Wednesday, December 13, 2017

UCAPAN UMUM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih diucapkan pada sahabat-sahabat yang 'wish birthday' Tok Bah. Tidak dapat Tok Bah balas satu persatu ucapan kalian. Tok Bah official kat sini sahajalah.

Satu kalam guru tua :-

"Tatkala meningkatnya usia, maka akan makin berkuranglah waktu."

Sungguh setiap hari kita selangkah demi selangkah ke alam kematian. Maka, hiduplah dengan seadanya dalam mencari titik sempurna.

Firman Allah swt di dalam surah Al Imran ayat ke 14 yang bermaksud :-

“Dihiaskan dan dijadikan indah pada manusia. Kecintaan kepada apa yang diingini, iaitu isteri-isteri, anak pinak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda yang gagah, binatang ternak dan sawah ladang yang luas. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan di sisi Allah lah sebaik-baik tempat kembali."

Apakala telah sampainya hari Tuhan itu ketawa, maka akan tertutuplah segala pintu syurga dan akan dipatingkan segala pintu neraka. Wallahualam

Tok Bah
24 Rabiulawwal 1439


No comments:

Post a Comment