zikir dan melerah jalan rahsia diri. Insyaallah
Sebarang urusan dan rujukan :-
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
Saturday, May 12, 2018
SUATU PEMAHAMAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
SUATU PEMAHAMAN
Sehari dua ini kembalinya 'orang tengah' dato sri, dato, tan sri dan sebagainya. Hendak mencari item kebal umum. Letih jugalah Tok Bah nak membalas whatsapp. Penat Tok Bah cakap Tok Bah tidak jual baju kalis peluru. Ahahaha..
Baik. Mungkin kerana sudah lama Tok Bah tidak membuat sesi pencerahan. Hingga ada yang ketinggalan dengan prinsip Tok Bah. Bahawasanya item kebal bebal tidaklah menjadi mainan Tok Bah. Harap maklum.
Fahami kaedah pemakaian diri. Umat Melayu nusantara sememangnya mempercayai kelebihan dan keunikan pelbagai khazanah alam. Tiadalah sia-sia akannya tinggalan khazanah ini melainkan adanya kebaikan untuk umat manusia. Inilah satu kelebihan generasi Melayu Tua. Memakai akannya selagimana tiadalah bawaan sembahan atau syiriknya.
Demikian titipan pedoman. Setelah dipakai akannya segala teras, batu mahupun lainnya bersifat ia alami. Resah rasa dikecap akan rasinya. Maka diturunkan pedoman pada anak cucu. Sebagai satu rujukan dan pengajaran. Tanpa ada khilafnya pada isian. Andai keberadaan teras, batu dan lainnya pada sifat khadam. Maka dibiarkan ia sekadar khadamnya yang alami. Tiadalah simpulan padanya tambahan isi luarnya. Kerana khuatir akan tergelincir akidah pegangannya. Adapun alami itu merupakan dari ketetapan Ilahi.
Adalah ini faham 'barang tampal', yang tidak mengapa jika tiada akannya. Dan terlebih baik pula jika ada akannya. Yakin akan hidupnya teras dan batu dan lainnya. Dibawa bersama amal atas diri. Maka demikian itu terlebih baik dari tiadalah adanya barang tampalan. Yakni pakaian diri. Wallahualam
Tok Bah
Friday, May 11, 2018
KELAPA SULONG
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
KELAPA SULONG
Saiz Kelapa Sulong berbanding adik beradiknya yang lain dalam satu tandan. Saiz melebihi mesin canai Tok Bah.
Kelapa Sulong merupakan suatu item yang tidak dapat dipisahkan akan pedomannya dari segi mistik. Utamanya atas minyaknya. Pedoman mengatakan beberapa akan hikmah dan hikmat padanya.
Minyak Kelapa Sulong dinyatakan jelas oleh leluhur tua sebagai satu sarana pelembut hati dan pengasih. Serta padanya itu pelimun darurat. Selisih akan penanggungnya dari marabahaya.
Adapun dari ilmu hikmat itu, diamalkan sapuan Minyak Kelapa Sulong pada genggaman telapak tangan. Secalit sapuan pada waktu pagi dan sebelum tidur. Sebagai asbab pembisa gerak. Bahkan diturunkan ia leluhur. Bahawa tiadalah suatu ilmu pada musuh, melainkan ditawarkan olehnya orang mengamalkan sapuan ini.
Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Subscribe to:
Posts (Atom)